<14>

91 3 0
                                    

Yoshi mencari keberadaan Jihoon namun di rumah itu tiada sosok Jihoon sama sekali. Dia melihat Haruto yang sedang mengemas katilnya itu.

"Ruto, mana Jihoon?"

"Dia pergi beli sarapan." Kata Haruto. Yoshi menghela nafas dalam. Dia berjalan untuk ke biliknya mengambil handphone lalu menghubungi Jihoon.

"Kenapa?"

"Hoon, aku nak pinjam power bank. Boleh?"

"Dekat bilik aku. Amiklah."

"Tap-" Panggilan dimatikan begitu saja. Yoshi berjalan keluar untuk cuba nasib. Dia ke bilik Jihoon dan mula untuk buka. Jarang sekali bilik lelaki ini tidak terkunci.

Yoshi masuk ke bilik Jihoon. Mereka sudah serumah 4 tahun namun ini kali ke 3 Yoshi masuk ke dalam bilik Jihoon. Lelaki itu penuh dengan privacy yang di jaga.

Saat Yoshi cuba mencari di mana barang yang dia inginkan, dia tidak sengaja melanggar sesuatu sehingga menjatuhkan kain putih yang menutup satu papan.

Saat kain itu jatuh, Yoshi terkejut sehingga menutup mulutnya tidak percaya. Bahkan dia terkaku di situ. 

"Haruto-ya! Sini!" Haruto dengan segera ke bilik Jihoon. Terlihat Yoshi sedang diam berdiri memandang sesuatu. Haruto ikut memandang dan dia juga terkejut. Dia memandang Yoshi yang turut memandangnya.

"Korang buat ap-" Dan ke3 nya terdiam satu sama lain. Jihoon terdiam di depan pintu manakala keduanya terdiam di dalam. Yoshi mengangkat telunjuk menunjuk ke arah itu.

"Ini apa Hoon?" Tanya Yoshi memandang Jihoon. Jihoon melangkah setapak namun Yoshi dan Haruto mengundur ke belakang.

"Aku jelaskan dekat korang. Kita keluar dulu."

<RIVALBOYFRIEND>

Setelah sekian lama dia menyimpan ini, sekarang dia menceritakan semuanya kepada 3 lelaki di depan. Haruto memanggil Yedam sekali untuk menunjukkan apa yang mereka nampak.

Yedam juga ikut terkejut dengan apa yang dia nampak. Jihoon menceritakan semuanya dengan terperinci. Dari awal sehingga akhir dia ceritakan. Bagi mereka memahami semuanya.

"Kau buat aku takut kau tahu tak." Kata Yoshi sambil bernafas lega. Dia sangat terkejut dengan apa yang dia lihat tadi. Jihoon hanya menganggukan kepala.

"Aku tahu. Setiap malam atau setiap kali aku tambah baru, aku pun rasa aku ni gila. Menakutkan." Ngaku Jihoon. Mereka semua hanya diam di sana.

"Jadi apa yang kau kena buat sekarang?" Tanya Yedam pula. Jihoon hanya mengangkat bahunya dengan perlahan.

"Aku pun tak tahu. Nak kata dapat tak pasti, nak kata tak pun aku tak tahu." Jihoon juga bigung sekarang.

"Jadi yang kau cakap selama ni?" Jihoon tersenyum sebagai jawapan untuk Haruto. Dia sendiri tidak tahu apa yang dia lakukan ini betul atau salah.

Mereka hanya diam saja tidak melakukan apa-apa. Masih tidak percaya dengan cerita Jihoon itu. Dia memandang ke arah Jihoon yang turut nampak memikirkan sesuatu.

"Bila fikir fikir kau ni menyeramkan juga." Kata Haruto bila teringat semuanya. Jihoon hanya tergelak saja. Dia bangun dan menuju untuk ke biliknya.

Yedam, Yoshi dan Haruto memandang satu sama lain. Masing-masing bergedik ngeri mengingatkan itu. Yedam meminta diri untuk pergi kerana ada janji dengan Doyoung.

Yoshi pula menuju ke biliknya. Dia ingin menyiapkan kerjanya yang tertangguh. Haruto masih di ruang tamu dengan handphone nya. Jihoon yang ada di dalam bilik memandang apa yang dia lakukan.

Rival Boyfriend [HoonSuk]✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang