☀︎ ⋆⁺₊⋆
.
.
"Kita seharusnya banyak berterima kasih kepada Allah SWT kerana dikurniakan nikmat yang sangat banyak sampai kita sendiri tak perasan.
Kenapa tak perasan? Sebab kita terlampau leka dengan hiburan dunia sehingga terlupa nak berterima kasih kepada Tuhan yang menciptakan kita.
Kita ini hamba Allah, jadi macam mana cara nak ucap thank you to Allah? Ucap 'alhamdulillah'.. tapi disebabkan nikmat yang terlalu banyak kita terima, 'alhamdulillah' sahaja tak cukup sebenarnya.
Banyakkan buat amalan kebaikan tambahan contohnya buat solat sunat, bersedekah hah apa lagi? Banyak sebenarnya tanda terima kasih kita kepada Allah cuma.. kita sahaja yang malas.
Tak mau malas malas. Allah tak jemu beri kita nikmat tapi kita malas nak beribadah kepada Dia?
Hamba jenis apa macam itu? Cuba fikirkan balik.."
Sangat terkesan setiap bait bait kata ustaz penceramah itu. Dania yang duduk bersendirian di bawah khemah ruang makan hanya mampu dengar dari luar masjid sahaja. Nak masuk, nak juga dia join sekali tapi apakan daya. Period.
Bukan Dania je yang ada di bawah khemah, adalah juga beberapa wanita yang sama keadaan sepertinya.
Penceramah terkenal datang kan? Rugi kalau tak dapat tengok depan mata. Dengar dari luar masjid pun dah syukur.
Siapa kata perempuan dalam keadaan abc tak boleh datang masjid? Boleh je cuma tak dibolehkan masuk ke dalam, di tempat orang nak tunaikan solat. Khuatir tertinggal kesan darah nanti.
Kalau nak menuntut ilmu agama apa salahnya kan. Tak ada halangan. Pahala dapat, ilmu dapat.
Jam tangan Dania kerling. Khusyuk dengar ceramah sampai tak sedar dah masuk waktu Isya'. Hm masa memang suka cemburu dengan manusia.
"Tuan, puan, kakak, abang, adik, pak cik, mak cik, datuk, nenek yang dirahmati Allah sekalian. Hah kita dah sampai ke penghujung program.
Oleh itu, saya tutup ceramah saya pada malam ini dengan ucapan ribuan terima kasih kepada semua kerana sudi mengimarahkan masjid. Ramai macam ni.. sejuk mata saya memandang.
Ok kita raikan penutup majlis ilmu ini dengan bacaan doa"
Selesai mengaminkan doa. Dania segera bangun dari tempat duduknya untuk memeriksa setiap makanan yang bakal mereka jamu.
Takut ada lalat ke.. buaya ke ehh.
Mata Dania tiba-tiba tertancap pada seekor haiwan yang sedang menghidu bauan makanan di atas meja. Meja vvip pula tu! Aduh habislah.
"Yah kucing ni memang nak kena halau dengan aku". Dania bercakap sendirian. Kaki dia laju sahaja melangkah ke arah meja vvip.
Kedatangan seseorang menyebabkan langkah Dania mati. Kini Dania fokus kepada tuan empunya badan yang mengusap-usap badan kucing berwarna jingga di atas meja itu.
Pipi Dania bertukar merah. Tambahan pula bila lelaki itu mengalihkan pandangan ke arah Dania. Makin merah pipi Dania. Bukan setakat pipi.. habis satu muka merah bak tomato.
Secara automatik badan Dania terpusing membelakangi lelaki itu. Terbayang senyuman yang dilemparkan kepada Dania beberapa saat lalu.
Ya, sebelum Dania berpusing tadi sempat lelaki itu senyum ke arahnya. Namun tak dibalas pun si Dania. Gelabah habis ke kak?
"Sayang.. kerja saya dah siap"
Keadaan menjadi tegang ibarat benang ditarik macam dah nak putus je hah ini bukan peribahasa yang sah tercatat dalam kamus bahasa melayu.
![](https://img.wattpad.com/cover/162738463-288-k18296.jpg)
YOU ARE READING
Suamiku Budak Tahfiz: Jeon Jungkook
Fanfiction"Abang akan cuba bimbing sayang untuk ke Jannah sama-sama" ― Isyraf Aiman // Jungkook ――― M A L A Y F A N F I C T I O N ₍ᐢ. ̫.ᐢ₎ ♡ officially written by - @jyeons