☆
•
•
[Dania POV]
"Nurin! Kau apa khabar?"
Ya sememangnya dia si perempuan perampas. Rakan sekelas aku semasa di sekolah menengah dulu. Mengapa dia digelar 'perampas'?
Kerana dia pernah rampas correction tape kesayangan aku malah tak minta izin. Nasib dia minta maaf tapi ada juga kebaikannya- disebabkan correction tape, kami menjadi sahabat.
Klishe betul kisah aku.
"Alhamdulillah baik saja.. ewah ewah kau dah bersuami siap pakej anak weh? Dapat laki rupa Seagull pula fuh pandai betul kau cari.. aku batang hidung jodoh pun tak nampak lagi". Main cakap tembak sahaja si Nurin.
"Lawak apa. Dia bukan suami aku lah—"
"IBUUUU". Yusuf lari dari belakang lalu memeluk kaki aku. Langsung aku terbantut nak sambung ayat. Jap apa dia panggil aku? Ibu!?
Aku menunduk memandang Yusuf. Dia tersenyum manis sehingga ternaik pipi 'pau' nya manakala aku dah menganga. Takpe— kedai ni bebas lalat.
"Yusuf panggil akak apa tadi–"
"Weh comelnya anak kau! Ya Allah gebu gila pipi dia huaaaa". Tanpa berlengah masa, Nurin mencangkung berhadapan Yusuf. Dia picit perlahan pipi milik budak kecil tersebut.
"Nurin.. kau dah salah faham. Dia bukan a-anak aku. Dia adik Khal ok?". Bidas aku. Aku terlalu muda nak sebut bab anak haih. Yusuf pun satu— memandai je panggil aku 'ibu'. Selama ini tak pernah pun.
"Adik Khal? Oh yeke.. habistu kenapa dia panggil kau ibu? Pelik semacam.. kau babysitter dia ke?". Soal Nurin bertubi. Hah bagaimana harus aku menjawab.
"Tak adalah babysitter sangat. Aku dengan Khal kan rapat jadi kau faham faham lah kan?". Mengharap sahaja Nurin memahami penjelasan aku.
"Ohh.. ok aku faham". Kini Nurin kembali berdiri menghadap aku. Aku hembus nafas lega. Tidaklah keadaan menjadi rumit.
"Lelaki belakang kau.. siapa dia?". Oh lupa pula. Sepatutnya aku tak boleh lega lagi.
"Dia tinggal kat rumah aku buat sementara waktu. Adalah hal dia". Nurin mengangguk tanda mengerti.
"Sorry weh. Aku salah sangka tadi. Haaa aku kena pergi. Kirim salam aku pada Khalish tau hahahahahah". Bab gelak Nurin nombor satu. Lawak dia hambar macam mana pun tapi kalau dengar gelak dia, confirm tewas.
Aku akan ketawa sekali.
"Insha-Allah". Aku membalas sebelum Nurin beredar pergi meninggalkan aku dan Yusuf. Masih tak lepas lagi pelukan erat pada kaki aku rupanya.
"Yusuf.. kenapa memandai panggil akak 'ibu' hah? Tak pasal pasal kawan akak dah salah faham tadi". Aku menyepetkan mata inginkan jawapan Yusuf.
"Boy friend akak yang suruh"
Terbeliak biji mata aku. Ada dua benda membuatkan aku terperanjat sekarang. Satu, mana hadirnya gelaran boy friend itu? Dua, Jungkook yang arah Yusuf panggil aku 'ibu'!?
Sabar Dania.. sabar.
Hal boleh bawa bincang."Tadi tu kawan awak ke?"
Tegur Jungkook. Aku mengetap bibir. Nak sahaja aku tanya banyak benda pada dia tapi entah mengapa mulut aku terasa dikunci.
KENAPA HENSEM SANGAT SAMPAI MULUT AKU SUSAH NAK HAIH ZKZKEJZBSNKJSJJSKJAJD
"Hm". Jawab aku pendek.
"Kenapa.. suruh Yusuf panggil saya ibu dan sejak bila awak jadi boy friend saya?". Aku dah tak tahan.
![](https://img.wattpad.com/cover/162738463-288-k18296.jpg)
YOU ARE READING
Suamiku Budak Tahfiz: Jeon Jungkook
Fanfiction"Abang akan cuba bimbing sayang untuk ke Jannah sama-sama" ― Isyraf Aiman // Jungkook ――― M A L A Y F A N F I C T I O N ₍ᐢ. ̫.ᐢ₎ ♡ officially written by - @jyeons