Satu Uni berpuas hati dengan video yang mereka dapat. Benar-benar berpuas hati dengan hasil kerja yang ditunjukkan mereka. Treasure mendapat sambutan yang sangat besar.
Bukan itu saja, penghasilan ini telah membaikkan hubungan yang retak. Ya, atas kerjasama mereka semua Doyoung dan Yedam kembali berbaik.
Yedam juga sudah memberitahu alasan dia menjauhi Doyoung selama ini. Doyoung menerima semuanya. Hubungan Jihoon dan Hyunsuk juga semakin perlahan.
Tidak selalu bergaduh lagi. Mereka berdua menjadi lebih tenang berbanding lepas. Bukan itu saja, mereka juga sudah sibuk dengan sukan kembali. Tiada masa untuk melihat video mereka sendiri.
Mereka yang lain duduk di kerumunan ramai itu. Treasure datang untuk menyokong permain bola sepak dan tentu saja Hyunsuk, Asahi, Yedam dan Yoshi. Pertandingan sudah bermula. Captain yang diberikan bebanan tinggi bermain dengan baik.
Jeritan demi jeritan yang berlaku benar-benar menyemangatkan para permain. Mereka semua menikamti perlawanan itu sehinggalah semuanya berubah.
Ada pergaduhan yang berlaku saat perlawanan itu berhenti. Semuanya memandang dengan sangat serious. Kerana pergaduhan itu berlaku antara captain team lawan serta Hyunsuk.
Entah apa yang berlaku. Tubuh Hyunsuk nampak melayang kerana di tolak. Dia juga membalas sehingga berlakunya penumbukkan yang berlaku. Hyunsuk membalas begitu juga dengan lelaki itu.
"JIHOON KAU NAK KE MANA?" Haruto menjerit dengan kuat namun tidak di dengari. Dari tempat mereka duduk sudah terlihat Jihoon di sana. Yang lain juga pelik.
Jihoon menghalang tumbukkan lain dari menghinggap wajah Hyunsuk. Dia membawa Hyunsuk ke belakangnya dengan kasar dan menatap tajam lelaki itu.
"Hanya Park Jihoon sorang saja yang boleh lukakan wajah seorang Choi Hyunsuk." Jihoon lantas menarik Hyunsuk untuk pergi.
<RIVALBOYFRIEND>
"Kenapa kau tolong aku?"
"Kau ni selain pendek, pekak juga eh." Kata Jihoon. Hyunsuk mengetap giginya geram. Jihoon mendudukan dirinya di depan Hyunsuk.
"Kau kenapa gaduh dengan dia?" Tanya Jihoon sambil menyediakan bagan untuk merawat luka Hyunsuk. Dia mula merawat luka di bibir Hyunsuk itu.
"Dia yang mulakan dulu. Burukkan Asahi lepastu maki team aku. Lepas aku balas dia marah. Jadilah pergaduhan bodoh itu."
"Dah tahu bodoh masih lagi layan." Kata Jihoon. Hyunsuk hanya diam saja. Dia membiarkan dirinyanya dirawat oleh Jihoon. Keadaan ini sangat jarang untuk diperlihat.
Selepas selesai merawat Hyunsuk, Jihoon mengemas semuanya. Dia memandang Hyunsuk yang sedang melihat tangan kecilnya itu. Jihoon mendekat. Manarik tangan Hyunsuk.
"Tangan kau ada yang sakit ke?"
"Kenapa kau nak tahu?"
"Nanti kau tak dapat nak pukul aku." Kata Jihoon dan laju saja kaki Hyunsuk menendang kaki Jihoon yang dekat denganya. Kaki pendek itu akhirnya berguna juga untuk Jihoon.
Tidak mengaduh sakit namun menggelakkan Hyunsuk. Dia mengambil minyak angin lalu disapu ke tangan Hyunsuk. Mungkin sakit kerana menumbuk rahang orang.
Selepas selesai Hyunsuk membaringkan dirinya dengan perlahan. Merehatkan dirinya dengan tenang di atas katil sakit itu. Dia menghela nafas dalam.
KAMU SEDANG MEMBACA
Rival Boyfriend [HoonSuk]✔️
Random"Diorang? Couple?" "Mr. Choi dengan Mr. Park? Kau tak guraukan?" "Ini satu petanda nak habis sem!!" "Korang salah dengar kot. Bukan Choi dengan Park yang tu." "Mustahil diorang bersama!" "Aku tak percaya langsung!" "Tapi diorang rival!" "Petanda gaj...