07. Awal Ekspedisi

152 26 0
                                    

Ailsa dan Maira di hampiri 3 power shpera dan Ochobot sendiri menghampiri BoBoiBoy juga yang lainnya.

"Ringbot, lama tak tengok kau. Macam mana program kau? Elok lagi kan?" kata Ailsa kepada robot yang kini ada di jari kelingkingnya.

"Ya, berkat Letnan kembar tu Ringbot boleh jumpa Tuan semula." jawab robot di jari Ailsa yang di panggil Ringbot.

"Tu pasukan adik kau dan tuannya Ochobot e? Nampak boleh tahan, nak main boleh tak?" kata robot berwarna hitam keunguan, Roombot, memandang Ochobot yang sedang asik bercanda dengan tim BoBoiBoy.

"Diorang bukan robot, Roombot. Jangan nak buat yang aneh boleh tak?" kata Ailsa menepuk Roombot sedikit keras bahkan Roombot merasakan sakit.

"Korang, ini power shpera yang aku pernah aku selamatkan, yang kuning hijau tu Timebot, hitam ungu ni Roombot lepastu yang kat jari aku ni Ringbot. Korang, kenalkan diri." panggil Ailsa menunjukkan Roombot bersama satu lagi power shpera berwarna kuning kehijauan, Timebot.

"Saya Timebot, kuasa manipulasi masa. Saya di tugaskan untuk bagi kuasa kat Tuan Ailsa, tapi tengah jalan, kuasa saya kena ambil sebahagian." ucap Timebot pertama.

"Aku pula, Roombot, manipulasi ruang. Aku dengan Tuan dah jumpa sejak kecil lagi masa masih kat bumi, Boy kau ingat aku tak? Kita dulu main sama dengan Mechabot." lanjut Roombot saat melihat BoBoiBoy.

BoBoiBoy menyipitkan matanya saat melihat Roombot dan dia mengingat sesuatu, "Roombot! Lama tak jumpa, aku tak sangka bila masa tu Akak dah ada kuasa." kata BoBoiBoy tersenyum saat melihat teman masa kecilnya dulu.

"Eh aku belum dapat kuasa lagi masa tu sebab Ayah yang larang. Lanjut terakhir kau Ringbot, tak payah takut pada diorang ya." sambung Ailsa dan power shpera yang ada di jari Ailsa pun melepaskan diri dan ukurannya membesar hingga seperti 3 power shpera lainnya.

"Aku pula Ringbot, aku tiada sembarang kuasa tapi maklumat semua power shpera ada kat aku dan juga aku tugaskan untuk simpan kuasa Tuan aku nanti." kata Ringbot pelan tapi masih terdengar dan tim BoBoiBoy pun mulai dekat dengan 3 power shpera tersebut.

Ailsa, Maira dan Kaizo merasa damai saat melihat tim BoBoiBoy bisa akrab dengan ketiga power shpera itu. Serasa cukup perkenalannya, Ailsa memotong perkenalan mereka. "Oke, jom kita mulakan ekspedisi! Tujuan pertama, batu petir lokasi ada kat 'Cahaya Antara Langit dan Bumi'." potong Ailsa menyatukan kedua tangannya di depan dada.

Merasa ada yang aneh dengan kalimat terakhir Ailsa, Maira menanyakannya, "Kejap, mana ada lokasi tu Ketua?" tanya Maira menepuk pundak Ailsa.

"Eh kat petunjuk ni ada." Ailsa membuka tasnya dan mengeluarkan satu kotak antik dengan ukuran yang lumayan besar lalu membukanya hingga isinya terlihat.

"Mana kau dapat?" tanya Kaizo.

"Bawah katil aku, 4 hari lepas masa aku tak sengaja tendang pinggir katil....ada kotak aneh yang isi dia ini." jawab Ailsa mengambil salah satu isi kotak yang berupa gambar visualisasi dari 7 kristal bintang.

Mereka semua tertarik dengan isi kotak antik tersebut dan melihatnya satu persatu. Gopal yang menemukan gulungan aneh pun mengambilnya dan membuka gulungan tersebut, "Gulungan apa ni?" tanya Gopal saat dia membuka gulungan tersebut dan melihat bentuk aneh yang tertulis di gulungan tersebut.

"Entah, isi dia aku tak boleh baca." jawab Ailsa yang lebih tertarik dengan botol-botol kecil yang ada di dalam kotak.

"Meh sini jap Gopal, coba aku tengok." BoBoiBoy mengambil gulungan di tangan Gopal dan melihat isinya.

"-"Teruntuk keturunan saya nanti kat masa hadapan, maaf dah bagi korang tanggung jawab yang besar dan mungkin takdir yang rumit tapi percayalah bila itu semua demi kebaikan korang. Pertama pergi kat arah barat dan temukan 'Cahaya Antara Langit dan Bumi' lalu korang akan jumpa petunjuk seterusnya kat sana."- tu yang tertulis kat sini." ucap BoBoiBoy yang membuat dirinya seketika menjadi pusat pandangan mereka sekarang.

Always with You BoBoiBoy | BBB fanfict (complete) Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang