18

1.6K 166 34
                                    

"Kena sihir?!"

Tergamam Rose dibuatnya. Maka suasana di antara mereka berempat bertukar tegang. Afieq tiba-tiba berdehem— cuba nak hilangkan kesunyian gamaknya.

"Nonsense..". Sambung Rose masih tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

"Ini bukan nonsense. Ini realiti".
Jungkook bersuara.

"Kalau betul omma disihir.. siapa yang buat? Rasanya appa dengan omma tak ada musuh pun". Rose memegang kepalanya. Buntu.

"Musuh selalunya tak tunjukkan diri. Mungkin dia ada simpan dendam sampai sanggup buat kerja terkutuk ni". Ujar Dania.

"Patutlah perangai omma berubah ubah". Omel Rose perlahan tetapi masih bisa didengari Jungkook, Dania dan Afieq.

"Selain daripada perubahan sikap omma apa tanda lagi yang kau nampak?". Tanya Jungkook menginginkan kepastian.

"Dari dulu omma selalu mengeluh sakit tapi yang peliknya— doktor kata dia tak ada penyakit apa pun. Bila check semuanya okay". Terang Rose.

"Aku terfikir sampai sekarang. Omma minta tolong aku sebelum appa tegur. Apa.. maksud dia? Aku perasan bila appa datang terus omma berubah". Semua tumpu ke arah Jungkook saat ini. Dia pula memegang kepalanya.

"Wait. Maksudnya kau nak tuduh appa adalah dalang semua ni?". Sampuk Rose sedikit nada kemarahan.

"Aku tak cakap pun". Balas Jungkook. Afieq dan Dania dah memandang antara satu sama lain. Masing-masing berdoa moga tak timbul pergaduhan.

"Izinkan saya mencelah. Sesiapa kat sini ada kenal mana mana ustaz atau ustazah yang boleh ubatkan orang? Aku rasa lebih baik kita settle kan hal ni dengan orang yang arif bab makhluk makhluk ghaib ni". Cadang Afieq.

"Abi". Sekali lagi Jungkook menjadi pusat perhatian.

———

Tubuh yang agak sasa dipeluk erat Puan Jeon. Rose tersenyum melihat kemesraan pasangan di hadapannya. Selepas itu dirinya pula dipeluk Tuan Jeon.

"Appa jaga diri baik baik tau. Jangan lupa belikan souvenir yang Rose minta tu heheh". Pesan seorang anak perempuan kepada ayahnya.

"Insya-Allah. Harap appa tak lupa. Kamu berdua jaga diri juga. Appa tak ada dua minggu ni. Lama tu. Kalau ada hal emergency call appa terus. Ingat!". Kali ini Tuan Jeon pula berpesan kepada dua beranak tersebut.

"Ai ai chip!".
Balas Rose bersemangat.

Tuan Jeon perlu ke Singapura selama dua minggu atas tujuan kerja. Jadi tinggal lah Puan Jeon, Rose dan seorang orang gaji bertiga di rumah.

"Perhatian kepada semua penumpang MH343 ke Singapura, sila bergerak ke platform A sekarang kerana MH343 akan berlepas sebentar sahaja lagi. Sila lihat nombor tempat duduk anda dan duduk di tempat yang betul. Jangan duduk atas riba orang sudah. Sekian terima kasih"

"Baik. Appa gerak dulu ya". Kata Tuan Jeon. Dahi isterinya dan Rose dicium lembut sebelum beredar ke platform A. Tangannya mula melambai ke arah dua beranak itu.

"Hati hati abang!". Jerit Puan Jeon.

"See you next two weeks!". Rose pula.

"Baiklah.. sekarang omma nak pergi mana?". Soal Rose setelah bayangan appanya sudah jauh dan hilang.

"Pergi mana? Balik rumah lah". Rose tersengih sebaik sahaja mendengar jawapan Puan Jeon. Berita baik!

"That means omma tak ada nak buat apa kan? Jom! Ikut Rose pergi satu tempat. Kita jumpa someone". Berkerut kening Puan Jeon. Jarang anak perempuannya nak membuat kejutan sebegini.

Suamiku Budak Tahfiz: Jeon JungkookWhere stories live. Discover now