China, tengah hari
Heejin bersama Winwin menunggu kepulangan Taehyung di airport. Sebaik sahaja kelibat Taehyung kelihatan, Winwin menjerit memanggil appanya.
"Appa!!!"
Winwin berlari menuju ke Taehyung. Heejin di belakang mengekori Winwin. Heejin memeluk Taehyung. Rindu akan suaminya.
"I rindu you Taehyung, hehe"
Kata Heejin mengeratkan lagi pelukan mereka. Heejin mendukung Winwin dan Taehyung menarik bagasinya keluar dari kawasan airport.
"Winwin, omma ada keluar jumpa scandal tak masa appa takde dekat sini?"
Soal Taehyung di dalam kereta. Matanya melirik ke arah Winwin dan Heejin namun masih fokus membawa kereta.
"Takde! Omma always dengan Winwin. Omma sayang appa la"
Kata Winwin. Taehyung ketawa mendengar jawapan anaknya.
"Cuba tanya appa, dia ada scandal ke dekat Argentina?"
Heejin berbisik di telinga Winwin, namun dapat di dengari oleh Taehyung. Taehyung memandang wajah Heejin sekilas. Raut wajah Taehyung bersahaja.
Selama hampir setenggah jam perjalanan pulang ke rumah mereka, akhirnya mereka tiba juga.
"You, i nak pergi office sekejap. Maybe petang sikit i balik. You tak payah masak malam ni. Kita keluar makan okay"
Kata Taehyung lalu melabuhkan ciuman di dahi Heejin. Heejin dan Winwin keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja mereka berdua selamat menjejak kaki ke dalam rumah, baru la Taehyung memecut keretanya ke office.
..
Pejabat Taehyung
Kedatangan Taehyung di sambut oleh pekerja-pekerjanya. Taehyung hanya tersenyum kepada mereka dan menyuruh mereka membuat kerja masing-masing.
Taehyung masuk ke dalam lif. Dia membelek casing telefon yang diberikan oleh Jihyo semasa berada di Argentina.
Ting!
Pintu lif terbuka. Taehyung keluar dari lif dan menuju ke bilik nya. Dia tidak melihat kelibat Jackson di tingkat itu. Mungkin Jackson berada di tingkat lain.
Taehyung masuk ke dalam biliknya. Melihat banyak file yang perlu ditandatangani olehnya. Taehyung duduk di kerusinya. Dia mengambil satu persatu file untuk dibaca dan di sign.
"Yow bro, bila sampai?"
Soal Jackson.
"Kalau iya pun, kau ketuk la pintu tu dulu. Main masuk je. Kalau aku pecat kau, apa pun tak dapat"
Tegur Taehyung dengan nada yang agak keras. Taehyung meneruskan kerjanya tadi.
"Sorry sorry. Mana la aku tahu yang kau akan masuk office harini. Kot la kau nak rest dulu sehari dua. Kan baru balik je"
Kata Jackson lalu melabuhkan punggungnya di sofa.
"Saja datang. Mana tahu aku punya syarikat tunggang langgang bila kau handle. Nasib okay"
Kata Taehyung. Dia berhenti melakukan kerjanya. Taehyung menyilang kedua tangannya.
"Iyala. Kau dekat sana apa macam? Okay? Dah jumpa ke dia?"
Soal Jackson ingin tahu.
"Yeah, everything okay je. Yes, aku dah jumpa dia"
"Bagus-bagus. Kau dah bagitau ke yang kau dah kahwin?"
Tanya Jackson lagi. Dia membetulkan posisi duduknya untuk lebih selesa mendengar cerita Taehyung.
"Ah yang tu, belum. Aku tak bagitau dia lagi. Nanti la aku bagitau"
Kata Taehyung.
Tbc.
YOU ARE READING
Pregnant By My Bully | Song Jihyo & Park Jimin [C]
Teen Fiction【 Presenting 】 〝 Pregnant By My Bully by 00deadofwrite 〞 Crush. Siapa yang tiada crush pada zaman sekolah? Semua orang ada crush termasukla Song Jihyo sendiri. Song Jihyo gadis yang berbadan gempal tetapi comel menyukai Park Jimin yang bersifat badb...