Pada lepas senja itu, Mateen pulang ke rumah sedikit lewat kerana banyak kerja perlu diselesaikan. Dia berasa sedikit tertekan dan penat. Bukan hanya tertekan kerana kerja, tetapi juga tentang Kyra yang selalu membuatnya rimas dan tertekan.
"Assalamualaikum" - Mateen memberi salam dengan riak muka tertekan dan kepenatan
"Waalaikumusalam.. hm hubby ok ke? hubby nak makan dulu ke? sayang boleh panaskan lauk" - ujar Jannah
"Tak tahula.. barang kirim tak beli, esok baru beli.. hubby penat stress, nak solat kejap, isyak dah nak masuk.. lepas tu nak mandi" - ujar Mateen dan layanannya tidak sama seperti sebelum ini. Mateen masuk ke bilik meninggalkan Jannah seorang diri di ruang tamu
Jam menunjukkan 9.30 malam, Jannah menunggu Mateen dan hidangkan makanan. Jannah risau kerana Mateen tidak makan lagi, sebelum ini, Mateen akan makan terlebih dahulu sebelum tidur. Dia masuk ke dalam bilik untuk lihat suaminya itu, dan dia nampak Mateen yang sedang tidur. Dengan langkah perlahan, Jannah menghampiri Mateen dan merenung suaminya tidur.
"Hmm kasihan hubby, penat sangat sampai tertidur.. makan pun tak lagi.. nak kejut, tapi tak sampai hati dan takut hubby marah☹️ tadi pun hubby macam nak marah.. tapi sayang risau, hubby tak makan lagi hmm.. hubby tak nak bangun ke?? jom lah makan, sayang buatkan makanan favourite hubby" - bisik Jannah perlahan di sebelah Mateen. Tiba-tiba sahaja Mateen mencelikkan matanya, terperanjat Jannah dibuatnya
"Mestilah nak bangun, and siapa kata hubby nak marah sayang? hubby tak mahu marah-marah, tadi cuma stress sikit je sayang.. minta maaf ye.. hm hubby lapar lah sayang, temankan hubby makan eh??" - ujar Mateen menoleh ke arah isterinya dan Jannah menemani Mateen makan
Di ruang makan...
"Sayang tak nak makan sekali dengan ke?? tak sampai hati pula, sayang tengok hubby makan macam tu😅" - Mateen terhenti makan seketika, lihat Jannah renungnya ketika makan
"Tak apa lah.. sayang dah makan tadi, hubby makan je eh.. ni pun rasa macam tak sihat sangat" - ujar Jannah
"Tak sihat? sayang demam ke? dah makan ubat dah??" - tanya Mateen kerisauan
"Sayang ok jelah.. tak ada apa pun, esok ok lah ni.. maybe penat sebab COD makanan petang tadi and banyak tempahan kena buat tadi" - ujar Jannah kelihatan sedikit keletihan
"Sayang.. kalau penat, please rest and stop dulu dengan tempahan customer.. sayang boleh bagitahu customer kan, stop order semua dulu?? hubby tak mahu lah sampai sayang sakit" - Mateen sangat risau akan isterinya itu
"Hm InsyaAllah hubby.. sayang ok je ni☺️ kalau penat, sayang akan rest eh" - ujar Jannah tersenyum nipis
Selepas sahaja Mateen habis makan, mereka berdua masuk ke dalam bilik bersama. Jannah merenung je arah Mateen dan minta ingin di peluk sambil tidur.
"Hubby.. boleh tak nak tidur, sambil peluk??👉🏻👈🏻" - tanya Jannah sambil membodek
"First time sayang peluk hubby time tidur ni.. boleh sayang, sini datang dekat hubby" - Mateen memanggil Jannah dan mereka tidur sambil berpelukan
Pada esok harinya, selepas mereka selesai solat subuh berjemaah dan sarapan bersama, Mateen bersiap pergi ke kerja. Manakala, Jannah ketika itu berasa tidak larat dan baring di sofa yang berada di ruang tamu sehingga terlelap. Apabila Mateen keluar dari bilik, Mateen nampak Jannah yang tertidur dan menghampirinya.
"Sayang.. kenapa tidur sini? sayang ok tak ni? kalau tak sihat, kita pergi klinik jom" - Mateen mengejutkan Jannah dengan lembut dan menyentuh dahi Jannah
"Ok je, sihat je ni.. tertidur pula, ngantuk sangat.. cuma maybe sebab tak cukup tidur kot semalam" - ujar Jannah sambil menggeliat dan menguap
"Kalau penat and ngantuk sangat, sayang pergi lah rehat kat dalam bilik.. kat sofa ni nanti sakit badan, hubby dah nak pergi kerja ni" - ujar Mateen sambil melihat jam tangannya
Jannah menyalam kedua tangan Mateen, dengan mukanya sedikit penat juga memberikan senyuman pada Mateen. Tiba sahaja di office, seperti biasa Mateen akan ucap morning pada staff yang mengucap dan wish padanya. Sejak dari apa terjadi semalam, Mateen langsung tidak bertegur sapa dengan Kyra. Dia hanya menganggap Kyra tidak wujud.
"Dah berapa kali berselisih, langsung tak pandang aku?? dia buat buat tak tahu, macam aku ni tak wujud je??" - desis hatinya apabila melihat Mateen hanya berlalu sahaja di sebelahnya seolah dia tidak wujud
Pada tengahari itu, Danish mengajak Mateen untuk keluar lunch dan mereka pun keluar bersama. Tanpa disedari mereka, Kyra mengekori mereka berdua dari belakang. Baru sahaja Mateen dan Danish duduk di sebuah restoran, tiba-tiba Kyra berpura bertanya pada Danish.
"Danish! eh korang baru nak makan ke? em I join sekali eh?" - Kyra menyapa dan menepuk bahu Danish. Belum di pelawa apa-apa, tanpa rasa malu, Kyra terus duduk
"Ehh tak lah.. kami tengah memancing.. mestilah nak makan, apa lagi.. terkejut I, tiba-tiba you kat belakang" - ujar Danish. Kyra hanya tersenyum nipis dan lihat ke arah Mateen
Sepanjang mereka bertiga makan, Mateen secara automatik menjadi diam dan tanpa berbicara sepatah pun bila hadirnya Kyra. Danish yang ketika itu, juga tidak banyak borak dan dia faham situasi ketika itu. Sejurus selepas habis makan, Mateen bergegas balik ke office semula.
"Nish, aku gerak masuk office dulu eh? banyak kerja nak buat ni" - ujar Mateen dan belum sempat Danish berbicara, Mateen segera pulang menuju ke office
Kyra hanya melihat dan mendiamkan diri saja. Kyra ketika itu juga ada sedikit terasa dihatinya, kerana tidak ada sepatah ayat pun Mateen berkata padanya.
Manakala di rumah Mateen...
Jannah berasa lemah badan dan seperti tiada tenaga. Hampir sahaja dia pitam ketika mengemas rumah. Petang itu, selepas sahaja selesai solat asar, Jannah berasa sedikit pening dan mencuba untuk bertahan. Baru sahaja beberapa langkah, Buk~ Jannah jatuh pengsan di sebelah katilnya. Secara kebetulan, Mateen pulang ke rumah...
"Assalamualaikum.. sayang, hubby belikan McD ni.. jom kita makan dulu, nanti sejuk tak sedap.. sayang? ohh sayang" - Mateen memanggil Jannah, namun tidak menyahut
Mateen melihat di dapur dan di tandas, tiada orang. Sebaik sahaja Mateen membuka pintu biliknya, Mateen terkejut melihat sekujur tubuh terbaring di atas lantai. Mateen cuba mengejut Jannah tapi tidak sedar dan muka Jannah sedikit pucat. Mateen segera mendukung dan membawa Jannah ke klinik.
Bersambung~~
(Korang rasa bila Kyra akan move on?? 🤔 Jannah pula jatuh sakit, risau Mateen dibuatnya.. btw jangan lupa tekan bintang ⭐ vote tau! terima kasih✨ Sayang Korang sangat2!❤️)
YOU ARE READING
Jannah Mateen❤️[COMPLETED] ✔️
Romance━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━ MATEEN atau nama panjangnya Amsyar Mateen Putera. Mateen senior dan pengawas ketika di sekolah dahulu, dia mempunyai kembar bernama Amani. Mereka berdua si kembar yang bijak di sekolah. Sikap Mateen sama seperti ba...