"You okey Carl? Why you tak datang tadi? I fikir nak rehat sama sama dengan you tadi, but I tengok you tak ada kat kelas." kata Liu Ying kepada Carl yang baru sahaja turun.
Carl tidak duduk, dia hanya berdiri sahaja.
"Why? I tak berapa sihatlah. You baliklah. Nanti you jangkit pula." kata Carl tanpa riak.
Liu Ying pantas bangun dari duduknya lalu bergerak mendekati Carl. Tanpa aba aba, dia terus meletakkan tangannya didahi Carl.
Carl yang terkejut itu pantas menepis kasar tangan mulus itu.
"Auch! Apa you ni!" sakit tangannya seakan dilibas.
"Im sorry. You balik dulu okey? I tak sihat ni. Nanti nanti kita jumpa eh?" pujuk Carl. Tak sengaja menepis tangan milik gadis itu. Dah tak biasa kena sentuh sentuh macam tadi.
Liu Ying mendengus.
"By the way, tadi I jumpa girl yang selalu dengan dia. Apa eh nama dia? I tak tahu. Cuma I ada borak borak dengan dia masa balik tadi." kata Liu Ying pada Carl.
Jantung Carl berdegup laju. Jangan cakap-
"Afeeqah Dahlia? Dia ke?" soal Carl cemas.
Liu Ying mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
"I don't know nama dia apa. Apa I tahu disebabkan dia hubungan kita rosak. I hate her so much Carl." riak wajah jengkel diberikan kepada boyfriendnya.
"You know, I rasa macam nak lempang lempang muka innocent dia tu. Eh tak sedar ke dia tu rembat boyfriend orang? Suka sangat jadi penyondol. Harap je lawa tapi hmmp!"
Carl menguak rambutnya kebelakang. Matanya tajam menikam wajah Liu Ying.
"Suka hati you je kan nak cakap bukan bukan pasal dia? Eh you cakap apa dengan dia? You kalau ada sakitkan dia, memang siap you. I don't give a fu*k who are you Liu Ying!" bentak Carl tanpa menghiraukan gadis cina itu.
"How dare you cakap macam ni dekat I?! Heh dia tu siapa bagi you? Apa hubungan you dengan dia? I ni girlfriend you tau. Sanggup you bercakap kasar dengan I semata nak backup perempuan perosak tu!"
"Too much! You tak ada hak nak cakap dia macamtu. Dia ada nama, nama dia Afeeqah Dahlia! Hubungan I dengan dia tak ada kena mengena langsung dalam hidup you. So better you jauhkan diri dari dia. One more thing, title girlfriend tu tak lama lagi akan jadi ex. So know your limit girl." baru sahaja Carl ingin naik ke biliknya, suara Liu Ying menahan.
"Sampai hati you Carl cakap I macamtu! After 3 years kita bersama and now you cakap tak lama lagi kita jadi ex? Apa lebihnya dia? Apa kurangnya I? Lagipun you ingat, you boleh bersama dengan dia? You dengan dia macam langit dan bumi lah! Dia tu islam! You tu kristian! Mana boleh bersama! You sedar ke tak ha? I tak sangka, I fikir I boleh bersama dengan you tapi hati you dah berpaling arah." rintih Liu Ying dengan tangisan yang teresak esak. Sumpah dia taknak kehilangan Carl. Dia sayang dan cintakan Carl! Walapun banyak mana lelaki dia jumpa, hatinya tetap memilih Carl.
YOU ARE READING
Sekuntum Bunga Dahlia [og]
RomanceKita disatukan dengan cinta, tetapi iman yang memisahkan kita. Pada awalnya, hubungan terjalin berdasarkan persahabatan, namun tidak bagi sang gadis yang menyimpan perasaan pada sang jejaka. "Otak awaklah tak ada niat. Awak ni! Kalau awak mati nan...