3 hari kemudian, Danish lagi sekali terserempak dengan wanita yang iras sama seperti di KL kelmarin. Kali ini, dia terserempak wanita tersebut keluar dari office Dato' Farid. Wanita tersebut, membuatkan Danish tertanya-tanya dan ingin tahu tentang wanita itu.
"Siapa perempuan tu eh??😕 macam familiar.. bukan ke dia yang aku terserempak time dekat KL tu? ke iras? Danish, kat dunia ni ramai yang pakai purdah.. haihh kenapa lah aku asyik terfikir pasal perempuan tu je" - Danish tertanya-tanya gerangan wanita tersebut, lalu Danish masuk ke office
Pada tengahari itu, Mateen dan juga Danish mereka berdua seperti biasa makan tengahari bersama. Danish kadang-kala termenung seolah memikirkan sesuatu di fikirannya. Mateen memerhatikan Danish, lalu menegurnya.
"Danish.. kenapa senyap je? kau dari tadi asyik macam termenung je.. kau ada fikir sesuatu ke?? ke kau tengah fikir awek??😂" - tanya Mateen ketawa kecil
"Eh kau.. tak adanya nak fikir awek, aku mana ada awek.. kalau ada, aku dah lama kahwin beb😌" - ujar Danish
"Elehh yelah tu, entah-entah kau rahsiakan.. weekend ni kau free tak? jom main badminton kejap nak? aku dah ada tanya bini aku nak main badminton, dia bagi cuma jangan lama-lama lah" - Mateen mengajak Danish bermain badminton pada hujung minggu
"Amboii dah tanya bini awal-awal eh? bagus-bagus.. maybe tak join kot, aku ada hal weekend ni ada urusan.. kau ajak jelah Rykarl" - ujar Danish dan Mateen hanya mengangguk saja
Pada larut malam itu, Mateen mesej dan bertanya pada Rykarl untuk mengajak bermain badminton pada hujung minggu. Namun, Rykarl juga tidak free dan tidak dapat join.
"Hubby?? kenapa muka macam tu? ok tak?" - tanya Jannah
"Ok je sayang.. cuma, weekend ni maybe hubby tak jadi pergi main badminton.. Danish dengan Rykarl semua masing-masing busy tak boleh join" - ujar Mateen
"Oh yeke?? tak pun abang ajaklah Yusuf (Suami Amani), maybe dia free.. alang-alang kita boleh pergi rumah mama baba sekali.. nak tak?" - Jannah memberi cadangan dan pendapat pada Mateen
Pada hujung minggu, Mateen dan Jannah bertolak pergi ke rumah mama dan baba Mateen. Amani dan suaminya Yusuf juga berada di sana. Mereka meluangkan masa bersama sebelum Amani bersalin. Due date Amani semakin hampir. Amani dan Jannah berborak berdua, manakala suami mereka pergi bermain badminton.
"Amani dah sarat sangat ni.. bila due date?" - tanya Jannah
"Dah nak dekat sangat due date.. InsyaAllah kalau ikutkan, doktor kata minggu depan.. haa bila-bila masa je dia boleh keluar ni😌" - ujar Amani sambil mengusap perutnya yang besar dan sarat
"Dekat dah tu.. moga dipermudah segala urusan bersalin nanti ye.. anak kita ada geng, sebab sebaya" - ucap Jannah tersenyum
"InsyaAllah.. terima kasih🥰 moga Jannah pun dipermudah segala urusan nanti.. Jannah pun lagi 2 atau 3 bulan je kan nak bersalin" - ucap Amani yang turut tersenyum
Manakala, Danish dan Rykarl serta beberapa ahli keluarga mereka datang menghantar rombongan merisik di sebuah rumah seorang wanita. Wanita tersebut adalah yang Danish terserempak yang berpurdah itu. Pihak keluarga mereka berbincang dan bercadang, untuk melangsungkan pernikahan tidak lama lagi.
"Alhamdulillah.. semua berjalan dengan lancar, dah nak kahwin adik bongsu aku sorang ni" - ujar Rykarl tersenyum dan gembira melihat adiknya itu bakal berkahwin tidak lama lagi
Malam itu, Mateen dan Jannah sudah pun pulang balik ke rumah. Sebelum mereka tidur, Mateen buka WhatsApp dan betapa terkejutnya melihat status Danish dan Rykarl mengatakan Danish sudah merisik dan bertunang dengan seseorang. Lalu Mateen call Danish.
"Assalamualaikum.. tahniah Nish.. sumpah aku terkejut, patutlah kau kata busy ada hal.. rupanya nak pergi hantar rombongan.. waaa nak kahwin dah kau tak lama lagi.. siapa perempuan tu??🤭" - ucap Mateen yang turut berasa gembira
"Waalaikumusalam.. thanks Mateen.. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar siang tadi.. nanti aku bagitahu lah kau, siapa bakal isteri aku😁" - ujar Danish
"Ecehh 'bakal isteri' eh?? apa-apa pun congrats bro! yang penting, kahwin nanti jangan lupa jemput.. kalau bini aku belum bersalin lagi lah😂" - ujar Mateen ketawa. Danish turut ketawa
2 hari kemudian, Mateen sedang melakukan kerja di biliknya, lalu Danish datang ke bilik Mateen. Tok! tok! (Pintu bilik Mateen di ketuk).
"Ye masuk" - Mateen mempelawa masuk
"Kau busy ke Mateen? boleh ke aku masuk?" - tanya Danish sambil menjenguk Mateen di pintu
"Oh Danish.. ehh boleh-boleh, masuklah jemput duduk.. aku tak busy pun.. dah nak siap kerja aku.. kenapa nak jumpa aku ni?" - tanya Mateen tersenyum
"Tak ada apa, cuma nak bagitahu dan jemput kau datang majlis perkahwinan aku.. InsyaAllah tak lama lagi aku nikah.. ni gambar kad jemputan dan gambar tunang aku" - ujar Danish dan menghulurkan gambar di telefonnya serta gambar tunangnya itu
"Shakyra Alyssa binti Shahrizal?? macam kenal nama ni.. kau kahwin dengan Kyra ke?? serious lahh?? dia dah berpurdah?" - soal Mateen dengan riak muka terkejut
"Yupp, Kyra.. Alhamdulillah, sekarang banyak perubahan kat diri dia☺️ aku pun mula-mula terkejut juga.. kalau kau perasan, dia lah yang aku terlanggar time kat KL tu" - ujar Danish tersenyum
"Alhamdulillah.. Nish, aku bangga dan happy beb! and aku happy bila tengok Kyra berubah macam ni, dah tak macam dulu.. tahniah Nish" - ucap Mateen gembira dan berjabat tangan dengan Danish
Sebulan kemudian...
"Muhammad Danish bin Fakhrulrazi. Aku nikahkan kau dengan anakku, Shakyra Alyssa binti Shahrizal dengan mas kahwinnya RM500 tunai" - ayah Kyra menjadi wali pada anaknya
"Aku terima nikahnya Muhammad Danish..." - Danish tersasul dan tersalah lafaz kerana terlalu gementar. Semua orang di majlis tersebut ketawa
"Ok tak apa, kita cuba lagi sekali ye Danish" - ujar ayah Kyra
"Ok baiklah😅 huhh~" - ujar Danish menghelakan nafas untuk bertenang
"Muhammad Danish bin Fakhrulrazi. Aku nikahkan kau dengan anakku, Shakyra Alyssa binti Shahrizal dengan mas kahwinnya RM500 tunai" - ayah Kyra melafazkan akad lagi sekali
"Aku terima nikahnya Shakyra Alyssa binti Shahrizal, dengan mas kahwinnya RM500 tunai" - akhirnya Danish dan Kyra sudah sah menjadi pasangan suami isteri. Danish sangat gembira dan hampir saja mahu melompat
Semua tetamu yang hadir memberi ucapan pada mereka termasuk Mateen. Gembira melihat Danish dan Kyra bersama dan betul di dalam Al-Quran tertulis 'Lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik. Manakala lelaki yang tidak baik, untuk perempuan tidak baik'
Bersambung~~
(Danish dan Kyra dah kahwin🤭 betul tekaan korang semua! btw stay tuned story baru saya nanti ok🙈❤️ jangan lupa tekan button star ⭐ vote tau.. thank you! sayang korang❤️)
YOU ARE READING
Jannah Mateen❤️[COMPLETED] ✔️
Romance━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━ MATEEN atau nama panjangnya Amsyar Mateen Putera. Mateen senior dan pengawas ketika di sekolah dahulu, dia mempunyai kembar bernama Amani. Mereka berdua si kembar yang bijak di sekolah. Sikap Mateen sama seperti ba...