Jihoon, Yedam, Yosho dan Haruto serta kekasihnya berada di restaurant untuk makan petang. Mereka saja ingin melepak bersama namun Haruto ada rancangan lain dengan Junkyu. Jadi dia membawa Junkyu bersama.
"Habis nanti kau ke UK tak bagitahu Doyoung?"
"Mungkin nanti. Aku belum sedia nak bagitahu dia. Hubungan kami pun dah lama putus." Kata Yedam. Junkyu hanya menganggukan kepala.
"Apapun yang kau buat, sebelum pergi UK bagitahu Doyoung dulu. Jangan terus menghilang macam tu je. Okay." Kata Junkyu dan Yedam hanya menganggukkan kepala saja.
Mereka mula makan dengan tenang. Sesekali akan bergelak ketawa dengan ceria. Mereka tidak mensia-siakan peluang yang ada ini.
Mereka akhirnya pulang ke rumah. Namun Haruto dan Junkyu dikecualikan.
"Aku balik malam. Aku ada dinner family dengan Junkyu." Kata Haruto. Yoshi dan Jihoon menganggukan kepalanya. Yoshi yang memandu kereta untuk ke rumah mereka.
"Kau tak cerita lagi apa yang jadi masa kau dengan Hyunsuk dekat pantai?"
"Kan dah cakap dia sesat. Aku cari dia. Apa lagi yang kau tak puas hati?"
"Hoon, aku dah kenal kau lama. Mustahil cuma itu." Jihoon hanya menggelengkan kepala. Malas untuk mengatakan itu. Benda pun sudah 2 minggu berlalu. Namun Yoshi sering membangkitkan.
"Kau tak keluar dengan Mashiho?"
"Ahh dia teman Doyoung beli barang." Kata Yoshi. Jihoon hanya menganggukan kepala saja. Mereka akhirnya sampai di rumah. Yoshi terus ke biliknya untuk membersihkan diri.
Jihoon pula ke dapur untuk meneguk segelas minuman. Dia memandang ke arah luar tingkap. Ada sesuatu yang menganggu fikirkanya sebenarnya. Namun dia sendiri tidak tahu.
Jihoon naik ke atas. Masuk ke dalam biliknya. Dia mendudukan dirinya di kerusi belajarnya. Cuba untuk menenangkan dirinya sendiri. Kejadian itu membuatkan dia terfikir seketika.
Yoshi benar. Ada sesuatu terjadi selepas acara menyelamatkan itu.
<RIVALBOYFRIEND>
"Ooo Shiho! Kau masak lagi!" Kata Hyunsuk dengan teruja. Mashiho hanya tersenyum saja dengan kecomelan dia itu. Mereka ada di kantin Uni untuk waktu lapang mereka.
"Aku nak pergi beli air kejap." Kata Hyunsuk. Baru saja dia bangun dia sudah terlanggar seseorang. Dan orang itu adalah Jihoon tentu saja. Dia memasang wajah menjengkelkan.
"Mata kau tak berfungsi ke Choi Hyunsuk."
"Berfungsi je tapi bila nampak kau terus jadi buta." Balas Hyunsyk. Yang lain hanya menggeleng saja. Sudah malas untuk melayan keduanya ini.
"Hyunsuk, Jihoon ikut saya." Ada guru yang tiba-tiba memanggil mereka berdua. Keduanya mengikut perjalanan guru Jiyong itu. Mereka berhenti di hujung jalan ke kantin.
"Uni kita ada buat satu pertandingan. Saya nak kamu dengan yang lain untuk join pertandingan ini."
"Pertandingan apa sir?"
"Music. Saya nak kamu cari orang untuk pertandingan ini boleh?"
"Boleh Sir."
"Dan kamu berdua leader nya. Okay." Hyunsuk dan Jihoon memandang satu sama lain. Mereka akan menjadi team? Ouh satu petanda yang sangat besar pergaduhan nantinya.
"Kau lagi kau lagi."
"Kau ingat aku nak sangat ke?" Tanya Hyunsuk dan terus berjalan pergi. Jihoon mengikuti dari belakang. Dia berjumpa dengan mereka yang lain.
KAMU SEDANG MEMBACA
Rival Boyfriend [HoonSuk]✔️
Random"Diorang? Couple?" "Mr. Choi dengan Mr. Park? Kau tak guraukan?" "Ini satu petanda nak habis sem!!" "Korang salah dengar kot. Bukan Choi dengan Park yang tu." "Mustahil diorang bersama!" "Aku tak percaya langsung!" "Tapi diorang rival!" "Petanda gaj...