Tiba sahaja di rumah, Mateen dan Jannah mandi bersihkan diri dan solat isyak. Sebelum tidur mereka berborak...
"Hubby.. terima kasih sangat-sangat sebab buat surprise time kat event tadi, macam mana hubby tahu birthday sayang bulan ni?? sayang tak pernah bagitahu hubby pun" - ucap Jannah yang berasa terharu, Mateen membuat kejutan di event tadi
"Sama-sama kasih sayang❤️ hubby tanya papa lah, sebab tu tahu.. hubby dah plan awal dengan boss, Danish and Rykarl pasal ni.. so boss pun tahu.. hope sayang suka dengan kejutan tadi" - ujar Mateen sambil merenung isterinya itu
"Ish pandai eh plan.. malu, terperanjat semua ada tau tadi.. mestilah suka, walaupun terkejut.. hm thanks again hubby sayang~❤️ I love you hubby" - ucap Jannah terus memeluk erat Mateen
Buat pertama kalinya, Mateen mendapat juga pelukan dari Jannah. Alangkah gembira dan bahagianya dia, apabila dapat merasa pelukan dari isterinya itu. Setelah habis borak, mereka berdua tidur.
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
FLASHBACK ketika makan di event...Ketika semua orang sedang menikmati makanan, Mateen meminta tolong Rykarl sekali untuk bantunya buat kejutan birthday pada Jannah. Memandangkan birthday Jannah jatuh pada tanggal 20 haribulan, alang-alang Mateen menyambutnya awal 4 hari.
"Happy birthday to you~ happy birthday to you~ happy birthday to Jannah, happy birthday to you🎶" - semua staff turut menyanyi bersama dan Mateen membawa kek menuju ke arah Jannah
"Happy birthday my wife❤️ sorry sayang, sebab sambut awal sikit 4 hari, and sorry juga sebab buat kejutan macam ni" - ucap Mateen mengukir senyuman manis, sambil membawa kek
"Terima kasih hubby" - Jannah sangat terharu, lalu mencium tangan Mateen dan tersenyum gembira
Semua staff yang ada, makan kek birthday Jannah itu. Boss Mateen iaitu Dato' Farid menempah dan sponsor 3 kek untuk semua merasa. Di kala semua orang tersenyum gembira dan menyanyi lagu, Kyra ketika itu hanya mendiamkan diri dengan riak muka kosong tidak langsung tersenyum.
"Alang-alang semua staff ada disini, jadi saya nak kenalkan, ni isteri saya Jannah.. terima kasih semua yang nyanyi sambut dan beri ucapan pada isteri saya😊 minta maaf sebab saya tidak umumkan tentang perkahwinan saya hari tu, kami buat majlis kecil-kecilan dan yang tahu cuma boss dengan Danish.. tu je dari saya" - Mateen kenalkan Jannah dan umumkan pada semua staff di event tersebut
"Alhamdulillah.. congrats Encik Mateen! terkejut kami bila dapat tahu Encik Mateen dah kahwin" - ucap salah seorang staff di situ, staff yang lain turut beri ucapan pada mereka
END FLASHBACK...
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
Sementara itu, di rumah Kyra. Dia masih lagi dalam keaadaan shock seperti bermimpi, dia masih susah menerima hakikat yang Mateen sudah berkahwin. Mana tidaknya, Mateen adalah lelaki yang dia suka dan kenal dari zaman Universiti lagi. Kyra berfikir, bagaimana dia ingin menerima hakikat dengan semua itu."Kenapa you buat macam ni kat I Mateen?? I kenal you dari U lagi.. tak nampak ke I ni? you tak nampak ke, I banyak bagi hint suka kat you.. why you pilih perempuan tu??😔" - Kyra bermundar-mandir dengan hati perasaannya berasa sangat sedih dan kecewa
Pada keesokkan harinya, memandangkan mereka berdua cuti, Mateen dan Jannah meluangkan masa di rumah. Mereka melakukan aktiviti di rumah bersama, seperti memasak dan mengemas rumah bersama. Tengah-tengah mengemas rumah, tiba-tiba...
"Argh!! eii shuh shuhh! kau jangan gerak and datang dekat eh😤 aku hempuk kau dengan batang penyodok ni kang" - Mateen tiba-tiba saja menjerit seorang diri di dapur dan berlari ke arah ruang tamu
"Hubby.. kenapa terjerit macam nampak singa ni?? tahu tak terkejut dengar hubby tiba-tiba jerit, hantu kejar ke apa?" - tanya Jannah terperanjat dengar jeritan Mateen itu
"Sayang... tolong hubby😭 geli lah dengan benda tu, tadi dia gerak-gerak pula nak kejar hubby.. tolong hempuk dengan penyodok ni" - Mateen menghulurkan penyodok di tangannya pada Jannah
"Tolong apa?? apa benda yang kejar?? mana ada harimau kat rumah ni, kucing pun tak ada.. kita tak ada bela binatang pun kat rumah ni hubby😌" - ujar Jannah
"Bukan harimau, bukan kucing.. tapi lipasss😭 hubby nampak ada 2 ekor tadi.. tolong hempuk dengan penyodok cepat!" - Mateen berdiri di belakang Jannah ketika menuju ke dapur
"Mana?? lahh.. hubby, ni bukan lipas, ni kumbang je😌 seekor lagi tak ada besar sangat pun" - ujar Jannah dan tanpa bercakap banyak, dia selamba mengambil kumbang itu, lalu membuangnya ke tingkap
"Tak kisah lah kumbang ke, lipas ke.. hubby geli tak suka dua benda tu, tak suka binatang kaki tajam-tajam macam tu.. sayang pegang kumbang macam tu je?? eii geliii" - tanya Mateen terkejut lihat Jannah selamba pegang kumbang itu
"Kumbang je hubby.. apa nak takut sangat.. ghisau ek tadi, hubby tiba-tiba jerit.. hubby tinggi dari sayang pun takut kumbang dengan lipas ke?" - ujar Jannah ketawa kecil
"Bukan takut, tapi geli lah sayang.. tak apa lah, yang penting benda tu dah tak ada.. thanks selamatkan hubby" - ujar Mateen berasa lega
Lemah lutut Mateen dibuatnya, seolah pergi berperang saja. Jannah geli hati, ketawa melihat suaminya itu rupanya geli dengan benda itu. Muka saja handsome dan berbadan tinggi, tapi geli pada kumbang. Itulah kekurangan Mateen. Setelah selesai mengemas, mereka berdua duduk di sofa di ruang tamu dan berehat sebentar.
"Hubby.." - Jannah memanggil dengan nada lembut dan manja
"Ye sayang~" - ujar Mateen dengan nada lembut
"Kalau ikutkan, minggu depan sayang last kerja kat klinik.. hubby pernah kata hari tu buat pilihan, sama ada kerja kat office hubby atau buat bisnes online kan?? so sayang buat keputusan, nak buat bisnes online macam mama lah.. tapi sayang buat makanan lain lah, ok kan??" - tanya Jannah
"Ok je, baguslah tu.. hubby boleh tolongkan promote kan bisnes sayang untuk staff kat office tu nanti.. tapi betul ke sayang nak buat bisnes online??" - ujar Mateen yang sangat menyokong dan setuju dengan keputusan Jannah
"Ye.. Jannah nak jadi macam mama hubby tu, sekarang bisnes mama maju dapat banyak sambutan kan? sayang nak jadi macam mama😁" - ujar Jannah senyum
"Yup! boleh je sayang, tak ada masalah.. hubby always support sayang tau✨" - ujar Mateen mengukir senyuman
Bersambung~~
(Mateen geli takut kumbang dengan lipas guys, muka handsome tapi geli lipas😂 jangan lupa tekan button star ⭐ bawah ni ok.. terima kasih tau, Sayang korang!❤️)
YOU ARE READING
Jannah Mateen❤️[COMPLETED] ✔️
Romance━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━ MATEEN atau nama panjangnya Amsyar Mateen Putera. Mateen senior dan pengawas ketika di sekolah dahulu, dia mempunyai kembar bernama Amani. Mereka berdua si kembar yang bijak di sekolah. Sikap Mateen sama seperti ba...