"Hai!" tegur Carl yang tiba tiba ada disebelahku.Aku termangu sendiri. Aik?
"Hai, awak buat apa kat sini?" soalku dengan pandangan pelik. Pelik melihat jejaka ini beratur dibahagian perempuan untuk membeli makanan.
"Beli makanan?" lembut Carl menjawab soalan.
"Ye tahu beli makanan, tapi hm. Ni barisan perempuankan?"
"Oh tahu. Tapi saja je I beratur sebelah you. I nampak you terus I kesini. Tak boleh ye?" katanya dengan senyuman kelat. Mungkin dia merasa aku menghalaunya?
"Eh no! Saya tanya je. Yelah saya bukan apa, saya tak kisah sebenarnya, tapi tulah, apa pula pandangan orang lain. Ehem apatah lagi budak budak cina yang lain." kataku perlahan sambil menundukkan kepala. Dah kena pandangan maut oleh amoi amoi ni!
Carl memusingkan kepalanya memandang sekeliling. Ada yang memandangnya pelik dan ada yang berbisik sesama sendiri.
"Yang bisik bisik, pandang pandang ni kenapa? Ada masalah?" sindir Carl dengan suara yang dingin. Pelajar pelajar yang berada di kantin tersebut terus menundukkan wajah mereka. Diam menikus dan tidak berani memandang Carl yang sedang merenung tajam seperti mahu menelan.
Aku hanya mampu terdiam kaku disebelahnya.
Carl memandang aku dengan pandangan lembut.
"Ermm sorry kalau you tak selesa. You pergilah dekat pondok belakang makmal sains tu. I belikan you makanan. You nak makan apa?"
Lagi sekali Aku memandangnya dengan pandangan pelik.
"Saya memang makan dengan kawan kawan saya kat sana selalunya. Tak apalah, saya boleh sendiri. Tak naklah susahkan awak." kataku sambil tersenyum.
Aduh panjanglah pulak barisan ni!
"Please, bagi I tolong you. Don't worry I hantar cepat punya. Nak makan apa?" pujuk Carl.
Adeh mamat ni.
Dah kalau si Carl ni degil sangat nak tolong.
"Ha awak belikan saya nasi goreng pataya dengan air milolah. Saya tunggu awak tau!" dengan laju aku berlari keluar barisan. Fuh! Lemas aku
Aku tahu, pasti mata mata pelajar lain sudah terbeliak melihat Carl sudi membelikan aku makanan.
"Sumpahlah! Wah jadi dia tengah belikan kau makananlah ni? Gempakk ah." Ujar Shiqin dengan perasaan teruja.
Aku sudah menggulingkan mata keatas.
"Dia tolong belikan je, lagipun barisan tadi panjang gila yang belah perempuan. Lelaki ciput je. Jadi dia nak tolonglah."
"Ah aku rasakan mesti dia dah tangkap cintan dengan kau!"
Terbahak bahak aku ketawa mendengar kata kata Shiqin.
Carl suka aku? Wah!
"Pleaselah, dia tak pandanglah aku ni. Lagipun dia sendiri dah ada awek. Kau nak tengok kawan kau ni kena tibai ke?" kataku dengan nada sebal.
"Ceh, kau bukan suka dia ke?" soal Nuraina tiba tiba.
Terkedu aku.
"Oi kau bila masa-"
"Bunga,"
Tediam aku dari berkata. Bergitu juga Nuraina dan Shiqin yang dari tadi tidak berhenti mengomel. Aku menoleh kearah suara tersebut. Berdirinya Carl sambil tersenyum membawa makanan dan minuman , lalu diletakkan ke atas meja bulat dihadapan kami.
"Nah, I dah belikan untuk you. Sorry lambat, you tunggu lama ke bunga?" riak wajahnya seperti serba salah.
"Eh- tak mana adaa, awak ni-"
"Oh Carl, Feeqah ni awak lambat 10 jam pun dia sanggup tunggu tau! Janganlah risau dia tak kisah pun, aduh!" tajam mata Shiqin memandang kearah aku sambil mengusap kakinya yang aku tendang dari bawah. Tidak kurang aku yang memandangnya seakan mahu lempar dia dalam sungai!
Nuraina menahan diri dari ketawa dari meletus. Tulah berani sangat!
Aku memandang kearah Carl yang setia berdiri disebelah aku. Dah macam bodyguard dah, haih handsomenya dia.
"Awak takyah lah dengar apa yang perempuan ni cakap. By the way thank you sangat tolong saya, susah je. Awak tak makan ke?"
"Nah it's okeylah bunga, tak susahkan I pun. I tak makanlah, sebab I dah kenyang waktu breakfast tadi. Ah I tak boleh lama lama, I nak pergi kat kawan I. Enjoy your meal bunga." usai berkata, Carl terus berlalu pergi.
"Bunga, makan bunga, setelah dia berpenat lelah membelikan kamu makanan, makanla bunga, bunga, bunga." ujar Shiqin dengan suara yang mendayu.
Aih kecil besar kecil besar je aku tengok perempuan ni lah! Ada yang kena sebat ni!
"Sebelum batu kat bawah ni aku baling masuk lobang hidung kau, baik kau senyap. Haih! Kau kenapa siak cakap macam tu eii! Malu ah aku." dengan kasar aku menyumbat nasi goreng pataya dalam mulut.
"Alah chill lah, Shiqin gurau je pun. Kau ni, lagipun aku dapat rasakan yang Carl tu start suka kaulah. See dia siap panggil bunga au." kata Nuraina.
"Dia dah ada awek-"
"Awek je pun, bila bila boleh breaklah. Dengar cerita pun relay diaorang ni dah tak elok. Sebab perangai perempuan tu." kata Shiqin selamba.
"Amboi kau, mana kau tahu ni?" soal Nuraina ingin tahu.
Shiqin menaik naikkan keningnya.
Geram pula aku tengok perempuan ni.
"Well, aku Nur Shiqin Kayra, stalker berjaya."
"Well salah tu, makcik bawang berjaya. Jomlah masuk kelas, nanti lambat kang cikgu Norlidah marah." kataku sambil menghentikan perbualan ini.
Tapi otak aku ligat memikirkan kata kata Shiqin tadi.
Relay problem? Haih
Jangan disebabkan aku sudah.
"Bunga Dahlia!" Terdengar jeritan dari arah belakang.
Pantas aku menoleh, ku lihat Carl sedang berlari anak kearah aku. Terbit senyuman dibibirku. Comelnya dengan rambut dia tu, auu.
"Ha angaulah tu, amboii hero bunga dah sampaii." kata Shiqin disambut gelak oleh Nuraina.
Aku membulatkan mataku memberi amaran kepada dua ekor monyet disebelah.
"Huh ! Nasib you dengar I panggil. You balik nanti siapa ambil?" soal Carl sambil berjalan beriringan dengan ku.
Shiqin dan Nuraina sudah jauh kedepan.
"Ah hm ayah saya kot. Taktahu lah. Biasa lambat sikit. Kenapa?"
"Oh kalau macam tu biar I teman bunga? Okey?" pelawanya sambil tersenyum manis.
"Eh tak payahlah. Awak ni, nanti apa pula orang cakap." Terkejut aku apabila dia ingin menemani aku. Dia ni dahlah handsome, ada awek pula tu! Nanti kang aku kena belasah naye.
"Alaa bunga, why tak payah? Pleasee." balasnya. Walaupun kedengaran biasa namun mampu membuat seketul Afeeqah Dahlia cair.
Aku menggaru kepalaku yang berlapik tudung.
"Lama nanti, dalam pukul 2 baru ayah saya ambil. Lagipun-"
"I teman you sampai you balik. Please." kali ini dia berhenti dihadapanku sambil merenung dengan harapan aku memberi keizinan.
Aku melepaskan keluhan.
"Okey fine. Tapi saya nak gi somewhere jap. Betul nak ikut??" kataku ingin kepastian..
Laju dia menganggukkan kepalanya sambil tersenyum comel.
Eiii geram.
Kalau dah macamtu, jangan merungut pulak tunggu aku lama.
tbc.
![](https://img.wattpad.com/cover/319135141-288-k551333.jpg)
YOU ARE READING
Sekuntum Bunga Dahlia [og]
RomanceKita disatukan dengan cinta, tetapi iman yang memisahkan kita. Pada awalnya, hubungan terjalin berdasarkan persahabatan, namun tidak bagi sang gadis yang menyimpan perasaan pada sang jejaka. "Otak awaklah tak ada niat. Awak ni! Kalau awak mati nan...