BAB 26 - Anak✨

217 26 111
                                    

Larut malam itu, mereka berdua berborak sebelum tidur dan Mateen melihat status Rykarl di WhatsApp.

"Sayang.. tengok ni, Alhamdulillah bini Rykarl selamat lahirkan anak lepas asar tadi" - ujar Mateen tersenyum sambil menunjukkan status WhatsApp tersebut pada Jannah

"Yekee?? Alhamdulillah.. mesti anak dia comel! patutlah doktor Rykarl tak masuk klinik harini, dia cuma bagitahu ada emergency je pagi tadi kat group.. nak tengok status dia kejap lah" - ujar Jannah yang turut gembira dan buka telefonnya lihat status Rykarl

"Ehem.. sayang tak nak anak ke?? mana tahu, lepasni kita pula ada anak ke?🤭" - tanya Mateen berdehem, merenung dan mengenggam kedua tangan isterinya itu

"Menyempat eh.. hubby~ siapa je tak nak anak? semua orang yang dah kahwin, semua nak ada anak tau" - ujar Jannah tersenyum dengan kata-kata Mateen

"Ye.. tapi kalau nak ada anak, kita kena selalu aumm rawrr lah sayang.. kena peluk selalu semua" - Mateen yang cuba menahan ketawa besar

"Eii! hubby ni kan.. mengadalah.. hubby~ InsyaAllah, nanti Allah akan bagi juga rezeki anak kat kita bila tepat pada waktunya.. kita sabar je ok?" - Jannah mencubit lengan Mateen dan ketawa kecil

"Hahaha yelah sayang.. betul kata sayang tu, InsyaAllah tepat masanya nanti, Allah akan bagi🥰 sekarang ni, cukuplah sayang ada dengan hubby.. dan sekarang ni, kita enjoy je hidup berdua dulu, ok sayang?" - ujar Mateen mencuit hidung Jannah

"Thank you hubby sebab ada dengan sayang❤️ jom tidur, dah lewat malam ni.. goodnight hubby" - ucap Jannah sambil memeluk Teddy bear kesayangannya itu lagi

"You're welcome sayang~❤️ sayang tak nak peluk hubby pula ke? tak ada kiss atau muahh ke??" - soal Mateen mengada-ngada ingin bermanja

"Nanti-nanti sayang peluk eh.. CHUP~💋 (Jannah memberi kucupan lembut dibibir Mateen) ok dah! jom tidur.. byee" - Jannah terus melelapkan matanya dengan memeluk Teddy bearnya dengan erat. Mateen baring sambil tersengih seperti kerang busuk

Manakala di rumah Kyra...

"Mateen sekarang memang dah lain lah, dia dah berubah.. tapi cincin tu, buat aku tertanya kenapa dia pakai? rasanya sebelum ni dia tak pernah pakai cincin.. tak mungkin dia dah kahwin?? no.. no.. no! Kyra~ think positive ok😌 ni cuma gurauan dan mainan kat fikiran aku je.. Kyra~ baik tidur sekarang dan tenangkan fikiran.. huhh~" - ujar Kyra baring dan terus melelapkan matanya

5 hari kemudian, seperti biasa dan rutin harian mereka, Mateen dan Jannah akan sarapan pagi terlebih dahulu sebelum bersiap pergi ke kerja. Sudah beberapa kali mereka pergi kerja bersama. Tiba sahaja di office, seperti biasa Syifa (P.A boss) akan ucap morning pada boss dan yang terdekat dengan boss.

"Morning Encik Mateen" - ucap Syifa memberikan senyuman pada Mateen

"Morning Syifa" - ucap Mateen dan menuju ke biliknya sambil membetulkan tali lehernya

Pada sepanjang hari tersebut, Mateen melakukan kerjanya seperti biasa tanpa ada sebarang gangguan. Juga tiada kedatangan dan gangguan dari Kyra. Mateen melakukan kerjanya dengan tenang pada hari itu.

Jam menunjukkan tepat pada pukul 4

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jam menunjukkan tepat pada pukul 4.50 petang, Jannah habis kerja sedikit awal kerana Rykarl masih belum masuk kerja dan mengambil cuti untuk menjaga isterinya yang baru lepas bersalin. Jannah menghubungi Mateen dan beritahu pada Mateen.

"Hello.. hubby, hari ni turn sayang habis kerja awal sikit.. sorry lupa nak bagitahu awal tadi😅 hubby busy ke?? kalau busy, sayang boleh tunggu kat klinik lagi sebab ada yang balik lewat sikit" - ujar Jannah yang masih di klinik

"Oh yeke?? kalau macam tu, sayang tunggu kejap eh.. hari ni tak busy sangat, nak settlekan lagi sikit and nak kemas-kemas meja sikit, bagi hubby masa 10 minit je ok sayang? nanti hubby datang jemput" - Mateen segera menyiapkan kerjanya dan mengemas mejanya

"Ohh ok hubby.. sayang tunggu hubby kat klinik" - ujar Jannah dan meletakkan panggilan tersebut

Selepas sahaja menyiapkan semuanya, Mateen mencapai telefonnya dan beg galas laptopnya. Lalu, Mateen keluar pulang awal sedikit dan dia memberitahu pada Syifa. Kyra secara kebetulan, dari jauh ternampak Mateen seperti sedikit rushing.

"Syifa, kenapa Mateen macam rushing keluar tu? dia balik awal sebab apa?" - tanya Kyra pada Syifa

"Saya tak tahu Cik Kyra, cuma tadi Encik Mateen suruh saya bagitahu boss sebab dia balik awal sikit.. ada hal sikit katanya" - ujar Syifa

Kebiasaannya, waktu normal Mateen akan pulang dari kerja pada pukul 5.30 petang. Jam menunjukkan hampir 5.15 petang, Mateen menjemput Jannah di klinik untuk pulang ke rumah. Mateen terlewat beberapa minit, namun Jannah faham akan Mateen.

Di dalam kereta...

"Sorry eh sayang terlambat sikit tadi" - Mateen yang berasa serba-salah

"Bukan lambat sejam pun.. sayang faham, hubby kan buat kerja tadi.. so tak apa lah, lain lah kalau lewat sejam" - ujar Jannah

"Em thanks sayang sebab faham.. esok hubby cuti, sayang pun cuti juga kan? esok kita pergi beli baju untuk event dinner nanti ok😁 sebab event dinner tu, weekend minggu depan" - ujar Mateen sambil memandu kereta dan Jannah mengangguk tanda setuju

Keesokkan harinya, mereka berdua bersiap dan buat pertama kalinya mereka memakai baju sedondon berwarna hitam. Mateen segak memakai jaket jeans berwarna hitam dengan lengan bajunya dilipat ke siku. Manakala, Jannah juga memakai jaket jeans sama seperti Mateen.

Mereka berdua membeli baju dan makan bersama sambil bersuap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mereka berdua membeli baju dan makan bersama sambil bersuap. Mateen dan Jannah bermesraan sambil berpegangan tangan dengan erat sepanjang hari itu. Mereka meluangkan banyak masa bersama, juga banyak mengambil gambar untuk dijadikan sebagai kenangan. Setelah penat seharian keluar bersama, mereka pulang ke rumah.

"Hubby.. lepas ni kita balik eh? rasa penat pula berjalan seharian, before balik, kita beli aiskrim McD kejap boleh?👉🏻👈🏻" - ujar Jannah kepenatan

"Aloloo shiannya isteri comel saya ni.. kita balik eh sayang, ok nanti kita beli" - ujar Mateen mencubit lembut kedua pipi Jannah, dan melayan saja permintaan Jannah

Bersambung~~
(Ehemm! korang ok tak tu??🤭 mohon bersabaq naa kalau blushing😆 jangan lupa tekan button staruntuk cayee tau👉🏻👈🏻 terima kasih! Sayang korang!❤️)

Jannah Mateen❤️[COMPLETED] ✔️Where stories live. Discover now