•
•
•
•
Kepala Dania tersembul keluar dari pintu bilik. Toleh ke kiri— toleh ke kanan. Line clear. Entah apalah rancangan yang dia mahu lakukan.
Dengan pakaian lengkap berhoodie, bertudung dan berstokin, Dania melangkah keluar dari bilik lalu perlahan dia menarik tombol pintu.
Dah rupa penjenayah nak pecah masuk rumah sendiri sahaja.
Terjengket-jengket kedua kakinya apabila berjalan melalui bilik abangnya. Sehinggalah Dania tersentak terdengar sesuatu.
"Hoi nak pergi mana".
Sememangnya suara Afieq.Dania mengetap bibir sebelum menoleh ke arah suara yang datangnya dari pintu bilik abangnya itu.
"Um.. nak pergi—"
...
Dania mengerutkan dahinya. Terlihat pintu bilik Afieq kemas tertutup tanpa ada sedikit ruang pun yang terbuka. Mana datangnya suara tadi–
"Aduh! Kau tembak member sendiri dah kenapa!? Aku semaklah dengan kau ni ADUDUDU"
Dania melepaskan keluhan. Lega. Afieq bercakap seorang diri rupanya. Sedang syok bermain permainan video agaknya.
Kembali fokus kepada rancangan. Dania berjaya melepasi daripada terkantoi oleh abangnya sendiri.
Level 1, passed!
Berhati-hati cuba menuruni tangga tanpa menghasilkan sebarang bunyi apa pun. Tiba sahaja aras bawah. Dania mula mencari kelibat Puan Mas.
Dilihatnya di bahagian dapur, tiada. Tidak berfikir panjang. Dania terus melalui ruang tamu dan berjaya keluar dari rumah.
Level 2, passed!
Kasut converse hitam kegemarannya dicapai dari rak sepatu kemudian disarungkan kedua belah kakinya. Kini Dania menuju ke pagar rumah. Belum sempat berjaya membuka selak pagar—
"Adik nak pergi mana tu?"
Level 3, mission failed!
"Ibu.. hm ibu tengah buat apa?". Sengaja Dania mengubah topik sambil berjalan ke arah di mana Puan Mas sedang berdiri. Jelas pada pandangan mata Dania ibunya memegang batang penyapu.
Ditanya juga soalan kurang pandai.
"Tak nampak ibu tengah pegang penyapu? Menyapu lah". Balas Puan Mas. Kan dah kena.
"Pakai macam ni nak pergi mana?". Berbalik kepada soalan asal Puan Mas. Sepandai pandai arnab melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Eh– arnab ke tupai?
"Um.. adik nak pergi jumpa Ayuni. Boleh ke?". Soal Dania teragak-agak.
"Jumpa Ayuni awal pagi macam ni? Sudah bangun ke budak tu?". Soalan berbalas soalan. Mana tidaknya. Sudahlah hari Sabtu. Semestinya ramai sedang nyenyak dibuai mimpi lagi lagi remaja zaman kini.
"Sudah kot..". Jawab Dania selepas mengerling jam tangannya yang menunjukkan pukul 8.30 pagi. Iya iya lah tu.
"Nak buat apa jumpa Ayuni?".
Soal Puan Mas lagi."Saja nak borak borak sebab bosan asyik duduk dalam rumah je". Dania membalas tanpa ragu ragu sambil menyengih. Ya, memang benar sebab Dania itu namun ada niat lain juga.
"Oh kalau macam tu ibu izinkan adik pergi tapi balik rumah sebelum jam 12 tengah hari ya". Pesan Puan Mas membikinkan Dania menelan air liurnya perit.
"Kenapa ibu?". Sengaja Dania bertanya soalan yang sudah tahu jawapannya.
![](https://img.wattpad.com/cover/162738463-288-k18296.jpg)
YOU ARE READING
Suamiku Budak Tahfiz: Jeon Jungkook
Fanfiction"Abang akan cuba bimbing sayang untuk ke Jannah sama-sama" ― Isyraf Aiman // Jungkook ――― M A L A Y F A N F I C T I O N ₍ᐢ. ̫.ᐢ₎ ♡ officially written by - @jyeons