15

1.9K 199 44
                                    

✧*:・゚

Kegelapan digantikan cahaya yang menyinari mata. Nak tak nak terpaksa gagahkan diri nak buka mata. Perlahan-lahan dan akhirnya berjaya melihat keadaan saat ini.

Dania mengerutkan kedua keningnya akibat sinaran lampu yang terlalu terang sehingga menyilaukan matanya. Dia memerhati sekeliling. Tempat yang agak familiar hm tak lain tak bukan—

"Dania? Alhamdulillah kamu dah sedar!". Ujar Ummi Fatimah teruja. Dania mula rasa gelabah dan baru saja dia sedar bahawa hanya dia dan Ummi sahaja yang ada di dalam wad pesakit tersebut.

Mana tak gelabahnya.
Tak bertudung.

"Apa yang dah jadi, Ummi?". Soal Dania dengan suara serak basahnya. Perutnya masih ada rasa sakit tapi tak seteruk sebelum ini.

"Kamu pengsan di depan pintu tandas. Nasib baik Ummi tergerak hati nak jengah kamu. Tengok tengok kamu dah terbaring atas lantai". Jelas Ummi.

"Doktor kata kamu ada alergik pada makanan. Sebab itulah perut kamu sakit. Ummi minta maaf sangat sebab suka hati saja hidang makanan pada kamu. Tak tanya kamu dulu..". Ucap Ummi sebelum tangan Dania dia pegang. Rasa bersalah menyelubungi dirinya.

"Takpe. Ummi tak salah pun. Nia sendiri tak tahu Nia alergik pada makanan apa. Tiba tiba perut sakit sangat". Balas Dania. Hairan juga. Selama 18 tahun dia hidup tak pernah pula alergik apa apa. Main makan saja. Tak jadi apa pun.

Tututurururuuu

Bunyi ringtone telefon pintar milik Ummi membikinkan Dania rasa nak ketawa. Terpaksa saja Dania menahan gelak sehingga Ummi menjawab panggilan.

"Waalaikumusalam. Alhamdulillah dia baru je sedar ni. Isyraf dengan Abi tunggu kat mana tu?"

"Oh kat luar wad? Haa kalau Isyraf nak masuk melawat Dania boleh saja tapi jangan main masuk. Tunggu Ummi call balik baru Isyraf boleh masuk ok?". Lalu Ummi mematikan panggilan setelah menjawab salam dari Jungkook.

"Isyraf nak lawat Nia ke?". Ummi angguk kepala sebaik sahaja Dania tuju soalan. Tudung sarung berwarna hitam yang terletak di kepala kerusi Ummi ambil kemudian dia pakaikan dengan berhati-hati. Betapa sayangnya Ummi pada si gadis itu. Ceh wah.

"Nia nak tahu tak. Isyraf lah manusia yang paling tak tentu arah bila dapat tahu kamu pengsan tadi. Dialah yang bawa kamu ke hospital ni". Kata Ummi selepas selesai menyarungkan tudung pada Dania.

"Yeke? Jap. Nia pengsan tadi siapa yang angkat Nia masuk dalam kereta.. sampai ke sini..? Jangan kata dia...". Tebak Dania. Muka dah berubah merah padam tapi dia cover malu dengan cara acah sedang membetulkan tudungnya. Alahai.

"Habistu? Tak kan lah Ummi pula yang nak angkat kamu sayang? Abi dah berumur. Tak larat dah. Siapa lagi kalau bukan dia?". Bertambah merah lah muka si Dania.

"Hehehe haah lah. Betul juga..".
Dania mampu sengih kambing saja.

"Ummi call Isyraf sekarang ya? Kamu dah bersedia kan?". Dania ditanya. Dah serupa nak hadap suami yang dah bertahun tak jumpa pula— eh tak ada kaitan.

Dania angguk kepala tanda setuju. Pada masa yang sama jantungnya sudah berdebar-debar umpama nak berlari marathon.

———

"Apa? Alergik pada timun?!"

Jerit Puan Mas sebelum dilurutnya telefon pintar itu ke bawah dan memandang suaminya di sebelah. Berkerut dahi Encik Fakhrul lalu dia memberi isyarat agar isterinya menyambung semula panggilan.

Suamiku Budak Tahfiz: Jeon JungkookWhere stories live. Discover now