"Bunga wait!" pantas Carl mengejar langkah aku yang semakin laju.
"Bunga wait sayang!" sontak dia menarik lenganku dan dipusingkan menghadapnya.
"Hish lepaslah! Awak fikir apa huh nak pegang pegang saya. Saya bukan girlfriend awak!" marah aku padanya. Kami berada di tepi padang sekolah. Nak lari punya pasal, dah tiba tiba sampai sini.
Carl melepaskan genggaman dari tangan aku. Dia menatap aku dengan wajah kekesalan. Peluh yang menitik didahi dan lehernya tak ku hirau. Kalau dulu aku bagi dia tisu, sekarang tak ada!
"Bunga-"
"No, tak payah bunga bunga. Kita dah tak ada apa apa. Kita dah bincangkan? Baru kelamarin kita bincang takkan lupa dah? Tak payahlah nak kejar kejar saya. Tu awek awak tengah tunggu kat atas tu." aku memotong bicaranya. Kaki sudah bersedia untuk melangkah pulang.
"Dahlia, listen please. Tolong dengar apa yang I nak cakap ni. Please." rayu Carl. Sungguh dia sakit melihat wajah kosong gadis didepannya ini. Disebalik kosong tersebut seakan ada riak sedih. Tiada lagi senyuman manis dan tawa riang.
"Apa dia? Awak nak suruh saya dengar apa dari awak? Awak nak jelaskan tentang tadi? Nah it's okey, saya tahu awak dah biasa buat. Don't worry saya tak kisah. Mungkin waktu awak berkawan dengan saya, awak jarang bersama dengan dia, jarang nak bersweet sweet macam tadikan? Jadi sekarang be happy! Saya tak kacau ye. Sorrylah tadi terganggu moments sweet awak. Tapi lain kali jangan buat kat sekolah. Okey?" sedikit pun aku tidak memberikan dia peluang untuk bercakap.
Entahlah, aku memang tak boleh nak berbaik dah dengan dia. Barulah tadi plan, nak ajak jumpa kat taman tempat biasa kami. Nak fix balik, nak minta maaf. Tapi- lain pula aku lihat. Mungkin memang tak boleh diselamatkan lagi aku dan dia.
"Sayangg please. For once, give me the chance to explain. Bunga tolonglah, sungguh I taknak kita macam ni. I nak fix balik. Please Im begging you." rintih Carl. Dia mahu sahaja menangis saat ini. Dia tak sanggup hilang bunganya!
Aku pejamkan mata. Dalam hati ingin mendengar penjelasannya, namun kepalaku kembali terbayang akan peristiwa tadi.
Aku buka mata, senyuman payah ku ukir namun untuk dia aku ukir juga.
"Carl, mungkin persahabatan kita sampai sini je? Saya tak layak untuk awak. Saya bukan kawan yang terbaik untuk awak. I'm sorry. Hati saya sakit tengok awak tadi Carl. Sakit sangat. Sorry , I need to go. Bye." habis itu aku pantas berlari meninggalkan dia. Air mata perlahan lahan menitis.
Hati saya sakit Carl, tolong faham.
Carl terduduk. Birai matanya basah. Seminggu hubungan dingin mereka membuatkan hatinya sakit menanggung rindu. Dia rindukan bunganya.
'Please bunga I need you. I need the old us.'
YOU ARE READING
Sekuntum Bunga Dahlia [og]
RomanceKita disatukan dengan cinta, tetapi iman yang memisahkan kita. Pada awalnya, hubungan terjalin berdasarkan persahabatan, namun tidak bagi sang gadis yang menyimpan perasaan pada sang jejaka. "Otak awaklah tak ada niat. Awak ni! Kalau awak mati nan...