41 «study»

48.4K 949 33
                                    

"Argh stress!"

Airis menjatuhkan kepalanya di atas meja yang dipenuhi dengan buku dan kertas. Rambutnya digenggam sebelum dia kembali mengangkat mukanya. Nafasnya dihelakan kasar sebelum dia bangun dan melangkah ke dapur. Masuk sahaja ke dapur, Airis disajikan dengan permandangan Arfan yang sedang menyediakan makanan di atas meja dengan hanya memakai t-shirt hitam dan seluar pendek sambil memakai apron. Airis mengetap bibir bawahnya. Kenapa hot sangat husband aku ni?

"If you are not a doctor, you are a chef. For sure."

Suara Airis membuatkan perhatian Arfan pada makanan di hadapannya hilang entah ke mana. Dia mengangkat wajah untuk memandang Airis yang sudah duduk di kerusi bertentangan dengannya di kitchen counter tersebut. Senyuman terukir di bibirnya. "Shouldn't you be studying now sweetheart?"

"Damn study. I need to eat."

Arfan mengecilkan matanya saat mendengar nada malas isterinya itu. "Bad day?"

"Quite. Stress la dengan research project apa semua." Airis mengikat rambutnya kepada style messy bun. "Okay, enough with my study." Airis menongkat dagunya sambil matanya bersinar memandang makanan di atas pinggan di hadapannya. "Apa ni?" Airis memandang Arfan yang sudah membuka apron.

Arfan melabuhkan punggungnya di hadapan Airis sambil menyerahkan sudu dan garpu kepada Airis. "Chicken quesadilla," jawab Arfan biasa.

"Quesadilla?" Airis mencapai garpu dan sudu dari tangan Arfan. Dia memotong sedikit Chicken Quesadilla yang diperbuat tortilla wraps yang diisi dengan cheese dan daging ayam. Kemudian, dia menyuap masuk potongan quesadilla tersebut di dalam mulutnya. Matanya membulat serentak itu.

"Sedapnya!!" Airis memuji dengan mulutnya penuh, mengundang tawa kecil dari Arfan. Tangan Arfan naik dan ibu jarinya mengelap hujung bibir Airis yang kotor akibat makanan itu.

Sambil Airis makan, sambil itu juga mulutnya tidak berhenti bercerita tentang harinya di kampus. Juga tentang kerjanya yang bertimbun dan ujian akhir yang semakin dekat. Arfan hanya mendengar di hadapannya. Matanya menatap lembut wajah Airis, langsung tidak menunjukkan rasa bosan dengan cerita gadis itu.

Tika Airis sedang bercerita tentang research project, telefonnya yang terletak di sebelah mereka bergetar, menandakan ada notification yang masuk. Airis dan Arfan serentak memandang pada telefon Arfan sebelum tangan Arfan mencapai dan membuka telefonnya. "Sorry for disturbing Sunshine," ucap Arfan.

Airis menggelengkan kepalanya, tanda dia tidak kisah.

Arfan membaca Whatsapp yang dihantar oleh Rayyan padanya.

The stalker is confirmed to be Farrel Zaquan. Kau nak aku buat apa?

Wajah Arfan serta-merta menjadi tegang saat membaca Whatsapp tersebut. Jarinya mula menekan satu persatu huruf di atas permukaan telefonnya untuk membalas.

Your place, as usual.

Setelah membalas itu, Arfan kembali meletakkan telefonnya di tepi.

"Is everything okay?" Airis bertanya saat mengesan bagaimana wajah Arfan yang tadinya tenang bertukar tegang sebaik sahaja membaca sesuatu di telefonnya.

Arfan senyum kecil. "Okay. Don't worry."

Airis mengerutkan keningnya sebelum menganggukkan kepalanya. "Anyway.." Airis meletakkan garpu dan sudu di sisi pinggan sebelum perhatiannya sekarang sepenuhnya pada Arfan.

"Hm?"

Airis mengetap bibir bawahnya, tidak pasti hendak meneruskan atau tidak persoalan yang sudah beberapa hari di dalam fikirannya.

"Sunshine, what's wrong?" Arfan jongket kening.

Airis menghelakan nafasnya sebelum menjawab, "tentang video kita dekat waiting room tu. Awak cakap orang yang rekod video tu ialah Ain."

Arfan menganggukkan kepalanya.

"So did you spread those pictures of her walaupun dia dah buat ikut apa yang awak cakap? Buang semua video tu. Tapi kenapa awak masih sebarkan gambar dia?" Soalan itu akhirnya keluar dari Airis.

Arfan mengerutkan dahinya. "Sorry, but what? Sebarkan gambar apa?"

Giliran Airis yang berkerut dahi. "Gambar dia dengan Farrel. Bukan awak ke yang sebarkan? Dia cakap dekat saya yang awak datang dekat dia with those pictures of her and Farrel."

"No," Arfan menggeleng ringkas. "Our deal is that she deletes the video and I will not expose those pictures. She did as I told her and that was it. I didn't expose her pictures to anyone."

"Habis tu macam mana gambar tu semua tersebar?"

Arfan menghelakan nafasnya. "I don't know. But it's not me. Aku dah buang dah pun semua gambar tu lepas dia buang video tu."

Airis mengerutkan dahinya. "So dia salah faham. She thought that awak yang sebarkan gambar tu."

"And she push you because of that?"

Airis mengangguk.

Arfan menghelakan nafasnya. "Gambar dia dengan Farrel yang tersebar tu gambar apa?" soal Arfan.

"Gambar diaorang dekat library."

"That's not the pictures of them that I have."

"Hah?"

"Gambar dia dan Farrel yang aku ada ialah gambar diaorang dekat hotel. Itu pun aku dapat dari CCTV. Bukan gambar diaorang dekat library. Aku tak pernah hantar orang masuk kampus kau semata-mata untuk ambik gambar diaorang," jelas Arfan.

"Which means.. ada orang lain yang sebarkan gambar tu. Tapi siapa?"

Arfan menjungkitkan bahunya. "I don't know and it's not my problem. But she is an idiot anyway. Dia ingat disebabkan aku ada gambar dia dengan Farrel dekat hotel tu, aku ada semua gambar diaorang dekat tempat lain? And how dare she laid a finger on you?"

Airis senyum kecil. Tangan Arfan diraih dan dielusya lembut. "I'm fine."

Kemarahan Arfan kembali reda sebaik sahaja Airis melakukan itu. Senyuman kecil terukir di bibirnya saat Airis merapatkan badan mereka dan mengucup ringkas bibirnya. "Now you taste the quesadilla."

~


Naufal boleh dah belajar dengan Arfan untuk family planning 🤣

My Beautiful SunshineWhere stories live. Discover now