5 «the call»

29.2K 1.1K 31
                                    

Arfan melabuhkan punggungnya di kerusi sebaik sahaja masuk ke dalam biliknya. Kepalanya dibaringkan pada head rest kerusi tersebut, bagi merehatkan lehernya yang lenguh. Tangannya  melaraskan kerusinya itu supaya dia dapat bersandar dengan selesa. Selesai sahaja pembedahan untuk Alisa malam tadi, Arfan on duty untuk meronda di wad pesakit dan kerana emergency room agak sibuk pada malam itu, Arfan turun untuk membantu di sana.

Tangannya naik memicit belakang lehernya. Nafasnya dihelakan sambil matanya menatap siling putih bilik kerjanya itu. Itulah kau, Fan. Nak sangat jadi doktor, kan? Arfan menggelengkan kepalanya sebelum dia tiba-tiba teringat akan sesuatu. "Airis.."

"Whatsapp saya kalau awak dah sampai hospital?"

"Nanti aku call."

"Shit!" Badan Arfan kembali tegak. Tangannya meraba-raba scrub yang dipakainya, mencari telefonnya. Kosong. Dia bangkit dari kerusi dan melangkah ke arah kot putihnya yang terletak di atas sofa. Tangannya menyeluk poket tersebut, mencari telefonnya. Sebaik sahaja menjumpai telefonnya di dalam poket itu, Arfan terus menghidupkannya.

Bibirnya diketap sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa. Belum sempat dia hendak mendail nombor gadis itu, niatnya terbantut saat matanya melihat jam di sudut skrin telefonnya. It's five in the morning, Arfan. Kau nak call dia sekarang ke?

"Whatsapp," tuturnya setelah menyedari masa itu bukan masa yang sesuai untuk menggunakan panggilan telefon. Aplikasi Whatsapp dibuka. Jarinya laju mencari nama Airis dan ruang perbualan mereka dibuka.

Jarinya menekan-nekan skrin telefonnya, membentuk ayat untuk dihantar pada gadis itu. Namun begitu, tidak sempat dia hendak menekan butang send, perhatiannya diganggu dengan perkataan yang tiba-tiba muncul di bawah 'Kid' itu. online.

"Online?" Arfan menatap nama dan perkataan yang terletak pada skrin telefonnya itu. "Call or Whatsapp?" soalnya sendiri. Arfan menghelakan nafasnya sebelum dia menekan simbol telefon yang bersebelahan dengan nama 'Kid' itu. Telefonnya ditekapkan pada telinganya. Jarinya mengetuk pahanya, menanti panggilan bersambung.

"Hello?"

Suara gadis itu bergema pada telinganya, sedekat ini. Arfan berdehem seketika sebelum membuka mulut. "Kenapa kau belum tidur?" soal Arfan sambil dia bersandar pada sofa itu.

"Saya baru habis study," jawab Airis. Kakinya dipeluk hingga ke dada. "Awak ni? Kenapa call saya masa-masa macam ni?" soalnya. Halah kau Airis. Tanya pula. Padahal kau tunggu dia call dari malam tadi lagi sampai tak tidur. Nasib baik ada manfaatnya juga. Dapat juga revise apa apa yang patut.

"Aku lupa nak call kau malam tadi. Sorry."

Airis mengetap bibir. Suara jejaka itu sangat dekat pada pendengarannya, membuatkan jantungnya berdegup kencang. "Awak mesti busy kan sampai lupa?"

Arfan angguk. "Ha'ah. Ada patient perlukan emergency surgery tadi," jelas Arfan ringkas, tanpa dipinta.

Senyuman terukir di bibir Airis. "So patient awak tu dah okay dah?" soal Airis.

"Dia belum sedar lagi but she's in a stable condition now," jawab Arfan. Perlu ke aku bagitau semua tu?

"Oh.. patient awak tu perempuan ke?" soal Airis walaupun jawapannya sudah sangat ketara.

"Budak," sepatah Arfan menjawab. "A 10-year-old girl," sambungnya.

"Ah.."

Buat seketika mereka diam, hanya mendengar nafas halus masing-masing.

My Beautiful SunshineWhere stories live. Discover now