BAB 31 - Tahniah✨

191 22 95
                                    

Dalam perjalanan ke klinik Rykarl, Jannah hanya separuh sedar dan masih dalam keaadaan sedikit lemah. Sebaik sahaja mereka tiba di klinik, Mateen cuba untuk mengejut Jannah. Riak mukanya menunjukkan sangat risau akan isterinya itu. Tanpa melengahkan masa, Mateen mendukung Jannah di belakang badannya. Sementara itu, dia menunggu doktor check dan merawat Jannah. Tidak lama itu, Mateen masuk ke bilik tersebut.

"Assalamualaikum

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Assalamualaikum.. doktor, isteri saya ok ke? dia sakit apa?" - tanya Mateen dengan riak muka risau

"Hubby, jangan risau lah.. sayang ok je ni, tak ada sakit apa-apa pun" - ujar Jannah yang masih lagi boleh tersenyum

"Tak sakit? tadi sayang pengsan tau, siapa je tak risau? hubby risau tau tadi, terus bawa pergi klinik" - ujar Mateen

"Encik Mateen tak perlu risau, isteri Encik tak ada sakit teruk apa-apa pun.. cuma saya nak ucap, tahniah isteri Encik mengandung☺️" - ucap doktor tersebut

"Mengandung?? betul ke ni doktor? sayang betul ke mengandung ni?" - tanya Mateen dengan riak muka terkejut

"Iyee hubby.. tak kan nak main-main pula.. I'm pregnant!" - ujar Jannah tersenyum gembira

"Betul Encik.. isteri Encik sudah mengandung dalam 3 minggu, tahniah ye" - ucap doktor itu lagi

"Tapi kenapa isteri saya pengsan tadi doktor?? tak ada apa-apa terjadi kat isteri saya kan??" - tanya Mateen lagi ingin kepastian

"Mungkin sebab dia terlalu penat dan tidak cukup rehat.. jadi saya nasihatkan, awak rehat secukupnya dan jangan buat kerja berat.. awal kehamilan perlu wajib jaga kandungan sebaiknya☺️" - pesan doktor itu pada Jannah

"Baik doktor.. terima kasih sangat-sangat atas nasihat, InsyaAllah saya akan jaga kandungan saya ni sebaik-baiknya.. and lagi satu, doktor jangan bagitahu dekat doktor Rykarl eh tentang ni😅 kami nak rahsiakan dulu dari semua orang" - ucap Jannah mengukir senyuman dan memberi pesanan untuk merahsiakan tentang kehamilannya itu

"Ok baik.. InsyaAllah jangan risau, saya akan simpan rahsia awak dan tidak bagitahu doktor Rykarl" - ujar doktor itu

Selepas selesai, mereka berdua pulang ke rumah dengan perasaan sangat gembira. Mereka merancang, untuk membuat kejutan pada keluarga mereka tentang itu. Tetapi buat sementara waktu, mereka mendiam diri dahulu. Mereka ingin beritahu pada keluarga, pada usia kandungan 2 bulan atau 3 bulan.

Pada malam itu, di dalam bilik...

"Hubby.. nanti bila dah 2 or 3 bulan, kita buat surprise bagitahu mama baba and papa nak??" - tanya Jannah

"Boleh sayang.. Alhamdulillah, hubby teruja dan happy sangat akhirnya, doa kita termakbul🥰 Allah bagi rezeki zuriat dekat kita, moga sayang dengan baby sihat-sihat je" - ujar Mateen sambil memegang lembut kedua tangan Jannah

"Alhamdulillah.. InsyaAllah, sayang jaga anak kita ni baik-baik.. hubby happy ke tak??" - tanya Jannah

"Ok thank you.. mestilah happy, siapa je tak happy kalau isteri mengandung kan? mesti nanti, anak kita comel-comel macam kita kan?" - ujar Mateen sambil merenung wajah isterinya itu

"InsyaAllah.. mestilah comel, tengoklah parents dia cantik, comel and handsome.. sayang nak anak kita gelar sayang, 'mummy' and hubby 'daddy'.. ok tak??" - Jannah membuat riak muka comel pada Mateen

"Mummy and daddy?? cute gelaran tu❤️ boleh je sayang, hubby tak kisah pun.. asalkan, isteri hubby ni bahagia" - Mateen mengusap lembut rambut lurus Jannah itu

"Byyy.. nanti tidur nak peluk boleh??" - tanya Jannah membodek

"Boleh je.. amboi, sebelum ni asyik peluk Teddy bear tu je.. sekarang makin kerap pula sayang nak peluk hubby ye" - ujar Mateen tersenyum

"Hmm.. mana lah tahu, dah suka peluk hubby.. sebab bau hubby wangi sedap" - ujar Jannah dan Mateen membuat riak muka pelik

Setelah mereka penat berborak, mereka tidur sambil berpelukan. Makin lama, makin kerap Jannah memeluk Mateen. Mungkin sahaja, itu adalah kerana pembawakan budak dalam perut. Lain orang, lain pembawakan budak dan begitu juga dengan mengidam. Orang yang mengandung, memang banyak kerenahnya dan masing-masing ada keistimewaannya.

Pejam celik, usia kandungan Jannah hampir cecah 3 bulan. Suatu hari, pada hujung minggu Mateen dan Jannah pergi ke rumah keluarga mereka. Tiba masa, mereka memberitahu pada keluarga tentang berita yang menggembirakan itu. Adik Mateen, iaitu Amani juga ada di rumah mama babanya. Mereka datang singgah di rumah keluarga Mateen dahulu dan meluangkan masa bersama.

Ketika makan tengahari di rumah mama baba Mateen...

"Mama baba.. kami ada benda ni nak bagitahu" - ujar Mateen

"Bagitahu apa? rasanya mama dapat agak ni, mama teka eh.. Jannah pregnant ke??" - terus sahaja mamanya meneka dengan tepat

"Laaa.. macam mana, mama boleh tahu ni??😌 kami nak buat surprise, terus tak jadi surprise sebab mama teka betul" - ujar Mateen terkejut dengan tekaan mamanya

"Hahh!? serious lahh bang?? Jannah pregnant? berapa bulan dah??" - tanya Amani bertubi-tubi dengan riak muka terkejut

"Almost 3 bulan Amani.. Alhamdulillah" - ujar Jannah

"Serious lahh?? maknanya kita tak jauh beza lah?? beza sebulan or 2 bulan je" - Amani masih terkejut dan tidak percaya

"Ye betul.. tak jauh beza?? maksud Amani??" - tanya Jannah

"Ok macam ni.. mama baba and semuanya, actually Amani pun pregnant🤭 second child hehe" - ujar Amani yang juga memberi kejutan pada semuanya

"Serious lahh?? waaa meriah lah tahun ni mama baba tambah 2 cucu baru lagi" - ujar Mateen tersenyum gembira

"Alhamdulillah syukur.. abang, kita dapat cucu lagi.. meriah lah tahun ni.. happy mama, bila dapat tahu anak menantu pregnant🥰 tahniah Amani dan Jannah" - ucap mamanya yang sangat gembira, begitu juga babanya

"Alhamdulillah.. kalau sayang tambah anak lagi, lagi lah meriah🤭 hahaha gurau je" - ujar babanya ketawa dan menyempat bergurau

"Ishh abang ni kann.. saja je kan" - mamanya mencubit lengan babanya

Mereka semua ketawa dengan gelagat mama babanya itu. Setelah selesai singgah di rumah mama babanya, mereka berdua bertolak pergi ke rumah papa Jannah pula. Mereka bawa sedikit bekal dari rumah mama babanya dan setibanya di rumah papanya, mereka luangkan masa bersama.

"Sedapkan pa, asam pedas tu.. mama Mateen masak, dia suruh bawa sikit untuk papa.. mereka kirim salam kat papa" - ujar Jannah

"Waalaikumusalam.. ye sedapp!" - ujar papanya sambil menyuapkan makanan di mulut

"Papa.. Jannah nak bagitahu something ni, tapi sebelum tu nak tanya.. papa mesti nak cucu kan?😬" - tanya Jannah seolah memberi petunjuk

"Siapa je tak nak cucu.. ni kalau dah tanya gini, mesti Jannah mengandung kan??" - tanya papanya

"Alaa.. papa buat-buat lah tak tahu, buat-buat terkejut😭 baru nak surprisekan papa.. tak jadi lagi surprise, tadi kat rumah mama baba Mateen pun surprise tak menjadi" - ujar Jannah memuncungkan bibirnya

"Yelah.. papa buat-buat tanya.. kenapa?? Jannah nak bagitahu papa apa?" - papanya melayankan saja kerenah anak tunggal kesayangannya itu

"Jannah pregnant! tak lama lagi papa jadi atuk😆" - ujar Jannah sambil menepuk tangan gembira. Geli hati Mateen melihat, anak beranak itu bergurau comel begitu

Selepas selesai singgah di rumah papanya, mereka pulang ke rumah sebelum waktu senja.

Bersambung~~
(Ramai teka Jannah pregnant😂 congrats korang, sebab betul meneka😆❤️ Puteri dengan Putra bakal dapat 2 orang cucu baru lagi guys😆 jangan lupa tekan button starvote ok! thank youSayang korang semua❤️)

Jannah Mateen❤️[COMPLETED] ✔️Where stories live. Discover now