Pada pagi esoknya, mereka berdua bersiap dan berkemas untuk check out awal sedikit untuk mengelakkan kesesakan jalanraya.
"Sayang dah siap? jom kita gerak.. mehh bagi abang tolong angkatkan" - Mateen menolong angkatkan luggage isterinya
"Eh takpelah, saya boleh angkat sendiri.. awak angkat luggage awak je" - ujar Jannah sambil angkat luggage miliknya
Tiba-tiba kaki Jannah tersadung dan hampir sahaja terjatuh. Mateen sempat menyambut Jannah dengan segera, tangan Jannah berpaut pada lengan Mateen. Mata Jannah terbuntang besar, mata bertentang mata dan jantung berdegup dengan kencang. (Ok part ni author saja bagi macam drama korea cikitt😆)
"Aaa😅 awak jom kita gerak sekarang, saya angkat luggage saya.. ehh kejap Teddy bear saya, nasib ingat" - Jannah mengawal perasaan malunya dan keluar dari homestay tersebut sambil bawa luggage dan Teddy bear miliknya
"Sayang.. tunggulah.. sayang malu ke tu?🤭" - Mateen mengusik Jannah dan menahan dari ketawa besar
Ketika di dalam kereta...
"Sayang? dari tadi asyik diam je tak kata apa-apa, ok ke tak?" - tanya Mateen
"Takde apalah.. ok je" - ujar Jannah yang masih berasa malu kerana tersadung tadi
"Betul ke ni ok?? kalau macam tu takpelah, ni sayang nak makan kat mana? ke nak makan kat R&R je?" - soal Mateen sambil memandu
"Ikut awak jelah.. saya ikut je mana-mana, tak kisah.. saya tak cerewet pun bab nak makan kat mana dan makanan" - ujar Jannah
"Betul ni tak kisah kat mana? ok lah macam tu, kita makan mana yang terdekat lah.. nanti isteri saya ni lapar perut masuk angin susah" - ujar Mateen
Baru sahaja Mateen berkata sebentar tadi, tiba-tiba... Krutt~ (Perut Jannah berkeroncong). Jannah dan Mateen dua-dua saling berpandangan, apabila mendengar perut Jannah berbunyi dan itu tanda sudah lapar.
"Sayang lapar eh?? perut sayang dah berbunyi tu.. saya berhenti lah kat restoran terdekat sini" - tanya Mateen menahan dari senyum
"Tak payah tegur.. perut saya memang macam ni suka buat bunyi, kadang bunyi piano, kadang gitar, paling kuat bunyi dram" - Jannah loyar buruk sambil memegang perutnya dan lagi sekali menahan rasa malu
Hari ini sahaja, sudah 2 perkara yang membuatkan Jannah berasa malu. Tidak lama itu, mereka tiba di sebuah restoran berhampiran dan makan sebelum bertolak pulang ke Johor. Habis sahaja makan, mereka terus berangkat pulang. Setelah beberapa jam dalam perjalanan, petang itu mereka selamat sampai ke Johor.
"Alhamdulillah.. selamat balik juga, jom kita masuk" - Mateen mengajak masuk ke rumah mereka
"Awak.. ni rumah kita ke?" - soal Jannah
YOU ARE READING
Jannah Mateen❤️[COMPLETED] ✔️
Romance━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━ MATEEN atau nama panjangnya Amsyar Mateen Putera. Mateen senior dan pengawas ketika di sekolah dahulu, dia mempunyai kembar bernama Amani. Mereka berdua si kembar yang bijak di sekolah. Sikap Mateen sama seperti ba...