<SIDE STORY>

114 4 0
                                    

Awal cerita...

Jihoon berjalan untuk masuk ke dalam bilik yang aku tempati. Awal masuk sudah pastilah duduk di dorm yang mereka sediakan. Ahh ini membuatkan Jihoon ingin cepat - cepat habis belajar.

Namun entah macam mana ada seseorang mengotori kasut kesayangan Jihoon. Aahhh sungguh menyakitkan hati Jihoon melihat kotoran itu.

"YAK!" Jihoon sudah tidak peduli baru atau sudah lama lelaki ini. Yang Jihoon tahu kasutnya sudah kotor.

"Maaf betul-betul minta maaf. Tak sengaja. Minta maaf sangat-sangat."

"Siapa nak tanggung."

"Tapi saya betul-betul minta maaf."

"Kau-"

"Choi Hyunsuk!" Lelaki itu menoleh. Ahh jadi namanya itu? Tidak buruk mana namanya.

"Saya minta maaf sangat-sangat." Dan begitu saja dia menghilang? Okay.

* * * * * *

Jihoon berjalan dengan Haruto, Yedam dan Yoshi mengelilingi Uni. Hari Halloween ini agak membosankan baginya. Sungguh diluar jangkaan kebosananya.

Dari tempat dia berdiri dia melihat Hyunsuk yang sepertinya di pujuk oleh kawanya untuk masuk ke rumah hantu. Jadi... Dia juga sama takut dengannya?

"Aku nak jumpa dia kejap."

"Kau kenal?"

"Hum kenal. Korang pergilah dulu." Jihoon terus menghampiri kawasan rumah hantu itu. Hyunsuk nampaknya berjaya di pujuk dan sayangnya dia masuk seorang diri. Namun dia ada idea.

Perlahan dia mendekat tanpa Hyunsuk sedar lalu-

BAM!

"ARGH! BUKA PINTU NI! BUKA!" Ya dia kurung Hyunsuk di dalam. Jihoon menahan pintu dari dibuka. Kuat ketukkan yang Hyunsuk berikan. Agak sudah lama, dia membuka pintu itu dengan selamba.

Hyunsuk terus berlari untuk keluar. Jihoon cuba menahan gelak melihat wajah pucatnya. Dia tidak pernah setakut ini.

"Kau-kau t-tak guna."

BRUK

Jihoon sempat menyambut tubuh Hyunsuk. Dia pengsan. Lantas Jihoon mengangkat dan membawa ke bilik kesihatan. Dia rasa sedikit bersalah.

<RIVALBOYFRIEND>

(<1>)

Jihoon tidak tahu. Selepas pergaduhan mereka di tahun pertama, Jihoon menjadi suka melihat Hyunsuk marah. Dia tidak menyeramkan sama sekali ketika marah. Bahkan Jihoon suka.

Ya suka. Jihoon tidak tahu kenapa, selepas lelaki itu pengsan di depannya, ada satu tempat di mana dia ingin selalu jaga Hyunsuk. Jihoon ingin menjaga dia kerana kelemahanya.

Namun mustahil jika dia berterus terang setelah apa dia lakukan. Jadi Jihoon terpaksa perah otak untuk lakukan semua ini.

Dengan cara pergaduhan ini, dia dapat jaga Hyunsuk lebih dekat kerana lelaki itu akan mencarinya.

<RIVALBOYFRIEND>

(<2>)

Jihoon akan pastikan sesiapa yang buat Hyunsuk akan menghadapnya. Wajahnya terpaksa luka dengan pergaduhan mereka berdua

Rival Boyfriend [HoonSuk]✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang