Jihyo meminta izin ke taman pada petang itu. Walaupun telah di pelawa oleh Nana untuk menemaninya dia tetap menolak. Katanya biarla dia mengambil angin sendirian.
"Betul ni taknak Nana teman kan?"
Soal Nana sekali lagi.
"Iya. Nana rehat jelah. Unnie boleh pergi sendiri"
Lengan Nana diusap lalu Jihyo tersenyum.
"Ala Nana bukan buat apa pun. Lagipun harini Nana cuti"
"Waktu cuti ni la kena berehat. Atau keluar dengan Mark ke? Dia pun nampak macam bosan je duduk rumah"
Kata Jihyo lagi sebelum sebelah kakinya melangkah keluar dari rumah. Dia senyum lagi kepada Nana menunjukkan dia betul-betul tidak mengapa.
"Hati-hati, apa-apa call okay"
..
Jihyo berjalan di sekitar rumahnya sehingga ke taman. Pandangan yang di lemparkan hanya kosong. Dia memikirkan banyak perkara. Kerja, anaknya, kesihatannya dan juga...Jimin.
Entah mengapa, Jimin sering berada di mindanya kebelakangan ini. Bukankah dia tidak suka dengan kehadiran Jimin?
Perutnya di usap. Anak ini. Anak dari Jimin. Adakah dia perlu hadapinya sekali lagi tanpa Jimin seperti semasa dia mengandungkan Tae. Tapi, kali ini dia perlu hadapi dengan ketiadaan Jimin dan Tae.
Kim Taehyung pula. Tiada khabar apa pun darinya sejak peristiwa isterinya Heejin berjumpa dengannya di hospital. Mungkin Heejin sudah memberi amaran kepada Taehyung untuk tidak berhubung lagi dengannya walaupun sebagai kawan.
"Sedap?"
Jihyo memandang ke arah pasangan suami isteri bersama anak mereka yang sedang menikmati aiskrim.
Jihyo tersenyum sendiri. Tae juga suka makan aiskrim.
"Opsieee, sorry"
Jihyo hampir terjatuh kerana ada seorang kanak-kanak berlari lalu terlanggarnya dari belakang. Jihyo berpaling ke belakang untuk melihat anak siapa yang melanggarnya. Bukan ingin marah.
Sebaik sahaja Jihyo berpaling ke belakang dan menundukkan pandangannya untuk melihat kanak-kanak itu, air matanya laju mengalir.
"Uh? Why aunty menangis? Tae minta maaf"
Katanya sebelum berlari semula meninggalkan Jihyo yang masih tidak beranjak dari situ. Jihyo segera mencari kelibatnya. Namun, hilang dari radar penglihatan.
..
Setelah penat mencari, Jihyo mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Mungkin tadi hanyala khayalannya sahaja. Dia sepatut berehat di rumah sahaja.
"Jihyo dah balik"
Kata Jihyo. Dia menapak masuk ke dalam rumah. Air matanya mengalir kembali. Begitu mudah air matanya mengalir.
"Hi Jihyo"
YOU ARE READING
Pregnant By My Bully | Song Jihyo & Park Jimin [C]
Teen Fiction【 Presenting 】 〝 Pregnant By My Bully by 00deadofwrite 〞 Crush. Siapa yang tiada crush pada zaman sekolah? Semua orang ada crush termasukla Song Jihyo sendiri. Song Jihyo gadis yang berbadan gempal tetapi comel menyukai Park Jimin yang bersifat badb...