<2>

157 9 0
                                    

"Ini cantik juga."

"Yang ni?"

"Huum." Pekerja di sana mengambil apa yang di pilih Doyoung. Hyunsuk juga melihat bentuk itu. Dia membelek dengan teliti rantai itu. Kalian boleh katakan Hyunsuk itu necklace maniac. Harini rantai baru untuk koleksinya nanti.

Hyunsuk membeli pilihan Doyoung dan pilihanya sendiri. Dia membayar rantai itu dengan duitnya sendiri. Setelah selesai mereka berdua ke kedai lain.

"Kau janji nak beli satu."

"Dua-dua cantik. Aku tak boleh nak buat apa." Kata Hyunsuk dengan senyuman dia. Doyoung hanya membuang nafas saja. Malas untuk melayan karenah Hyunsuk itu.

Saat menunggu makanan sampai, Hyunsuk memandang Doyoung yang sedang bermain dengan handphone. Matanya dikecilkan seketika.

"Kau gaduh dengan Yedam?" Doyoung mengangkat mukanya. Dia memandang Hyunsuk dengan pelik atau tepatnya macam mana Hyunsuk boleh tahu. Hyunsuk menggelengkan kepalanya melihat Doyoung yang keliru.

"Kau tak pakai gelang yang biasa kau pakai." Doyoung melihat pergelangan tanganya lalu kembali dengan handphone nya. Hyunsuk mengambil waffle yang mereka pesan.

"Jangan biasakan gaduh Doy. Kau tak tahu masalah besar nanti akan datang. Silap haribulan kau dengan Yedam pu-"

"Kau sambung ayat kau aku tonyoh air ni dekat muka kau. Masalahnya gaduh kalini bukan aku yang mulakan. Dia yang start dan aku yang kena. Kau boleh bayangkan tak, dia lebih pilih nak spend time dengan muzik dia sedangkan dah 4 hari kitorang tak keluar sama."

Hyunsuk hanya mendengarkan saja keluhan Doyoung. Lelaki ini benar-benar sedang kecewa.

<RIVALBOYFRIEND>

"Lepas tu kau tak pujuk?" Tanya Junkyu pada Yedam. Sekarang ni Haruto dan Yedam perlu melakukan projek dan Haruto menyuruhnya ikut.

Yedam hanya menggelengkan kepala saja. Dia masih menulis lirik untuk projek muzik mereka nantinya. Junkyu berkerut dahi dengan marah kerana Doyoung itu kawanya, ingin maki takut Haruto pula yang marahnya.

"Kenapa kau gaduh dengan dia?" Tanya Haruto. 

"Hal yang biasa. Dia marah aku pasal muzik lagi."

"Dude!"

"Ssst your mouth."

"Maaf tapi! Yak Bang Yedam! Kau tahu tak Doyoung selalu mengadu dekat kitorang dia bosan. Dia rindu kau. Kau asik sibuk dengan muzik kau tu. Kau takde luang waktu dekat dia pun. Tahu dulu, aku tak bagi kau couple dengan Doyoung."

Junkyu melepaskan amarahnya lalu membuang pandang keluar. Terasa sakit hati Doyoung itu berpindah padanya. Jika dibenarkan, dia ingin menoyoh muka Yedam dengan cake di depan matanya itu.

Tidak lama itu mata mereka tidak sengaja melihat Doyoung bersama Yoshi? Itu bukankah Yoshi yang berjalan bersama Doyoung. Ahh apa sekarang yang terjadi?

Junkyu mengeluarkan handphone nya. Dengan pantas dia bertindak. Ini untuk kebaikkan persahabatan mereka dan hubungan Yoshi dan Mashiho juga. Nampak mereka rapat di luar sana.

UriShiho

Shiho kau dekat mana?

- Rumah. Kenapa?

Yoshi ada dengan kau?

- Ouh Yoshi keluar dengan Doyoung. Diorang kena buat projek. Sekarang dia dekat restaurant katanya.

Ouh takpelah. Aku ingat kau dengan Yoshi. Okay take care.

- Ouh okay.

END

Rival Boyfriend [HoonSuk]✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang