▪
▪
[Dania POV]
Apa aku nak jawab sekarang?
Somebody help me!Jungkook cintakan aku? Jadi perempuan yang dia suka itu, aku? Allahu. Kenapa dia confess sekarang— aku tak belajar masak banyak lauk lagi lah woi.
"Awak serius ke?"
Pertanyaan ini je yang terlintas dalam kotak pemikiran aku. Cawan bertingkat sebelah tangan aku pegang erat. Ingat nak lepaskan semasa Jungkook confess tadi. Baru ada feeling drama. Ceh!
Jungkook yang beberapa minit lepas berwajah serius. Kini terbit senyuman di bibirnya. Dia menunduk dari terus memandang anak mata aku.
"Ya.. saya serius. Anggap ini sebagai lamaran saya"
Gelabah aku jadinya apabila dia mula menapak selangkah demi selangkah mendekati aku. Aku kaku sahaja di tempat yang sama. Terkelip-kelip mata aku memerhati gerak-geri dia.
Sedepa jaraknya menjadi sehasta dan hampir ke sejengkal! Aku segera menapak ke belakang supaya jarak antara aku dengan dia tak begitu rapat.
Aku ketap bibir. Aku tundukkan pandangan sambil memikirkan apa yang nak dijawab. Lama juga aku berdiam diri. Berfungsilah wahai otak. Hah!
"Jungkook boleh tak–"
Mulut aku seolah-olah dikunci. Aku tak fokus pada Jungkook malah sebaliknya. Tingkap. Ada sesuatu di tingkap! Bayangnya yang berwarna putih menjelaskan lagi penampakannya.
Aku tak bersuara. Perasaan takut dan gerun mula menyelubungi diri. Apa benda warna putih tu?
"Dania..? Awak pandang apa?". Tersentak aku dengan teguran Jungkook. Serta-merta aku beralih pandangan ke arah dia. Jungkook palingkan kepalanya ke belakang— nak periksa mungkin.
Setelah beberapa saat Jungkook menoleh wajahnya ke arah aku semula dan– aku nak jerit sekarang.
Bayangkan muka Jungkook tukar jadi ni. Adudu.
"AAHHHHHHHHHHHH"
//!
Aku tercungap-cungap. Pantas aku bangkit dari terus terbaring. Ya Allah— apa aku mimpi tadi. Seram gila! Ada ke patut muka Jungkook bertukar jadi wajah Adudu si kepala kotak.
Dari hensem bertukar hodoh.
Warna hijau pula tu HISH.Aku bongkar dari katil. Tudung aku sarung lalu keluar bilik. Tekak haus pula. Tengok jam baru pukul 11.40 malam. Tertidur terus terlena dengan tak baca doa, tak basuh kaki.
Patutlah si Adudu muncul.
Setibanya di ruangan dapur. Air kosong aku tuang ke dalam gelas sebelum punggung dilabuhkan di atas kabinet. Bismillah— fuh lega sungguh bila tekak dilalukan minuman.
YOU ARE READING
Suamiku Budak Tahfiz: Jeon Jungkook
Fanfiction"Abang akan cuba bimbing sayang untuk ke Jannah sama-sama" ― Isyraf Aiman // Jungkook ――― M A L A Y F A N F I C T I O N ₍ᐢ. ̫.ᐢ₎ ♡ officially written by - @jyeons