•
•
•
•
"Good morning sayang"
Tegur Puan Jeon dengan senyum lebar sambil menuang air teh ke dalam cawan cawan yang dia sediakan. Tuan Jeon yang baru sahaja tiba di meja makan hanya membalas dengan ciuman mesra pada kedua belah pipi isterinya.
"Seronok shopping semalam?". Tanya si suami sebelum menghirup air teh untuk mengisi perut kosong di pagi hari.
"Biasa biasa saja. Beli barang dapur tak lama lepas itu balik". Puan Jeon melabuhkan punggungnya setelah selesai menghidang sarapan.
"Abang.. semalam saya tak tahu kenapa Rose berubah jadi murung tiba tiba. Mula mula masuk shopping bukan main seronok tapi masa nak balik terus tak bercakap apa. Pelik saya"
"Adalah tu perkara yang dia tak suka jadi. Awak tak tanya dia kenapa dia jadi macam tu?". Soal Tuan Jeon. Roti bakar disapunya jem kelapa cap kepala Kook. Nama jem pun lain macam.
"Sudah ditanya tapi dijawab tak ada apa"
"Hari ni mungkin mood dia dah baik semula. Nanti awak tanyalah dia". Puan Jeon mengangguk tanda akur.
"Hah abang! Semalam saya ada jumpa seorang budak perempuan comel ni hm saya tak tahu kenapa saya rasa berkenan sangat dengan dia. Cara penampilan dia buat hati saya sejuk saja bila memandang". Jelas Puan Jeon selepas beberapa saat berdiam diri.
"Siapa dia?". Tuan Jeon menyoal.
"Alamak saya lupa nama dia apa tapi terdetik hati saya nak berpakaian seperti dia. Pakai stokin, bertudung tutup dada, pakai handsocks". Balas Puan Jeon.
Naik hairan Tuan Jeon. Isterinya yang free hair bila keluar rumah itu tiba-tiba terasa ingin bertudung bagai.
"Abang lagi sokong kalau awak keluar rumah tutup aurat sempurna. Kuranglah beban abang nanti". Kata Tuan Jeon.
"Good morning omma, appa".
Teralih perhatian Tuan Jeon dan Puan Jeon."Haaa awalnya anak omma ni bangun. Macam mana rasa pagi ni? Ok?". Rose angguk lalu senyuman tipisnya dia beri. Nak kata mood dah ok, mungkin tak.
"Dengar cerita semalam anak appa ni kemurungan tiba tiba. Ada benda yang Rose tak suka jadi ke?". Soal Tuan Jeon. Disuruh isterinya tanya tapi akhirnya dia sendiri yang buka mulut.
Rose hanya berdiam diri. Keluhan dia lepaskan sebelum memandang wajah kedua ibu bapanya yang sedang menantikan jawapannya.
"Tak ada apa pun– malaslah nak cerita. By the way.. let's just enjoy the food!". Maka pasangan suami isteri itu berpandangan antara satu sama lain sebaik sahaja Rose menukar topik.
———
"Oh my my my oh my my my nananananana boy with love oh my my my ooh my my my—"
"Amboi.. bukan main oh my my ya"
Tersentak badan Dania dibuatnya. Mana tidaknya— tak ada angin, tak ada ribut Puan Mas menerjah pintu bilik si Dania.
"Ibu ni.. terkejut adik tau". Dania mencebik. Dadanya diusap-usap perlahan hm nak redakan degupan jantung yang laju.
"Ibuuuuu adik nervousssss". Dah pelbagai cara Dania lakukan untuk hilangkan 'kegelabahannya'. Jangan masuk perkataan itu dalam exam ya anak anak sekalian.
Menyanyi, menari, buat buat lupa apa nak jadi selepas ni hm apa lagi haa berguling atas katil, melompat lompat- tapi tak berhasil juga.
Dania masih gelabah.
YOU ARE READING
Suamiku Budak Tahfiz: Jeon Jungkook
Fanfiction"Abang akan cuba bimbing sayang untuk ke Jannah sama-sama" ― Isyraf Aiman // Jungkook ――― M A L A Y F A N F I C T I O N ₍ᐢ. ̫.ᐢ₎ ♡ officially written by - @jyeons