07

2.1K 219 47
                                    

*

*

*

"Awak selalu pergi tempat tadi ke?"

Pertanyaan dicampak pada Dania tatkala kakinya sedang mengayuh perlahan. Kedudukan Dania dan Jungkook agak rare. Basikal Jungkook di depan manakala Dania di belakang.

Suara Jungkook masih boleh didengari Dania oleh sebab keadaan sekeliling yang tidak bising. Angin kuat sudah berubah tiupan sepoi-sepoi bahasa.

"Yep! Selalu pergi pun sebab tempat tu tenang". Suara Dania kuatkan supaya sampai ke telinga Jungkook. Harap didengari.

Waktu sekolah dulu Dania selalu kena marah dengan rakan-rakannya. Alasan? Suaranya tak jelas. Sabar sahajalah. Dah habis sekolah pun kena juga.

Suara Dania memang semulajadi begitu, nak buat macam mana. Reda.

"Ohh.. uh.. Dania, saya nak tanya sesuatu boleh?"

"Boleh. Tanyalah". Dahi Dania kerut. Hendak fokus pada suara Jungkook. Takut pula tak dengar.

Punca gemar sangat pakai earphone lama lama. Buka volume kalau boleh nak paling kuat. Lainlah dengar lagu nasyid.. ini tak. Rentak lagu dum dam dum dam boom boom bam kebabom!

"Awak dah.. ada..."

"Boy friend?". Teka Dania. Jungkook menoleh ke belakang memandangnya. Wajah Jungkook seakan terkejut sebelum senyum dan mengangguk kepala. Wah— Dania ada kuasa baca minda ke?

"Takde". Balas Dania pendek sambil geleng kepala. Jungkook yang masih tersenyum, meng'oh'kan jawapan gadis itu lalu kembali pandang hadapan.

Bukan apalah. Dania dapat rasa Jungkook akan tanya soalan sebegitu. Maklumlah— sebelum Jungkook tegur Dania di tempat tadi, asyik tersenyum-senyum si Dania melihat skrin telefon.

Dia syak Jungkook perasaan perkara itu. Boleh menimbulkan fitnah betul.

Padahal sedang tengok koleksi gambar Justin Seagull dalam gallery telefonnya.

Suasana antara Dania dan Jungkook agak tegang sehinggalah tiba di depan rumah.

"Ayu.. mengamuk tak?". Tanya Dania kegerunan. Nak melangkah kaki masuk ke rumah terasa berat.

"Um.. dia mengamuk teruk juga tadi". Dania telan air liurnya perit. Air muka juga dah berubah.

Kali terakhir Ayu marah Dania teruk adalah sebab yang sama. Lepak terlalu lama di rumah Khal. Mana taknya— kerja di rumah bertimbun tapi ditinggalkan begitu saja.

Itu kisah beberapa tahun lepas. Semasa zaman persekolahan lagi. Dania memang tak mahu peristiwa ngeri itu berlaku lagi. Tambahan pula, depan tetamu.

Jungkook tertawa kecil melihat kegelisahan Dania saat ini. Cepat cepat Dania kawal riak wajahnya. Tak sengaja papar muka 'pengecut'.

"Saya main main jelah. Ayu tak mengamuk pun. Dah jom masuk". Jungkook bergerak terlebih dahulu. Dania di belakang dah senyap-senyap bagi renungan maut pada Jungkook.

Belakang Jungkook beranilah dia.

"Haish dia ni kan. Buat aku takut je". Omel Dania. Tak lupa plastik berisi kuih koci perisa coklat dia ambil dari bakul basikal. Tanpa berasa gerun, dia masuk ke dalam.

———

"Alololo comelnya anak omma seorang ni! Meh sini peluk omma!"

Terkedek-kedek anak lelakinya berlari ke dakapan Puan Jeon. Erat sungguh pelukan mereka berdua. Penuh kasih sayang.

Suamiku Budak Tahfiz: Jeon JungkookWhere stories live. Discover now