24. Flashback 2

107 10 0
                                    

"Duduk." Kai pun duduk di sofa yang ada dan suasana berubah menjadi serius dalam sekejap mata.

"Darimana kau tahu bila Boy nak pergi balik ke Planet Thousand?" tanya Aira menata buku-buku ke dalam rak di belakangnya.

"Rizal yang cakap, jadi betul ke tak?" jawab Kai.

"Betul, ini rancangan aku untuk ke depannya. Reck dan Shen boleh jadi makin menjadi-jadi dalam ambisi diorang, kita tak boleh anggap remeh." jelas Aira duduk di sebelah Kai.

"Lagipun Batu Kristal Bintang tu berasal dari kuasa aku, jadi dah jadi tugas aku untuk jaga sampai keturunan kita dapat. Kan Akak?" sambung Boy memulihkan suasana yang sedikit tegang itu.

"Betul, lagipun Boy ni dah makin kuat selepas 100 tahun kita kat sini." lanjut Aira tersenyum menoleh ke arah adiknya yang sedang menata buku di rak atas menggunakan kuasa anginnya.

"Kau pulak? Nak ikut balik ke?" tanya Kai menatap Aira.

"Mestilah...tak. Aku kena bina keturunan kat sini sebab sini la yang paling selamat."  jawab Aira menatap tangannya sendiri.

"Tapi macam mana bila Reck dapat kesan Akak?" khawatir Boy yang kembali turun dan menatap kakak satu-satunya dengan pandangan 'Akak macam mana?'.

"Itu biarkan jadi urusan Akak kat sini, kau baik fokus je kat Planet Thousand sana. Kai, macam mana perjanjian antara dengan kerajaan terdekat tu?" kata Aira memberikan senyuman lembut demi bisa mengurangi rasa kekhawatiran dua lelaki di depannya.

"Aman dan Raja diorang dah sediakan tempat tinggal dekat dengan istana. Kau pula kena jadi tangan kanan dia." kata Kai mengingat pertemuannya dengan raja di kerajaan terdekat beberapa hari yang lalu.

"Malas, tapi baiklah. Bila kita boleh pindah?" ucap Aira menatap langit gua yang sudah di jadikan rak buku.

"Lusa kot, kita pun kena hapuskan jejak kita kat gua ni." balas Kai yang ikut menatap langit gua.

"Aku faham, Boy baik kau pergi sekarang. Akak tak nak tengok rumah kita jadi sarang kejahatan dan Akak tak nak adik-adik Akak yang lain sedih." kata Aira menatap serius adiknya yang masih hidup itu.

Aira adalah anak pertama dari 5 bersaudara sedangkan Boy adalah anak terakhir. Kemana perginya 3 anak lainnya? Mereka terbvnvh karena melindungi Aira dan Boy setelah orang tua mereka terbvnvh.

"Siap Akak. Akak baik-baik tau kat sini, Boy dah tak kat dekat Akak lagi bila dah keluar dari gua ni." jawab Boy yang rasa kekhawatiran terhadap kakaknya yang masih tersisa itu tidak pernah hilang.

"Akak tau, kau pun baik-baik kat sana. Kau je satu-satunya adik Akak. Akak tak nak kehilangan lagi jadi kau baik-baik kat sana." Aira

"Abang Kai jaga Akak Aira tau. Jaga keponakan aku sekali, aku akan cuba kirimkan surat bila boleh." kata Boy mengajak Kai tos kepal.

"Aku tahu Boy, diorang tu keluarga aku jadi sudah sepatutnya aku jaga diorang. Kau tak payah nak susah kirim surat, aku dah buatkan alat komunikasi." balas Kai memberikan satu alat komunikasi kepada Boy setelah melakukan tos kepal.

"Woahhh....gila cool, terbaik la Abang Kai." kata Boy mengacungkan ibu jarinya saat menerima alat tersebut.

"Cipta barang tak cakap-cakap dulu kat Ai." kata Aira yang memalingkan wajahnya.

"Ala~merajuk la tu~" goda Boy.

"Mari sini Boy!" Aira mulai mengejar Boy yang dengan reflek menghindar.

"Tak kena! Kejarlah bila dapat! Kelajuan Voltra!" Boy dan Aira berakhir saling mengejar satu sama lain, hal itu tidak luput dari perhatian Kai.

"Ternyata betul bila umur hanya sekedar angka. Umur je yang dewasa, perangai macam budak-budak tadika." gumam Kai yang sudah terbiasa dengan segala keributan di keluarganya.

Always with You BoBoiBoy | BBB fanfict (complete) Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang