Bab 1

57 7 0
                                    


"Eh  pengawas pusat sumber, aku nak pergi library. Teman jap." ajak Shiqin kepada aku. Mentang mentang aku pengawas pusat sumber,  selamba je ajak aku teman dia.  Bukan taknak teman, tapi aku nak siapkan kerja sekolah Mathematik.

Tapi, tak apalah, apa salahnya buat kat library? Jadi aku pun setuju ingin menemani Shiqin ke perpustakaan.

Masuk sahaja kedalam perpustakaan, aku terus mengambil tempat duduk yang berdekatan dengan tingkap dibahagian hujung sekali. Privacy.

"Eh aku ambil novel dulu tau, kau duduk je tau situ." pesan Shiqin kepadaku. Eleh takut aku larilah tu.

Dalam beberapa minit selepas itu, aku merasakan otak aku mahu pecah. Berkerut dahi aku memahamkan soalan Matematik tersebut.

"Apa soalan ni, susahnya. Mahu terburai isi otak aku." kataku sambil menggarukan kepala.

Sedang leka membaca soalan, kerusi sebelahku seakan ditarik. Shiqin lah tu. Ahh lantaklah! Janji dia tak ganggu aku.

"Jangan berkerut sangat, tak cantik muka you nanti." tegur seseorang disebelah.

Ah aku peduli apa? eh? Sejak bila suara Shiqin jadi lelaki ni?

Aku menoleh ke sebelah, dan hampir sahaja aku ingin menjerit.

Ku sangkakan Shiqin, ternyata jodohku! eh bukan.

"Eh awak buat apa kat sini Carl?" soalku kepada lelaki sepet itu.

"You rasa I buat apa?" soal dia kembali.

Aku termangu sendiri. Hm orang pergi library sebab nak baca buku, buat kerja sekolah. Tapi aku tengok dia tak ada pegang buku pun.

"Awak baca buku ke? Tak ada pun buku kat tangan awak." kataku sambil memandangnya.

"Hahahaha I ada baca buku tadi sekejap. And then,  I simpan balik buku, sebab I nampak bunga."

"Bunga?"

Dia memandang aku lalu tersenyum.

"You know what, I tadi terbaca satu buku ni. Tentang satu spesis bunga. Nak tahu bunga apa?" soalnya padaku.

Aku yang bingung itu hanya menganggukkan kepala.

"Bunga Dahlia."

Serta merta aku terkelu.

"I sedang baca buku tu, lepastu I ternampak bunga cantik lalu depan I. It's you, Dahlia. Or should I call you bunga Dahlia?" kata Carl dengan senyuman manis.

Panas pipi aku ketika itu. Dia nak cakap aku ni bunga ke? Ahh denyut jantungku berdebarrr.

"Hahahah ada ada je lah awak ni. Saya bukan bunga ye, saya Afeeqah Dahlia." kataku sambil menconteng buku tulis Matematik aku. Tindakan luar kawalan untuk menutup malu.

"But you need to know, you are beautiful like Dahlia's flower. So no wonder your mum put your name as Dahlia. Because you are pretty, bunga." amboi manis berbunga bunga mulut lelaki ni.

Aku dah taktahu nak letak muka kat mana. Should I seterika my face?

"Ceh, such a sweettalker!" kataku sambil menjelingnya.

Dia tertawa kecil.

Carl mendekatkan jaraknya denganku. Dia menjengah buku tulis matematikku yang masih kosong itu. Taklah kosong mana, adalah juga jalan kerja.

"Hmm susah ye?" soalnya tanpa memandang aku.

"Math, memanglah susah. Otak robot je boleh jawab." kataku selamba.

Sekali lagi dia menghamburkan tawanya.

Dia mengambil pensil tekan dijari ku, lalu dia mengambil buku tulis matematik pula.

Sekuntum Bunga Dahlia [og]Where stories live. Discover now