27

406 34 4
                                    

"Kiss Me?"
Terbeliak mata Dania mendengar perkataan kiss.

"Macam sengaja je abang ni.. apapun apa rules permainan tu?". Bertukar serius juga si Dania akhirnya. Mula-mula memang berdebar. Suami isteri kan, apa salahnya.

"Rules game ni senang je. Main teka-teki. Siapa kalah, dia kena kiss pemenang. Abang akan mula dulu". Jungkook senyum senget.

Dania pula dah ketap gigi.
Gelabah pula kalau soalan susah.

"Alright.. jom". Balas Dania lalu melepaskan keluhan kecil. Lain macam permainan ni eh–

Beberapa minit kemudian...

Tiga pusingan permainan telah berlalu. Sejak dari tadi tak ada sesiapa pun yang kalah lagi. Asyik menang je.

"Okay turn abang".

"Rasulullah SAW ada tunggang satu haiwan semasa peristiwa Israk dan Mikraj. Apa nama haiwan tu?". Terkebil-kebil mata Dania sebaik sahaja mendengar soalan Jungkook.

"Buraq!". Yakin Dania menjawab.

"Betul! Pandai isteri abang ni". Sempat Jungkook mencebik sebelum memberi respon. Dania pula dah menari tapi tak syok sangat. Menari gerakan kecil.

"Nia pula. Uh..". Nak bertanya hal agama sudah tentulah Jungkook pakar tapi– kalau boleh Dania tak nak di kiss sewenang-wenangnya.

Jadi bagi jelah soalan mudah. Haa memang dari tadi pun asyik dengan soalan senang saja.

"Rukun Islam ada berapa?". Soal Dania tersenyum. Jungkook terpinga-pinga memandang isteri di hadapannya itu lalu membalas "Sayang.. bagilah abang soalan susah susah sikit".

<<

"Nama penuh saya apa?"
Dah tentulah si Jungkook tahu.

"Semut ada berapa kaki?"

Haa ini yeon tak tahu tapi Jungkook dapat jawab. Dia banyak kali usya semut agaknya dulu.

Walau bagaimanapun, soalan-soalan Dania sejak tadi tak mencabar langsung bagi Jungkook.

>>

"Soalan tu tricky kan? Ramai keliru kot dengan jumlah rukun Islam dengan rukun Iman". Dengan bangganya Dania menerangkan pilihan soalannya. Padahal sengaja je nak bagi Jungkook menang.

"Yelah sayang. Jawapan dia 6".

Ternganga Dania mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Jungkook. Dia serius ke main-main?

"Abang.. yakin ke jawapan dia 6?!"

"Ya, abang yakin sangat. Kenapa.. salah ke?".
Jungkook membuat muka tak bersalah.

Dania ketawa ringan. Tahu sangat dah Jungkook sengaja jawab dengan jawapan salah. Terang lagikan bersuluh rukun Islam ada 5. "Abang.. rukun Islam ada 5. Bukan 6. Abang sengaja ke apa ni?"

"Hehe..". Jawab Jungkook tersengih. Akhirnya.

Tanpa amaran, bibir Dania terus dia kucup membuatkan Dania terpaku seketika. Selepas beberapa saat, Jungkook perlahan lepaskan ciumannya daripada bibir munggil isterinya. Muka Dania terus rasa hangat tambah kebas.

...

"Giliran abang pula". Jungkook memecahkan suasana tegang. Kedua pipi milik Dania dia cubit perlahan menyebabkan gadis itu tertawa kecil. Dengar saja nama permainan ini pun dah tahu boleh menuju ke arah 'kekakuan'. LOL.

Suamiku Budak Tahfiz: Jeon JungkookWhere stories live. Discover now