"Carl, boleh kamu tumpukan perhatian? Saya rasa awak bukan kat dalam kelas ni, otak awak dah melayang ke luar. Kenapa? Ingat awek? Fokus Carl." tegur cikgu Hayati apabila melihat Carl seperti termenung. Kepalanya kejap kejap pusing kebelakang, tidak lain tidak bukan melihat tempat duduk Afeeqah Dahlia.
Carl tersentak. Sebelum dia menundukkan kepalanya. Malu apabila melihat rakan rakannya memandang kearahnya.
Kringggg kringggg
"Okey, sampai sini sahaja hari ini. Pastikan esok hantar karangan di bilik saya. Saya taknak ada yang tak hantar. Kamu semua nak SPM, jadi usaha untuk dapat keputusan yang baik. Faham?"
"Faham cikgu."
"Baik, kamu semua boleh rehat. Terima kasih kelas."
"Terima kasih cikgu." usai itu, ramai yang keluar untuk pergi ke kantin. Tinggallah Shiqin dan Nuraina yang masih mengemas barang.
"Dani, kau rehatlah. Aku tak sedap badan." kata Carl. Selain dia ingi berehat, dia ingin menanyakan tentang Afeeqah kepada dua orang kawan gadis itu.
"Ha okey, kau nak aku beli apa apa tak?" soal Danish
"It's okey, aku tak nak apa apa."
"Okey, cauu." Danish juga hilang dibalik pintu kelas.
"Woi! Cepatlah, lapar nii." jerit Shiqin kepada Nuraina.
" Yow, sabarlah-"
Carl bergerak kearah dua orang gadis itu.
"Girls, " sapa Carl kepada mereka.
Nuraina dan Shiqin terkedu apabila mendengar sapaan dari Carl. Selama menjadi classmate, tak pernah lagilah mereka berdua berbual. Ada pun senyum senyum gitu je.
"Ye?" jawab Nuraina, Shiqin lebih menjadi pemerhati.
"Erm, you tahu why Dahlia tak datang?" soal Carl dengan wajah yang tenang. Namun dalam hati risau kemain.
Nuraina memandang Shiqin dan bergitu juga Shiqin. Merekaa berdua berbalas pandangan.
"Sejujurnya, kami pun taktahu. Dia pun semalam cakap nak tidur awal, sebab katanya badan tak sedap. Gitulah, demam lah tu kot. Kenapa ye ?" kata Shiqin.
Carl meraup rambutnya kebelakang. Lalu dia memberikan senyuman kepada Nuraina dan Shiqin.
"Thank you inform. I tanya je, sebab pelik. Dia kan jarang tak datang. Erm got to go. Thanks again." Usai itu Carl terus bergerak ketempat duduknya dan meletakkan kepala di atas meja.
'Bunga I demam hm'
"Auuu, love you too babee" Liu Ying tersenyum mendengar kata kata dari Rian , teman sekelasnya. Tangannya mengusap wajah lelaki cina itu. Handsome! Tapi cukup sebagai scandal sahaja."Nanti malam nak jumpa ke? " soal gadis cina itu.
"Boleh, I nak belanja you malam ni baby." kata Rian sambil mengusap tangan halus Liu Ying.
Tidak sedar ada yang memerhati dengan perasaan yang berapi.
'Tak guna kau perempuan!'
Dia lantas berlalu pergi daripada melihat perkara yang boleh membutakan mata.
Aku mengerutkan dahi. Aik? Asal whatsapp ramai yang chat? Baru je on data berdesup chat masuk. Oh maknanya kena tak datang sekolahlah ni baru whatsapp tak sunyi? Kalau tidak memang kosong chat.
Gadis Elite Sulit
ainarokiah
-Oiii perempuan. Asal kau tak datangg?!
YOU ARE READING
Sekuntum Bunga Dahlia [og]
RomanceKita disatukan dengan cinta, tetapi iman yang memisahkan kita. Pada awalnya, hubungan terjalin berdasarkan persahabatan, namun tidak bagi sang gadis yang menyimpan perasaan pada sang jejaka. "Otak awaklah tak ada niat. Awak ni! Kalau awak mati nan...