Ketika tiba di rumah...
"Assalamualaikum" - Jannah memberi salam dengan muka penat dan keaadaan sedikit
trauma"Waalaikumusalam.. lambat balik, papa tak dengar bunyi kereta Jan pun" - ujar papanya
"Sorry pa sebab balik lewat tak bagitahu.. kereta Jan tak hidup, tadi kawan hantarkan balik.. Jan masuk bilik dulu eh, penat ni" - ujar Jannah dan terus masuk ke biliknya
Jannah meletakkan beg silang dan telefon bimbitnya di atas katil. Kemudian... Ting~ ada mesej masuk, Mateen mesej Jannah.
Di dalam WhatsApp...
"Assalamualaikum.. maaf menganggu.. ni nombor saya, Mateen.. awak save lah nombor ni and kalau ada apa-apa, awak contact nombor ni" - ujar Mateen
"Waalaikumusalam" - Jannah membalas mesej Mateen dengan rasa tiada mood
"Kalau esok awak cuti, saya ambil awak untuk settlekan kereta awak" - ujar Mateen
"Esok maybe saya halfday kot, kejap lagi saya cuba tanya kat doktor Rykarl.. apa-apa nanti saya chat bagitahu awak lah ye" - ujar Jannah
"Kalau macamtu, saya minta izin bagitahu kawan saya Rykarl cutikan awak jelah esok.. esok saya ambil awak settlekan kereta semua" - Mateen membuat keputusannya
"Tak payahlah.. ok lah saya penat, nanti apa-apa saya bagitahulah.. Assalamualaikum.. suka-suka je buat keputusan sendiri.. aku nak save nombor mamat ni apa eh? taknaklah save nama dia (Jannah berkata dalam hati)" - Jannah membalas mesej dan berfikir sejenak save nama nombor Mateen
Setelah sejenak berfikir, Jannah meletakkan nama 'Acah Handsome' sebagai nama contact nombor Mateen. Pada esok harinya, Mateen datang untuk menjemput Jannah.
"Assalamualaikum pakcik Syam, maaf ganggu.. apa khabar, sihat? pakcik kenal saya lagi kan?" - soal Mateen dan menyalam tangan Hisyam
"Waalaikumusalam.. Alhamdulillah sihat.. Mateen kan? tak ganggu pun, ada apa ye Mateen datang? pakcik nak keluar kejap ni, ada benda nak uruskan" - ujar Hisyam senyum
"Saya nak jemput Jannah, dia ada? sebab semalam kereta dia tak boleh hidup, tu yang saya datang nak settlekan kereta dia sekali.. pakcik tumpang saya sekali lah, alang-alang saya hantar pakcik ye😊" - ujar Mateen dengan senyumnya yang manis
"Ohh.. dia ada.. pakcik tak susahkan Mateen ke menumpang ni??" - soal Hisyam, yang ketika itu baru sahaja mahu start enjin motornya
"Tak susahkan pun pakcik.. alang-alang pakcik nak keluar, apa salahnya saya tumpangkan" - tengah Mateen dan Hisyam rancak berborak, Jannah pun keluar
"Haa dah keluar pun anak dara sorang ni" - ujar Hisyam
"Ok lah, jomlah kita bertolak.. saya bukakan pintu ye pakcik" - Mateen membuka pintu keretanya dan pelawa pakcik Hisyam masuk
YOU ARE READING
Jannah Mateen❤️[COMPLETED] ✔️
Romance━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━ MATEEN atau nama panjangnya Amsyar Mateen Putera. Mateen senior dan pengawas ketika di sekolah dahulu, dia mempunyai kembar bernama Amani. Mereka berdua si kembar yang bijak di sekolah. Sikap Mateen sama seperti ba...