22

2.2K 191 81
                                    

[Jungkook POV]

Tikar sejadah aku renung sambil beristighfar. Merenung kembali masalah yang keluarga aku hadapi. Memang bercuti tapi bila duduk sendirian sebegini akan terkenang juga. Selagi tak selesai segalanya.

Tap— bunyi benda jatuh di luar bilik menarik perhatian aku. Jam dinding aku kerling menunjukkan pukul 4.10 a.m.

Sejadah aku lipat lalu aku menuju ke pintu bilik. Niat nak periksa apa yang terjadi.

Pintu bilik aku kuak. Kepala aku sahaja terjelir keluar di celah pintu ingin memerhati keadaan sekeliling. Hidup ni tak boleh berani sangat tapi tak boleh juga jadi terlalu penakut.

Aku memberanikan diri untuk melangkah keluar. Melepasi garisan ruangan bilik. Cahaya lampu ruang tamu yang terbuka menghairankan aku. Seingat aku sebelum aku masuk tidur tadi aku tutup lampu?

Pintu sliding bahagian balkoni yang terbuka sedikit menambahkan rasa ingin tahu aku. Siapa pula buka pintu pagi pagi buta ni?

Sempat aku mencapai sekaki payung yang tersedia di sebelah pintu. Manalah tahu ada penyamun ke apa. Ikutkan logik tak mungkin pencuri buka lampu pula? Apapun hidup ni kena bersedia. Eh aku tak habis habis dengan hidup.

Langsir beralun-alun ditiup angin barangkali datangnya dari pantai. Menghadirkan suasana seram. Berhati-hati aku berjalan ke arah pintu sliding bersama 'senjata' aku.

Aku bersembunyi di sebalik langsir kemudian aku memeriksa laman balkoni melalui cermin pintu sliding yang bersifat lut sinar.

Payung aku letak.
Keluhan lega aku lepaskan.

"Omma? Awalnya bangun". Tegur aku sambil menapak ke arah omma yang sedang berdiri di balkoni. Barangkali menikmati angin luar?

Omma langsung tak menoleh apabila aku menegurnya. Pelik. Bila difikirkan balik— beraninya dia bersendirian kat luar gelap gelap ni.

Pukul 4 pagi pula tu.

"Omma?". Aku menegurnya lagi. Namun seperti biasa. Dia hanya berdiri kaku. Langsung tidak memberi reaksi. Rasa seram sejuk mula menyelubungi diri.

Aku berada sangat dekat dengan dirinya saat ini. Tangan aku angkat mahu menyentuh bahunya—

"Jungkook?".
Aku tersentak.

Itu bukan ke suara omma?

Berkerut dahi aku namun aku terus menoleh disebabkan suara lembut yang memanggil aku dari belakang. Tangan aku yang hendak menyentuh bahu omma tadi masih berada dalam posisi yang sama.

Tubuh aku sedikit menggeletar sebaik sahaja melihat omma yang sedang berdiri di muka pintu sliding sambil memandang aku pelik.

"Jungkook buat apa tu?". Soal omma.

Aku menelan air liur perit. Posisi badan aku tetap sahaja sama. Jantung aku mula berdegup kencang. Kalau omma dekat situ habistu—

siapa yang berdiri sebelah aku ni?

Rasa takut aku tepis. Mata aku tutup. Cepat cepat aku membaca Ayatul Kursi apabila tubuh aku seolah olah membatu tidak mampu langsung untuk bergerak. Tak henti aku berdoa dalam hati.

"Walayauduhuhifzuhuma wahuwal aliyyul azhim". Alhamdulillah dengan izin Allah badan aku dapat kembali bergerak. Aku pun menoleh untuk melihat siapa di sebelah aku.

Kosong.
Dasar syaitanirrajim.

"Kook okay tak? Kenapa omma panggil tadi tak menyahut?". Omma yang baru sahaja nak melangkah keluar aku cepat cepat tahan.

Suamiku Budak Tahfiz: Jeon JungkookWhere stories live. Discover now