Mateen, terkenal dengan bijaknya dan rupanya yang kacak dari zaman sekolah. Berambut pendek kemas, berbaju kemeja besertakan coat dan tie. Kini dia bekerja di syarikat milik pakcik Rykarl. Rykarl yang rekomen padanya, sebelum itu dia bekerja di kilang dan bantu mamanya dalam bisnes online. Rezeki Allah itu luas, kini dia sudah bekerja 2 tahun di office.
( Author bagi gambar gaya rambut Mateen dan pakaian Mateen😎)
━━━━━━━━━━━━ • • 𖥔 • • ━━━━━━━━━━━━
Suatu hari, di syarikat itu ada membuat sesi temuduga untuk mencari pekerja baru. Beberapa orang sedang menunggu giliran, untuk di temuduga. Siapa sangka, salah seorangnya adalah Jannah.
"Aisyah Jannah" - giliran nama Jannah di panggil untuk di temuduga
Ketika masuk ke bilik temuduga dan duduk, ada seorang perempuan mengetuk pintu dan masuk iaitu Kyra, yang baru beberapa bulan bekerja disitu. Kyra menghantar fail dan memberitahu tentang projek. Mateen juga berada dalam bilik tersebut.
"Boss, sorry.. P.A boss minta tolong I hantar fail ni untuk meeting esok.. tadi HR sana call, so I takut lupa" - ujar Kyra senyum pada boss, dan dia ambil kesempatan bisik dan sentuh lengan Mateen. Kemudian menjeling tajam Jannah
"Eh eh jeling-jeling pulak? aku korek biji mata tu kang tahu lah, ingat cantik ke?!" - Jannah berkata dalam hatinya. Dia cover dengan senyumnya
Baru sahaja 20 minit sesi temuduga, phone Mateen berbunyi kerana si Kyra call untuk ajak lunch. Mateen tidak layan, makin tak dilayan, makin menjadi-jadi dan Kyra spam call. Sudah lebih 3 kali, Mateen keluar dari bilik supaya tidak ganggu sesi temuduga itu.
"Keluar pun.. jom kita pergi lunch, dah masuk waktu lunch ni" - Kyra mengajak lunch, dan menarik tangan Mateen bercakap di luar office
"Apa ni.. tahu kan sekarang saya busy dengan boss, ada lagi sorang nak kene interview" - ujar Mateen berlembut dan bersabar dengan sikap Kyra
"Ajak keluar lunch je, takkan tak boleh?" - tanya Kyra
"Bukan tak boleh, tapi tak kene waktu.. lepas habis interview ni pun boleh kan? bukan lama pun" - kata Mateen sambil cekak pinggangnya
"I banyak kali ajak lunch, tapi you bagi alasan sama je" - Kyra silangkan tangan di dada dan mengerutkan dahinya
"Kyra.. minta maaf sangat, saya busy.. saya masuk dulu eh" - Mateen masuk ke office semula, manakala Kyra berasa marah merajuk dan pergi lunch seorang diri
Baru sahaja 5 langkah, Mateen terlanggar Jannah secara tidak sengaja.
"Mata letak kat lutut ke? pandang depan la!" - Jannah meninggikan suaranya
"Kasarnya bahasa awak, boleh cakap elok-elok kan? saya tak sengaja terlanggar" - ujar Mateen bercakap dengan lembut
"Tak payah ber awak sangat lah, aku bukan kenal kau" - Jannah meninggikan suara lagi dan berlalu pergi
"Aikk dah kenapa dia ni? datang bulan ke? ehh kejap, dah habis interview ke?? muka cantik, tapi.. apalah nasib aku harini?" - Mateen berkata dengan nada perlahan dan mengenang nasibnya
Di luar bangunan office, Jannah yang kelihatan sangat berang dan keluar dengan perasaan bengang dengan tindakan dan sikap salah seorang pekerja ketika temuduga tadi. Dia rasa lebih rela tidak dapat bekerja disitu.
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
Flashback di bilik temuduga...Kebetulan ketika boss syarikat itu menerima panggilan, dia keluar sebentar dari bilik temuduga. Ada seorang lelaki ingin mengambil kesempatan, iaitu Danish. Danish adalah adik pada Rykarl.
"Aisyah Jannah? cantiknya nama, secantik orangnya.. boleh berkenalan? btw I Danish" - lelaki itu bangun mendekati Jannah, membuatkan Jannah tidak selesa
"Ibu saya bagi nama, memanglah cantik.. ibu saya pun kata saya cantik macam Siti Nur Haliza" - Jannah menyempat loyar buruk
"Pandai awak buat lawak, orang cantik macamni pun pandai melawak eh?" - lelaki itu menyentuh bahu dan tangan Jannah
"Eh! sentuh-sentuh pulak, aku datang sini nak interview kerja, bukan nak menggatal! tak jadi aku nak interview kerja sini" - Jannah terus keluar dari bilik itu. Dia berselisih dengan boss, dan boss itu terdengar
END FLASHBACK...
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
"Aku rela kerja tempat lain dari sini! lelaki gatal! mamat sorang tu pun sama je, takde mata ke duk langgar orang!😡" - marahnya Jannah, sehinggakan Mateen yang tidak sengaja terlanggar tadi pun dimarah dan dipersalahkanManakala di dalam office, Mateen yang terpinga-pinga tidak tahu apa yang terjadi melihat lelaki yang sentuh Jannah ditegur oleh boss. Sudahlah dia hadap sikap si Kyra dan perempuan langgarnya tadi, ini masalah lain pula.
"Kenapa ni boss?? apa jadi? dah habis interview perempuan tadi ke?" - Mateen yang tertanya-tanya dan sedikit blur
"Kamu tanyalah Danish ni, tanyalah apa dia buat tadi" - boss menggelengkan kepala dan keluar dari bilik itu
"Harini hari marah sedunia ke?? aku tak faham sekarang, perempuan tadi keluar marah aku.. tak tahulah sebab salah aku terlanggar ke apa.. dengan Kyra lagi.. apa jadi ni?" - ngomel Mateen dan membetulkan tali lehernya (tie)
"Banyaklah kau hari marah sedunia, jomlah lunch, aku belanja" - Danish mengubah topik
"Takpelah kau pergilah dulu, aku makan lambat sikit.. ada kerja sikit nak settlekan" - ujar Mateen menolak ajakan Danish dengan baik. Danish pergi lunch seorang diri
Dalam perjalanan pergi lunch, Danish ternampak Kyra seorang diri di kedai makan, lalu dia pergi ke arah Kyra dan menegurnya.
"You sorang je? I duduk sini eh?" - Danish menyapa, lalu duduk berhadapan Kyra
"Sorang jelah, I ajak kawan you si Mateen tu lunch ada je alasan dia" - ujar Kyra nada seperti marah
"Sabar jelah.. I ajak dia tadi pun, kata busy.. takpela I ada boleh temankan you" - kata Danish dengan senang hatinya. Mereka makan dan berborak
~Author : eloklah tu Kyra dengan Danish makan berdua, dua2 gedik and gatal😂
Bersambung~~
( Hero dan heroin dah berjumpa guyss😂❤️ nak tahu next chapter?? jangan lupa tekan button star ⭐ comel bawah ni ok! author sayang korang! nahh big love❤️)
YOU ARE READING
Jannah Mateen❤️[COMPLETED] ✔️
Storie d'amore━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━ MATEEN atau nama panjangnya Amsyar Mateen Putera. Mateen senior dan pengawas ketika di sekolah dahulu, dia mempunyai kembar bernama Amani. Mereka berdua si kembar yang bijak di sekolah. Sikap Mateen sama seperti ba...