–
–
"Wah cantiknya! Pandai sayang tangkap gambar!"
Dania menyengih sebabkan pujian Jungkook. Mereka kini berada di hadapan Eiffel Tower. Siap sewa tikar sebagai alas tempat duduk.
Mujur ada perkhidmatan sewa tikar. Sambil menikmati pemandangan indah, sambil itu juga mengunyah potongan buah-buahan.
Boleh tahan ramai juga orang yang 'berkampung' di atas padang hijau berhadapan Eiffel Tower ini.
"Lusa kita nak balik Malaysia dah.. Nia tak sangka.. Nia dapat jejak kaki kat sini. Terima kasih abang untuk SEGALANYA". Ucap Dania, perkataan akhir dia tekankan.
Suasana ketika ini secara tidak langsung menghidupkan mood romantik.
"Banyak kali dah sayang cakap terima kasih kat abang. Sama-sama sayang.. lepasni jangan cakap terima kasih lagi tau. Dah tanggungjawab abang untuk sayang kan". Kata Jungkook lembut.
Dahi Dania dia kucup kemudian buah potongan tembikai susu dia cucuk guna lidi lalu dia masuk dalam mulut. Kedudukan mereka saat ini rapat bersebelahan menghadap ke arah Eiffel Tower.
"Okay abang.. tapi kalau Nia terlepas cakap terima kasih lagi, sorry tau sebab Nia dah terbiasa dari dulu hehe". Wajah Jungkook, Dania pandang.
Terlihat muka tampan lelaki itu yang sedang mengunyah sambil tersenyum manis. Mereka sama-sama bertentangan mata. Tertunduk Dania seketika.
"Sayang blushing!". Tegur Jungkook sebelum ketawa kecil. Terserlah gigi arnab jejaka itu.
Dirinya sendiri pun sama sebenarnya cuma dia pandai sembunyi blushing nya tu. Dania tak. Kalau dah malu, terus nak elak eye contact.
"Abang handsome sangat. Memanglah".
Jujur Dania. Kembang si Jungkook dengar."Sayang pun cantik sangat..". Puji Jungkook. Muka Dania dia tenung sambil mengusap lembut tangan isterinya itu. Indah sungguh ciptaan Allah.
"Abang pernah cerita tak kat sayang pasal halmeoni abang?". Jungkook memecahkan kesunyian antara mereka berdua. Memulakan topik baru. Neneknya yang berada di Korea tiba-tiba terlintas di ingatan.
Dah lama tak jumpa wanita tua itu. Kali terakhir berjumpa pun semasa sebelum masuk pusat tahfiz.
"Halmeoni? Em.. tak pernah". Jawab Dania.
"Okay abang cerita. Abang rapat sangat dengan halmeoni. Dia nenek abang belah arwah appa. Nenek datuk abang belah omma dah meninggal masa abang kecil jadi tak sempat nak jumpa diorang. Jadi.. abang memang rapat dengan halmeoni je". Terang Jungkook.
YOU ARE READING
Suamiku Budak Tahfiz: Jeon Jungkook
Fanfic"Abang akan cuba bimbing sayang untuk ke Jannah sama-sama" ― Isyraf Aiman // Jungkook ――― M A L A Y F A N F I C T I O N ₍ᐢ. ̫.ᐢ₎ ♡ officially written by - @jyeons