BAB 7 - Klinik✨

217 45 155
                                    

Di dalam kereta...

"Geram aku mamat tu, acah handsome lebih! kereta scratch sikit pun nak kecoh, ni la lelaki ada rupa, berlagak acah! menyampah aku.. tapi takpe, asalkan kereta kesayangan aku KING ni ok❤️" - Jannah berasa geram sampai salahkan seorang lelaki ada rupa dan dia cium steering kereta kesayangannya

Manakala di dalam kereta Mateen...

"Minah tu sikit-sikit marah, apa masalah dia?? tak boleh ke cakap lembut baik-baik.. ni terus marah tengking macam kene sambar petir! hidup ni kene chill relax, buat apa stress, happy-happy je" - ngomel Mateen dengan tenang

Mereka masing-masing bebel seorang diri di dalam kereta. Mateen dan Jannah seperti anjing dengan kucing, pantang terserempak atau berjumpa mesti akan perang mulut. Namun perang mulut terkawal sedikit, kerana Mateen seorang yang masih boleh dibawa bincang.

Setelah sampai di rumah, masing-masing muka ketat dan tegang. Maklumlah, mereka baru balik kerja. Jannah mukanya ketat tegang habis, tetapi Mateen tidak terlalu menunjukkan muka ketatnya dan cuba kawal ekspresi mukanya.

Larut malam itu, Mateen mesej Rykarl di WhatsApp...

"Assalamualaikum Karl

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Assalamualaikum Karl.. esok kau busy tak tengahari??" - ujar Mateen

"Waalaikumusalam.. em kalau patient (pesakit) tak ramai, aku tak busy sangat.. kenapa?" - soal Rykarl

"Nak ajak kau lunch esok, sebelum Kyra ajak, baik aku ajak kau cepat.. ada alasan aku nak bagi, lagipun dah lama tak lunch sama" - ujar Mateen matanya sedikit kuyu

"Oh hahaha, Kyra tu memang.. ok on je, kau belanja aku boleh??" - Rykarl ketawa kecil

"Kau kalau nak orang belanja nombor satu.. no problem lah, aku belanja kau esok.. ok jumpa esok, aku dah ngantuk ni" - Mateen tamatkan mesej dan dia terus tidur

Pada tengahari esoknya, Mateen datang ke klinik Rykarl. Dia terus ternampak, Jannah yang sedang beri ubat dan melayan pesakit dan Mateen perhatikan Jannah berdekatan kaunter di klinik itu.

"Ni ubat batuk makan 2×sehari dan demam 3×sehari ye" - ujar Jannah senyum pada pesakit

"Cantik juga dia senyum.. muka cantik, tapi bahasa kasar, nauzubillah" - Mateen berkata dalam hatinya, sambil melihat tenung Jannah

"Eh ni mamat semalam kan?? hello! pandang apa ye Encik?" - Jannah petik jarinya, dan berikan senyum terpaksa

"Takde apa, salah ke saya pandang?? saya tak kacau awak pun kan" - ujar Mateen sambil tangannya dalam poket seluar

"Encik jangan buat saya marah macam semalam ye, ni kat klinik tau Encik" - Jannah menahan sabar, dengan mulutnya kumat kamit dan berikan senyum tidak ikhlasnya itu

"Mateen.. jom lunch.. kau kenal dia ke??" - Rykarl ternampak dan terdengar mereka berborak

"Jomlah lunch.. nanti ada orang naik hantu" - Mateen dan Rykarl keluar pergi lunch

Jannah Mateen❤️[COMPLETED] ✔️Where stories live. Discover now