Bab 9

32 5 0
                                    

Tepat pukul 4.50 petang aku tiba di kawasan taman permainan yang berdekatan dengan rumahku. Kelihatan kanak kanak sudah keluar bermain di taman tersebut.

Aku menunggu Carl dengan penuh sabar , lagipun aku sengaja datang awal 10 minit. Nak menghirup udara segar. Cuaca yang cerah dan sedikit mendung mendamaikan diriku. Sekarang musim hujan, tapi haraplah aku dah sampai rumah nanti baru hujan.

Sedar tak sedar , jam sudah menunjukkan jam 5 petang. Haih, harap dia laratlah nak datang sini.

Aku membetulkan sedikit awning tudung sarung dan handsock aku agar auratku tertutup rapi. Neraka tak ada aircond nanti!

"Bunga," si empunya suara sudah duduk bersebelahan denganku dengan jarak yang sedikit jauh.

"Alhamdulillahhh, awak datang pun."

"Takkan lah I tak datang." katanya sambil tersenyum nipis. Walaupun mukanya pucat, tapi senyumannya tetap manis.

Jatuh kasihan aku melihat Carl yang tidak sihat itu. Keluarganya seakan tidak kisah tentang makan minum dan sakit lelaki ini.

"Why you suruh I datang bunga? You tak sihat kan? You dah okey? Janganlah dekat dengan I, nanti makin teruk you." katanya lagi dengan lembut.

Aku tersenyum.

"Awak ni, saya Alhamdulillah dah sihat. Saya cuma risaukan awak. Saya minta maaf sangat sangat tau sebab tak inform apa apa kat awak. Saya suruh awak datang sebab nak suruh awak makan! Saya tahu awak tak makan lagi kan dari pagi? Nah, saya bawakkan khas untuk awak!" kataku sambil membuka bekas Tupperware yang diisi bubur ayam. Penutupnya aku buka, dengan bacaan bismillah, aku mengacau bubur itu perlahan. Masih berasap tau!

"Tadaaa! Nah. Makan, saya masak tau! Khas untuk Carl!" kataku sambil menghulurkan bekas bubur itu.

Dia seakan terkaku, mungkin tidak sangka tindakan aku yang sanggup masakkan untuk dirinya.

"Bunga- are you serious?" tanya Carl dengan riak wajah yang tergamam.

Aku menganggukkan kepala. Senyuman ku ukir.

Tidak lama itu, Carl menyambut bekas bubur itu, satu sudu bubur disuap kedalam mulut. Dia tersenyum nipis. Kulihat, matanya seakan berkaca kaca namun dia tetap menyambung suapan.

Aku hanya memandang dengan hati yang sebak. Cara dia makan, macam tak makan setahun. Dia sakit, namun keluarganya pun tidak peduli.

Botol air aku keluarkan, lalu ku letakkan dihadapannya. Menyuruhnya minum apabila sudah makan.

Usai sahaja menghabiskan bubur tersebut, Carl menutup kembali bekas makanan itu, lalu dihulurkan kepada aku.

"Sedap? Minum air mineral tu." kataku sambil menyimpan bekas Tupperware itu didalam beg. Mampus hilang tak masuk rumah nanti.

"Sedap. Sedap sangat. I don't know how to say but thank you so much bunga. I don't know macam mana nak balas budi you. I- rasa macam I menyusahkan you. Im sorry sangat sangat." katanya perlahan dan matanya tunak memandang ke mataku.

"Carl, saya ikhlas buat semua ni untuk awak. Saya cuma-"

"I tahu, you kesian dekat I kan? Please, after this tolong jangan ada rasa kesian kat I. I tak suka and I tak nak menyusahkan siapa siapa lagi." kata Carl sambil menundukkan kepalanya.

Aku tergamam.

"Carl, - saya tak ada niat langsung buat semua ni atas sebab rasa kesian kat awak. Ye saya faham kenapa awak cakap macam ni. Tapi jangan salah faham. Saya buat ni sebab saya anggap awak macam kawan saya sendiri. " Tak!Aku tipu! Aku buat semua ni bukan sebab aku kesian dan anggap dia kawan.

Aku buat semua ni sebab aku sayang dia!

Carl memandang kearahku.

"Im sorry bunga, I just- I emosi. Im sorry. I tak ada niat nak marah you." pandangannya yang cukup lembut membuat aku menunduk malu.

"Tak apa. Orang demam memang cepat emosi."

"Oh, mentang mentang dah sihat!" katanya sambil menjelingku. Au jeling pun comel, dahlah mata sepet.

Aku ketawa perlahan, bergitu juga dengannya.
Aku mengeluarkan sesuatu didalam beg yang aku isi bekas Tupperware tadi dan mengeluarkan panadol.

"Nah, makan sekarang! Nanti malam pun makan tau, sebelum tidur. Paling penting sekali, tidur dan rest banyak banyak. Jangan lupa minum air banyak banyak! Jangan minum air manis dan benda sejuk sejuk! Esok awak cuti  je kalau tak larat. Pukul 5 esok , datang sini lagi. Saya masakkan untuk awak lagi. Ingat pesan saya ni!" pesanku panjang lebar.

Dia ketawa perlahan sehingga menampakkan susunan giginya yang cantik dan lesung pipit yang dalam.

"Baik bunga Dahlia yang cantik,  haih rasa macam you ni lou po I dah."

Aku mengerutkan kening.

"Apa tu?"

Carl tersenyum nakal.

"Cuba you sebut lou gong"

"Lou gong?"

"Shi de lou po. "  jawab Carl dengan senyuman manis.

"Ha? Tak faham!!" rengek ku kepadanya.

"google lah"

"Tak naklah! Eii bagitahulah." cemberut wajahku.

Carl meredakan ketawanya.

"Okey okey, lou gong tu maksudnya suami, lou po pula maksudnya isteri. Yang I jawab tadi tu maksudnya 'ya isteri'. Lijie?"  katanya sambil tersenyum.

Merah wajahku apabila aku digula gulakan olehnya.

isteri? suami? Aaa ceyy ceyyy.

"Amboi! Mentang mentanglah saya taktahu bahasa cina! Suka ja gula gulakan saya." kataku sebal.

"Alaa, bunga ni, jangan marah. I saja ja nak usik usik you. You comel tahu kalau marah marah ni. I suka tengok." katanya seakan ingin memujukku.

"Yelah tu."

"Yes my lovely flower!"

Sudah! Ana blushing. Ente diam!

     "Terima kasih teman balik." kata aku sambil mendongak memandangnya. Alahai tinggi bebenor.

"Most welcome dear. Masuk rumah, rest. You baru baik demam." katanya lembut.

"Elele, awak tu ha rehat! Awak tu masih demam. Balik cepat tau! Nak dah hujan ni." kataku dengan riak wajah risau. Petang petang biasa hujan.

"Baiklah bunga. I pergi dulu. Bye bunga." usai itu dia melangkah pergi.

Aku membuka pintu pagar rumah dan menguncinya kembali.

Baru sahaja aku ingin membuka tombol pintu, ada yang sudah buka dari dalam.

"Wah wah wah, tak padan dengan demam! Nyempat eh pergi dating?" sindir Afeeq kepadaku.

"Waalaikumussalam ya ahi kubur eh ya ahli saudara sedarahku. Dah nak maghrib ni, apa apa pun bagilah adikmu ini masuk dahulu." usai itu aku terus menolak tubuhnya ketepi dan aku masuk kedalam untuk membersihkan diri.

"Tengok ni umi ayah! Adik nak pandai dating datinggg dahh." jerit Afeeq dan didengariku di bilik.

'Eiii ya Allah! Abang ni!'

tbc.

pendek jer.

Sekuntum Bunga Dahlia [og]Where stories live. Discover now