Football dan basketball mengadakan camp untuk para permain mereka. Dan disinilah mereka semua. Hyunsuk, Mashiho dan Doyoung berdiri menunggu nama mereka dipanggil untuk naik ke bas.
Junkyu lebih kepada pembelajaran berbanding suka seperti mereka ber3. Dari tempat mereka berdiri sudah ada Jihoon. Haruto Yoshi dan Yedam. Mereka juga sepertinya sedang menunggu nama.
"Baiklah, permain bola sepak berbaris di sini." Hyunsuk dan Doyung berjalan untuk ke tempat yang diminta. Yoshi dan Yedam juga ke arah yang sama.
"Permain basketball di barisan sini." Mashiho, Haruto dan Jihoon berbaris bersebelah mereka. Masing-masing sibuk dengan diri sendiri.
"Baiklah korang akan duduk bersebelahan dengan orang yang ada di barisan sebelah. Orang pertama boleh masuk."
Entah ini kebetulan yang sial atau kebetulan yang menyenangkan kerana Jihoon dan Hyunsuk bersebelahan. Mashiho duduk bersama Doyoung. Haruto bersama Yedam dan Yoshi bersama orang lain.
Mereka benar-benar duduk bersebelahan. Hyunsuk duduk bersebelah dengan tingkap. Dia duduk lantas memasang lagu di telinga. Tidak mahu mendengar suara Jihoon sama sekali.
Jihoon hanya menggeleng saja. Dia juga melakukan kerja sendiri. Tidak lama itu peha nya tiba-tiba di tepuk oleh Hyunsuk yang sangkanya sudah melelapkan mata.
"Apa?"
"Kaki kau boleh tepi sikit?"
"Lah ruang kau dah kira banyak kan? Bukan kaki kau tu panjang macam Haruto. Pendek je."
"Hey hey pendek-pendek jangan main okay. Pendek ni pun tetap main sukan."
"Lah aku tak cakap apa-apa pun. Tutup jerlah mata tu." Jihoon mengatakan itu sambil menepuk topi Hyunsuk.
"YAK!"
"Hah gaduh lagi gaduh lagi. Aku halau korang berdua dari bas. Pergi sana jalan kaki." Mashiho bersuara yang ada di depan mereka.
Keduanya diam.
<RIVALBOYFRIEND>
"Hey bangun."
"Uhm."
"Bangunlah dah sampai." Hyunsuk membuka matanya perlahan. Cuba menyedarkan diri dengan keadaan sekeliling. Dia memandang ke arah Jihoon yang masih di sana.
"Kau kenapa tak keluar."
"Aku dekat sini kejut kau tau. Bangunlah cepat." Hyunsuk akhirnya mengambil begnya lalu berjalan keluar bersama Jihoon. Saat mereka keluar Yoshi menghampiri mereka.
"Ni kunci bilik korang."
"Hah? Dengan dia?"
"Korang paling akhir. Diorang semua dah pilih bilik." Kata Yoshi. Jihoon memandang Yoshi lalu memandang Hyunsuk. Hyunsuk memandangnya jijik seperti satu penghinaan.
"Hey kau fikir apa? Kau ingat aku nak sangat dengan kau?"
"Kau kan gila." Kata Hyunsuk. Jihoon ingin sekali menumbuk wajah Hyunsuk sekali saja. Hyunsuk merampas kunci bilik itu lalu berjalan untuk pergi.
Dia mencari biliknya diikuti Jihoon dari belakang. Dari belakang dia melihat pakaian Hyunsuk. Sangat Hyunsuk dengan fashion ini. Dari belakang juga sudah mengenal lelaki itu. Akhirnya mereka berhenti.
Hyunsuk masuk ke bilik itu. Dia memandang sekeliling. Benar-benar selesa. Untuk sekali ada dua katil di dalam bilik ini. Hyunsuk memilih katil yang hujung dan automatik itu katil Jihoon.
"Kau nak guna tandas?" Tanya Hyunsuk. Jihoon mengangkat mukanya lalu tiba-tiba ada idea yang bermain di kepalanya.
"Kau nak guna tandas?"
KAMU SEDANG MEMBACA
Rival Boyfriend [HoonSuk]✔️
Acak"Diorang? Couple?" "Mr. Choi dengan Mr. Park? Kau tak guraukan?" "Ini satu petanda nak habis sem!!" "Korang salah dengar kot. Bukan Choi dengan Park yang tu." "Mustahil diorang bersama!" "Aku tak percaya langsung!" "Tapi diorang rival!" "Petanda gaj...