"Thanks, Kak Airis for showing me the gallery."
Airis dan Arisha sedang menuruni tangga untuk balik dari galeri tika Arisha mengucapkan itu. Airis memandangnya dan tersenyum. "It's not a big deal, Ari. Lain kali kalau Ari nak datang galeri ni, call je akak. I'll make some time untuk teman Ari," seloroh Airis.
Arisha tersenyum kecil. Surprisingly.. dia selesa dan menyukai kakak iparnya ini. Mungkin kerana mereka mempunyai minat yang sama dan mungkin kerana kakak iparnya ini sangat murah dengan senyuman. Jadi, dia sangat selesa dengan Airis walaupun dia kebanyakkan diam.
"Abang Arfan tak marah ke akak keluar Ari?"
"Kenapa pula nak marah?"
Suara dari belakang Airis membuatkan Arisha dan Airis serentak menoleh ke situ, di mana Arfan berdiri dan melangkah, merapati mereka. Mata Airis membulat. "Awak buat apa dekat sini?" soalnya.
Arfan senyum kecil. "Aku habis kerja pukul 6, Sunshine. Kau lupa ke?" soal Arfan lembut. Badan Airis ditariknya lembut ke arahnya dan dahi isterinya itu dikucup lembut. It's inappropriate to kiss her lips in front of his sister, kan?
Airis senyum kecil.
Arfan kemudiannya memandang pada Arisha yang berdiri, diam. Senyuman kecil dioraknya untuk adiknya itu. "How are you?" soalnya. Kali terakhir dia melihat adik bongsunya itu ialah ketika hari perkahwinannya dengan Airis, which is almost three months ago.
"I'm good," balas Arisha ringkas.
"And how was the gallery?"
"Err.." Arisha memandang pada Airis yang hanya senyum di sebelah Arfan. Dia kembali membawa matanya pada Arfan. "It was.. amazing."
"Ari is really good at painting. Even Kak Julia pun puji dia tadi. And she got her first painting displayed in the gallery today. Kejap, I'll show you her painting." Airis segera mengeluarkan telefonnya yang terselit di poket belakang seluarnya. Jarinya laju mencari gambar lukisan Arisha tadi. "Here.." Airis menyerahkan telefonnya kepada Arfan.
Arfan menyambut huluran Airis. Matanya meneliti lukisan yang terpapar di dalam telefon Airis buat beberapa ketika sebelum dia kembali memandang pada Arisha. "I didn't know you are such a good painter," tuturnya.
Arisha mengorak senyuman kecil, hanya hujung bibirnya yang melengkung sedikit. "It's just a hobby, nothing much."
Arfan diam. Antara Ayyara dan Arisha, dia paling tidak rapat dengan Arisha. Kerana by the time Arisha grew up, Arfan sudah pergi ke London untuk menyambung pelajarannya. Dan setelah dia kembali ke Malaysia, gadis itu sudah remaja. Dan kemudian, dia berpindah keluar dari rumah keluarganya. Jadi, dia tidak begitu mengetahui tentang adik bongsunya itu. But here Airis is, hanging out with her to a gallery, a place where she can enjoy her hobby. Airis is.. indeed better than me.
"Awak belum makan, kan?"
Suara Airis menyentakkan Arfan dari lamunannya. Dia kembali menoleh pada Airis yang berdiri di sebelahnya. "Makan? Belum."
Airis senyum lebar. "Kalau macam tu, kita makan sekali, nak? Ari?" Airis menoleh pada Arisha, mengharapkan persetujuan.
"Err.." Arisha mengetap bibir, tidak tahu hendak bersetuju atau tidak.
"Jomlah. Lagipun Ari belum makan dari our brunch tadi kan? So, jom?"
Arisha diam sejenak. Rasa bersalah hendak menolak ajakkan Airis. "Sure." Dan akhirnya, dia bersetuju.
~
"How's life?"
Soalan yang keluar dari Arfan memecahkan kesunyian antara dia dan Arisha. Asalnya, mereka bertiga di meja makan itu. Tidak selepas Airis mengambil keputusan untuk meninggalkan mereka berdua di situ dengan alasan dia hendak melihat buku di bookstore.
"Not bad," balas Arisha ringkas tanpa memandang Arfan. Fries di atas pinggan disuap masuk ke dalam mulutnya. "Yours?" soalnya kembali.
"Good," balas Arfan sepatah.
"I can see that. You look happier than ever," ujar Arisha biasa. "Kak Airis is a good wife, I guess?"
"She is."
"Good for you."
Dan mereka kembali diam. Arfan berdehem. "And Yara? She's good?" Arfan mengalih topik perbualan mereka kepada Ayyara.
"No."
"What's wrong?" Arfan jongket kening.
Arisha senyum tipis. "Busy. Her appointment as CEO of Edspired is in a month, so of course she is busy. Catching up with everything, even the smallest details about Edspired. She can't show up during the event just to get appointed as a CEO without knowing nothing about Edspired."
Arfan mengangguk, faham. "Kirim salam dekat dia."
"Kalau Ari ada jumpa dia."
"What do you mean by that?"
"She's practically live in her office lately. Balik rumah lewat malam, pergi kerja awal pagi. Most of times, dia bermalam dekat office je."
"And did Papa says anything about it?"
"No."
Arfan mengetap bibir. Hatinya tiba-tiba menjadi panas bila mendengar keadaan Ayyara sebegitu. Tidak kisahlah bagaimana sekalipun dia tidak mahu mengambil tahu tentang Edspired, tetapi dia tidak sekejam mana untuk membiarkan adiknya bergerak seperti mayat hidup hanya untuk sebuah bisnes.
~
"Beli buku lagi?"
Beg plastik di tangan Airis dilirik sebelum matanya kembali pada wajah Airis. Airis menarik sengih. "Terbeli."
Arfan senyum sinis. "Yelah tu terbeli."
Airis sengih. Dia meliarkan matanya. "Ari mana?" soalnya bila tidak melihat kelibat Arisha pun.
"Dah balik."
Airis kembali memandang Arfan. "Cepatnya."
"Dia cakap dia ada kelas taekwondo esok."
"Oh.." Airis hanya mengangguk. Lengan Arfan dipeluknya erat sebelum mereka berdua mengatur langkah untuk berjalan. "Awak dengan Ari cakap apa tadi masa saya pergi kedai buku?"
"Nothing much," jawab Arfan.
"Really?"
Arfan tunduk memandang Airis. Senyuman sinis diukirnya. "Aku tahu apa yang kau buat, Sunshine. Kau sengaja kan tinggalkan aku dengan Arisha tadi?"
Airis mengetap bibir. "Tak salah pun kan? Awak patutnya ambik kesempatan tu untuk awak catching up with her life."
"It's not that easy, Sunshine."
"Because you didn't try," Airis menghelakan nafasnya. Lengan Arfan dilepaskan. "Arfan, you are her brother. Tak boleh ke sekali je awak jumpa adik-adik awak, tanya how they are doing? Kenapa awak nak jauhkan diri daripada diaorang? Even if you are not in a good term with your father, you can't drag your sisters into it. Your sisters are your sisters. If anything happens to them, you should be the first person they can turn to."
Arfan terdiam. Lidahnya kelu untuk membalas kata-kata Airis kerana dia tahu, Airis tidak salah pun. She's right..
Airis mengetap bibir. Dia kembali meraih tangan Arfan. "Sorry kalau saya buat awak marah," ujar Airis, risau jika Arfan terasa hati dengan kata-katanya.
Arfan memandangnya. Senyuman kecil diukirnya sebelum menggamit Airis untuk dekat padanya. Badan kecil isterinya itu dipeluknya erat. "Don't be. Instead, I'm thankful because you knock some sense into me."
Airis senyum kecil. Tangannya menepuk lembut belakang badan Arfan. Nasib baik mereka sudah berada di tempat meletak kereta yang kosong, maka tidaklah mereka menjadi tumpuan orang ramai.
"Airis?"
Suara seseorang yang hanya beberapa meter dari mereka membuatkan pelukan mereka terlerai. Serentak, mereka menoleh ke arah tersebut. Mata Airis membulat saat melihat gerangan yang menegurnya itu.
"Tasya?"
~
That 'tepuk belakang' is their love language 😭
YOU ARE READING
My Beautiful Sunshine
Storie d'amoreMegat Arfan - Malam ketika ditinggalkan oleh bakal pengantin perempuannya, itu ialah kali pertama dia bertemu dengan gadis itu. Namun, bulan demi bulan berlalu, dia sudah melupakan gadis tersebut. Sehinggalah mereka kembali bertemu di sebuah kafe, s...