Junkyu menggosok matanya kuat, Haruto cuba mencubit dirinya sendiri, Yoshi ternganga seperti sebuah batu, Mashiho menutup mulutnya dengan kedua tangan.
"Aku tak mimpi kan?" Doyoung cuba menyedarkan apa yang perlu disedarkan. Yedam cuba memukul diri sendiri untuk menyedarkan mata.
"Itu bukan Hyunsuk dengan Jihoon? Diorang datang sama-sama?" Ternyata bukan mereka saja. Bahkan yang lain juga dapat melihat itu.
"Itu Hyunsuk?" Tanya Asahi yang kebetulan lalu di situ. Junkyu menganggukan kepalanya mengiyakan pertanyaan itu.
"Macam mana diorang boleh?" Tanya Jaehyuk pula. Siapa saja yang tidak tahu pergaduhan mereka berdua? Junkyu bangun dan dengan bergegas menghampiri Hyunsuk.
Doyoung dan Mashiho juga mengikuti. Menarik Hyunsuk ke berlainan arah. Haruto, Yedam dan Yoshi juga melakukan benda yang sama. Mereka menarik Jihoon dengan cepat.
"Kau takde accident ke apa ke?"
"Takde. Korang kenapa?"
"Kau dengan Hyunsuk masuk Uni bersama?"
"Kenapa?" Tanya Jihoon. Mereka ber3 masih tidak percaya dengan apa yang mereka katakan. Diorang bahkan susah untuk percaya itu.
"Kau takde kena apa-apa kekerasan kan?"
"Maksud korang?"
"Kau dengan Jihoon?"
"Lahh kitorang jalan bersama pun jadi isu?"
"Bukan tu je, korang sampai gelak pukul manja tau." Junkyu memberikan fakta. Hyunsuk hanya menggelengkan kepala. Dia meninggalkan tempat itu dengan senyuman kecilnya itu.
Jihoon juga melakukan benda yang sama. Dia meninggalkan mereka yang lain. Penuh dengan kebingungan sendiri. Ada yang tidak kena dengan semua ini.
"Kita baru tinggalkan diorang sebulan. Dah ini yang jadi?"
"Ada yang tak kena." Kata Yoshi.
<RIVALBOYFRIEND>
"Okay deal!"
"Okay." Jihoon memberikan bola kepada Hyunsuk. Mereka di padang basketball. Jihoon mencabar Hyunsuk untuk melakukan 3 point shoot dan dia akan belanja makan malam bersama Treasure.
Tapi kalau Hyunsuk kalah, Hyunsuk perlu mengikut apa saja yang Jihoon mahu selama 24 jam. Hyunsuk bukanlah orang suka mengalah. Jadi dia terus menyahut cabaran itu.
Di tempat duduk penonton 3 couple itu masih pelik dengan Hyunsuk dan Jihoon. Macam mana dalam masa sebulan permusuhan 4 tahun itu boleh habis begitu saja? Bahkan mereka bermain bersama.
"Korang ingat diorang sesat dekat pantai?"
"Hah kenapa?"
"Aku rasa ada sesuatu yang terjadi dengan diorang." Kata Yoshi. Doyoung setuju dengan teori lelaki Japan itu. Dia juga sedar akan hal itu.
"Diorang macam ada satu rahsia yang kita tak tahu." Kata Mashiho pula. Tidak lama itu jeritan Hyunsuk kedengaran. Ternyata Hyunsuk dapat melakukan shoot 3 points dengan mudah.
"GUYS! JIHOON BELANJA MAKAN MALAM NI!" Heboh Hyunsuk. Siapa saja yang tak tahu lelaki itu suka makan. Dia bahkan boleh makan 4 mangkuk ramen.
Paling membuatkan diorang terkejut saat Jihoon mengusak rambut Hyunsuk. Yedam ingin sekali menjerit lalu mengurung keduanya di satu bilik. Menyoal untuk memberitahu cerita sebenarnya.
Hyunsuk dengan bahagia melaporkan kemenanganya di dalam group. Dan semuanya setuju dengan bahagia. Hyunsuk seperti mengejek Jihoon yang akan mengeluarkan duit.
"Eh aku ada training, pergi dulu bye! Jom Yedam! Yoshi!" Hyunsuk berlari untuk ke padang bola sepak. Dia ada training dengan yang lain. Masing-masing memandang Jihoon.
"Sebenarnya apa yang jadi?"
"Apa yang jadi"
"Kau dengan Hyunsuk."
"Lagi?" Tanya Jihoon. Dia sudah malas nak mendengarkan soalan yang sama. Dia tahu mereka pasti pelik, tapi inilah jalan hidup yang tiada siapa tahu.
"Kitorang pelik. Dua lelaki yang selalu akan bergaduh kini berbaik dengan alasan yang tidak lengkap." Kata Junkyu memandang Jihoon.
"Betul. Takkan secepat tu kau dengan Hyunsuk boleh baik." Haruto pula yang mengatakan itu. Jihoon hanya mengangkat bahu dan berjalan pergi.
<RIVALBOYFRIEND>
"Macam ni kawan? Ni kawan? MACAM NI?!" Jeongwoo mengatakan itu dengan tidak percaya.
"Kenapa pula kau ni?"
"Mana ada kawan bagi daging dari chopstics ke chopstics yang lain!" Junghwan pula bersuara. Hyunsuk mengurut dahhinya dengan perlahan manakala Jihoon menggelengkan kepalanya sambil mengeluh.
"Apa yang korang nak sebenarnya? Kitorang gaduh korang marah. Kitorang baik korang tak percaya."
"Hyunsuk, mana ada yang percaya kalau cara korang baik macam ni." Asahi memberikan pendapatnya.
"Habis tu korang nak kitorang cakap macam mana? Buat majlis?" Tanya Jihoon pula.
"Korang sebenarnya dalam hubungan kan?"
UHUK UHUK
Hyunsuk terpaksa menghadap sakit tersedak kerana pernyataan Jaehyuk itu. Dia memandang Jaehyuk dengan wajah yang tidak percaya.
"Kenapa? Salah ke?"
"Salah lah!" Kata Hyunsuk. Junkyu tiba-tiba menunjukkan kepada Hyunsuk yang sepertinya menyedari sesuatu.
"Apa lagi Kyu apa lagi?"
"Kau tinggikan suara. Suk cuba kau jujur je kenapa?" Kata Mashiho. Hyunsuk sudah malas untuk melayan kawanya itu. Dia tahu itu semua benar-benar mengesalkan dirinya.
Jihoon meminta izin untuk ke tandas. Yoshi mengikutinya dari belakang. Mereka membuang hajat lalu mencuci tanganya. Yoshi memandang Jihoon dengan serious.
"Apa yang jadi dekat pantai Jihoon?"
"Soalan tu lagi? Apa yang kau tak percaya dengan aku."
"Bukan tak percaya. Aku tahu ada sesuatu yang kau dengan Hyunsuk cuba sembunyikan." Jihoon menggelengkan kepalanya dengan perlahan.
"Aku dengan dia takde hubungan lebih dari sekadar kawan. Untuk apa aku kena tipu kau. Kau sendiri tahu aku tak suka sesuatu dalam hubungan."
Dia meninggalkan Yoshi sendirian di toilet. Baru saja dia keluar sudah ada Hyunsuk di depan sana. Mereka berdua berpandangan seketika lalu berjalan mengikut arah sendiri.\
<RIVALBOYFRIEND>
Hyunsuk berjalan sambil menendang batu yang ada di jalan. Dia menolak tumpangan Doyoung mahupun Jihoon. Dia hanya mahu bersama dirinya sendiri saja. Dia mahu merehatkan fikiran seketika.
Dia menghela nafas dalam. Dia tiba-tiba mencangkuk lalu menutup wajahnya dengan lenganya. Seketul Hyunsuk diam di sana sambil mengeluh perlahan.
Handphone nya tiba-tiba berdering. Tanpa melihat siapa yang menghubunginya Hyunsuk lantas menjawab dengan malas.
"Uhm?"
"Hyunsuk, Lunar tahun ni balik?"
"Tak. Hyun raikkan dengan kawan-kawan." Hyunsuk lantas mematikan panggilanya. Dia sudah lama tidak berjumpa sang appa. Kerana appanya sudah ada keluarga baru.
Hyunsuk kembali bangun dan kembali berjalan. Emosinya bercampur aduk. Dia sangat malas untuk memikirkan itu namun dia perlu fikirkan hal itu. Hyunsuk duduk di bus stop.
"Kenapa aku kena fikirkan tu? Ahhh sudahlah Cho Hyunsuk." Marah Hyunsuk pada diri sendiri. Kesalahan yang tidak dapat dia maafkan pada diri sendiri.
Menaruh harapan terlalu tinggi.
<RIVALBOYFRIEND>
KAMU SEDANG MEMBACA
Rival Boyfriend [HoonSuk]✔️
Random"Diorang? Couple?" "Mr. Choi dengan Mr. Park? Kau tak guraukan?" "Ini satu petanda nak habis sem!!" "Korang salah dengar kot. Bukan Choi dengan Park yang tu." "Mustahil diorang bersama!" "Aku tak percaya langsung!" "Tapi diorang rival!" "Petanda gaj...