Esok paginya, selepas sarapan bersama Jannah, Mateen bersiap-siap untuk pergi ke office. Ketika bersiap, Mateen berfikir untuk sengaja berpura-pura sedang call seseorang dan memanggil Jannah untuk pakaikan tali lehernya.
"Sayang.. tolong saya pakaikan tie (tali leher) ni kejap, saya tengah on call dengan staff ni" - Mateen segera ambil phone, dan berpura sedang call. Dia hanya ingin bermanja dengan isterinya itu
"Ye sabar kejap" - Jannah menyahut dan datang mendekati Mateen pakaikan tali leher tersebut
Ketika Jannah fokus memakaikan tali leher di kolar bajunya, Mateen ambil kesempatan curi-curi pandang Jannah. Selesai saja Jannah pakaikan tali leher, Mateen terus turunkan telefonnya.
"Terima kasih sayang~ saya pergi kerja dulu ye" - ujar Mateen dan hulurkan tangannya. Jannah menyalam tangan suaminya itu
Kemudian, CHUP~💋(Mateen memberi kucupan di dahi Jannah) dan Jannah tergamam. Mateen terus bergerak pergi ke kerja. Tidak lama selepas itu, Mateen tiba di office dengan riak wajah tersenyum gembira. Sebelum ini, Mateen jarang senyum dan serious.
"Goodmorning Encik Mateen.. Encik Mateen nampak lain, happy semacam je harini" - ujar salah seorang staff di office itu bernama Syifa dan dia P.A pada boss
"Morning.. yeke?? takdelah, saya sama je macam sebelum ni.. boss dah masuk ke?" - tanya Mateen senyum. Sebelum ini, Mateen jarang senyum begitu
"Belum lagi.. kejap lagi boss masuk lah kot" - ujar staff tersebut
"Ohh ok takpe terima kasih Syifa😊" - ujar Mateen dan berlalu pergi ke biliknya
Sementara menunggu boss masuk office, Mateen mesej isterinya yang tercinta dan memberitahu sudah tiba di office. Ketika dia sedang leka mesej isterinya... Tok! tok! (Kyra mengetuk pintu bilik Mateen). Ketibaan Kyra itu, membuatkan Mateen agak tidak selesa.
"Masuk.." - Mateen pelawa masuk dengan matanya melihat telefon sambil tersenyum seorang diri. Kyra perhati Mateen dalam beberapa saat
"Hi Mateen.. amboii senyum sampai ke telinga.. lama tak jumpa you, seminggu you tak ada, pergi mana?" - soal Kyra yang menyibuk ingin tahu
"Eh Kyra😅 sorry saya tak perasan.. ada benda penting ke awak nak bagitahu? boss dah masuk ke?" - tanya Mateen dan matanya masih lagi lihat telefon dan membalas mesej Jannah
"You khusyuk sangat dengan phone tu, mana nak perasan.. you tengah chat siapa, senyum sampai ke telinga.. tak pernah nampak pun you macam ni" - ujar Kyra berasa sedikit pelik dengan riak muka Mateen tersenyum
"Yekee? takde siapa pun lah.. ni awak nak jumpa saya sebab apa?" - soal Mateen dan meletakkan phone di atas meja
"Tak ada apa, just nak tanya khabar you.. yelah seminggu tak masuk office, you pergi mana cuti seminggu?? bercuti dengan family eh?" - tanya kira sambil silangkan tangannya dan beri senyuman pada Mateen
"Oh aaa😅 em ye bercuti dengan family.. so kenapa kalau saya bercuti dengan family? tak boleh ke?" - Mateen berbohong pada Kyra mengatakan dia bercuti dengan family
"Eh tak.. I just nak tanya je.. waaa bestnya bercuti dengan family, you bercuti dekat mana? kot you nak share dengan I ke" - ujar Kyra sambil memintal rambutnya. Tiba-tiba, Tok! tok! (Pintu Mateen diketuk oleh staff bernama Syifa)
"Encik Mateen, boss dah masuk.." - Syifa memberitahu ketibaan boss
"Ohh ok thank you Syifa.. sorry Kyra, saya nak jumpa boss sekejap.. kalau ada apa-apa penting, bagitahu eh" - ujar Mateen terus mengelak dan berlalu pergi meninggalkan Kyra
"Mateen ni macam makin nak mengelak je dari aku.. pelik dia harini asyik senyum je, biasanya dia orang paling susah senyum dekat office ni😌 apa yang buatkan dia senyum happy sangat macam tu? haihh apa-apa jelah" - ngomel Kyra seorang diri dan keluar dari bilik Mateen tersebut
Di bilik boss...
"Mateen macam mana? ok ke dapat bercuti dengan isteri?" - soal bossnya iaitu Dato' Farid (pakcik pada Rykarl dan Danish)
"Alhamdulillah.. ok je uncle, takde masalah pun.. terima kasih sebab bagi Mateen peluang cuti lama sikit" - ujar Mateen. Mateen gelar bossnya uncle jika secara personal kerana sudah lama berkenalan dan jika di public, dia gelar boss
"Alhamdulillah baguslah tu.. sama-sama.. kamu nak jumpa uncle ni sebab apa?" - soal Dato' Farid
"Tak ada apa, cuma nak tanya, Kyra memang tak tahu Mateen dah kahwin ke? uncle ada bagitahu yang Mateen dah kahwin?" - tanya Mateen
"Itu uncle tak pasti, sebab uncle tak bagitahu Kyra apa-apa.. tapi haritu Syifa ada cakap, Kyra ada cari Mateen time cuti seminggu tu.. tapi uncle cuma diam je.. kenapa Mateen tanya?" - ujar Dato' Farid dahinya berkerut
"Ohh faham, patutlah.. ok takpe.. kalau macam tu, uncle diamkan je pasal ni.. biar Kyra tu tahu sendiri yang Mateen dah kahwin.. kalau dia still macam kejarkan Mateen, Mateen sendiri bagitahu dia nanti" - ujar Mateen menyilangkan tangannya
"InsyaAllah boleh, jangan risau.. tapi uncle nasihatkan, jangan tangguh lama, bagitahu je dia kalau boleh.. Mateen ada hati yang perlu dijaga, iaitu isteri kamu😊 faham kan maksud uncle?" - pesan Dato' Farid pada Mateen. Dato' Farid juga tahu, Kyra sukakan Mateen kerana Rykarl pernah beritahu padanya
"Faham uncle😊 baiklah.. terima kasih sangat-sangat uncle.. kalau macam tu, saya minta diri dulu ye uncle" - ucap Mateen dan berlalu pergi keluar dari bilik Dato' Farid itu
Di dalam bilik, Mateen berfikir sejenak apa yang harus dia lakukan dan dia bernekad untuk beritahu Kyra bahawa dirinya sudah berkahwin, jika Kyra masih kejarkan dia. Jadi dia perlukan sedikit masa untuk beritahu pada Kyra. Pada jam 6 petang, Mateen pulang ke rumah.
"Assalamualaikum.." - Mateen memberi salam, namun tiada yang menyahut kerana Jannah sedang mandi
"Eh dah balik? sorry.. saya baru lepas mandi tadi, em awak pergi lah mandi.. awak?? awak ok ke? termenung je dari tadi" - ujar Jannah yang baru sahaja siap pakai baju
"Ok je sayang.. tak ada apa pun, mungkin sebab saya banyak fikir pasal office.. dah nak masuk waktu maghrib kejap lagi, saya nak mandi kejap, nanti kita solat berjemaah sama ye" - ujar Mateen dan pergi mandi
Selepas sudah habis mandi, mereka solat berjemaah bersama seperti biasa.
Bersambung~~
(Korang rasa kalau Kyra tahu Mateen dah kahwin, apa reaksi dia??🤔 kita tunggu next chapter.. jangan lupa tekan button vote star ⭐ ok.. terima kasih semua, sayang korang❤️✨)
YOU ARE READING
Jannah Mateen❤️[COMPLETED] ✔️
Romance━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━ MATEEN atau nama panjangnya Amsyar Mateen Putera. Mateen senior dan pengawas ketika di sekolah dahulu, dia mempunyai kembar bernama Amani. Mereka berdua si kembar yang bijak di sekolah. Sikap Mateen sama seperti ba...