Bab 17

23 6 6
                                    

"Mula mula kau tambahkan dulu yang ni untuk tahu total semua

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Mula mula kau tambahkan dulu yang ni untuk tahu total semua. Lepastu kau bahagilah yang ni-" kata kata aku terhenti apabila melihat air kotak soya diletakkan atas mejaku.

Aku menoleh dan aku melihat Danish memandangku.

"Carl suruh aku bagi air soya ni. Dia takda datang. Dia wassap aku suruh aku bagi kau air ni. Ambillah." usai itu Danish pun pergi duduk di tempatnya.

Aku terkebil kebil sendiri. Dari pagi tadi aku menunggu Carl tapi tidak tiba tiba. Perasaan pelik mula terbit dalam hati. Kenapa tak datang.

Sehinggalah waktu rehat tiba-

Kringgg!

"Okey class, kita sambung esok. Kamu semua boleh pergi ke kantin."habis itu, cikgu mata pelajaran matematik iaitu puan Ezantey terus keluar.

Aku mengemas mejaku lalu terpandang Danish yang ingin pergi ke kantin. Segera aku berlari dan menghampirinya.

"Danish!" dia tersentak lalu memandang punca suara tersebut. Pandangan pelik diberikan selepas aku berdiri di hadapannya.

"First of all, thanks sebab bagi saya air soya tu. Second, nak tanya. Kenapa Carl tak datang? Awak tahu?" soalku tanpa selindung.

Dia memandangku lalu menggaru hujung keningnya.

"Aku tak ada tahulah why dia tak datang. Sudah tanya tapi dia tak mahu jawab. Cuma ada suruh belikan air soya dan beri pada kau. Selain itu tak ada tahu." kata Danish dengan agak pelat kerana slang cinanya terlalu pekat.

Aku mengganggukkan kepala. Faham. Aku senyum padanya.

"Tak apalah. Thank you tau bagi! Xie Xie."

Dia tersengih sendiri.

"Yīnggāi shì qīn'ài de kǎ'ěr, kě'ài. ( patutlah Carl sayang, comel)" katanya perlahan tapi mampu didengari oleh aku.

Aku terkebil kebil sendiri.

"Shenme? Saya tak faham." kataku agak polos.

Dia tersentak lalu menggelengkan kepalanya perlahan.

"Tak ada apa, eh aku pergi dulu. Bye bye." pantas Danish berlari keluar.

Aku pelik seketika namun kubiarkan sahaja. Fikiran kembali memikirkan tentang Carl.

'Dia okey ke tak? Masih tak okey lagi ke? Haih.' risau memikirkannya terus aku tidak sabar ingin pulang untuk menghubunginya.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Sekuntum Bunga Dahlia [og]Where stories live. Discover now