Bab 5

50 6 0
                                    

Dia menutup matanya. Berdiri di atas tembok banggunan tingkat 40 yang sudah terbengkalai. Angin yang kuat menerpa kearahnya. Salah langkah boleh jatuh kebawah yang penuh dengan kesesakkan jalan raya bandar Kuala Lumpur ini.

Dia penat,

Penat dengan kehidupannya yang menyedihkan. Ditinggalkan oleh ibu bapanya. Dihina akan kewujudannya. Dibiarkan dirinya tanpa kasih sayang.

Apalagi cara untuk dia hilangkan penat ini selain mati bukan?

Katakanlah saja dia bodoh, tapi ye, dia mahu terjun dari tingkat 40 ini. Biar, dia penat dengan dunia yang kejam ini. Dunia ini tidak adil untuk dirinya.

Bapanya pun tidak kisah jika dirinya mati, ibu kandungnya sendiri pun tidak datang mencarinya lagi. Jelas sekali, kelahirannya adalah satu kesilapan, dan untuk apa lagi dia perlu bertahan.

Tiada siapa yang sayang akan dirinya, tiada.

Sudah, cukup.

Dia mendepakan tangannya.

"Mama, papa. I love both of you, and I miss our memories. Be happy with your new life and family. Lupakan sahaja tentang Carl. Im nothing, nothing dalam kehidupan korang. Bye, world." usai dia bermonolog. Nafas ditarik, dan-

"Carl awak buat apa ni! Astaghfirullah al ngazim! Carl lee!" jeritan suara halus itu menghalang dirinya dari meneruskan niat yang satu itu.

Terbuka luas mata Carl dan dia memusingkan badannya. Di matanya terlihat figura seorang gadis cantik bertudung sedang menahan marah.

"Bunga-"

"Awak dah gila ke Carl?! Tak semua masalah boleh diselesaikan dengan cara macam ni! Mati bukan cara penyelesaiannya, awak akan lagi susah! Tolonglah, jangan buat macam ni." angin petang yang menerpa tubuhku tidak mampu meredakan perasaan aku yang mencanak ketika ini. Sedih, marah semua ada.

Carl tidak menghiraukan kata kataku. Dari tadi dia hanya mendiamkan dirinya dan mata tunak memandang langit.

Aku duduk disebelahnya yang sedang berbaring di atas lantai. Sedikit pun dia tidak mengalihkan pandangannya kepadaku.

"Carl, cuba cerita kat saya apa yang awak hadapi sekarang ni? Saya- saya tak tahulah apa akan jadi kat awak if saya tak halang awak tadi. Saya rasa saya akan kehilangan-" nafasku hela, tidak! Tiba tiba rasa malu nak teruskan kata kataku. Rasa sebak dihati jika esok hari aku tidak dapat bertemu dengan Carl Lee Xian lagi.

Carl yang melihat aku terdiam itu mula bangun dari pebaringannya.

"Heh bunga, sorry im sorry. I tak ada niat nak buat you sedih. Please, jangan buat I rasa serba salah."

"Otak awaklah tak ada niat. Awak ni! Kalau awak mati nanti siapa nak teman saya? siapa nak belikan air soya? siapa nak ajar saya math?- "

"Bunga, stop please." katanya dengan lembut. Memujuk aku supaya berhenti membebel. Ah ! Siapa suruh buat kerja bodoh?

Nasib aku halang, kalau tak? Ha! Mesti pelik asal aku tiba tiba ada kat sini?

Sebenarnya, aku baru sahaja keluar dari kedai 7E yang tidak jauh dari banggunan terbengkalai ini. Tiba tiba aku nampak susuk tubuh Carl yang sedang berlari dengan masih berpakaian sekolah menuju ke arah banggunan ini.

Aku yang berasa pelik ini mengejar langkahnya sampai ketingkat atas sekali iaitu rooftop lama. Mahu tersembul kornea mataku dari selaput mata melihat Carl memanjat batu penghalang itu lalu mendepakan tangannya. Seakan mahu membunuh diri! Tapi memang pun!

"I rasa nak mati." tiba tiba dia memulakan bicaranya.

Aku yang merasakan dia ingin membuka cerita itu, terus memasang telinga, mata untuknya.

Sekuntum Bunga Dahlia [og]Where stories live. Discover now