Sebulan kemudian..
"This is my brother's house. Yang ada dalam tu pun semua orang yang saya dan awak kenal. Awak boleh tak jangan nak overthinking sangat? There's no way pembunuh tu ikut saya sampai sini."
Langkah Airis yang baru sahaja hendak masuk ke dalam dapur berhenti saat mendengar suara itu. Dia menjengukkan kepalanya ke dapur, di mana dia melihat Ivan dan Arisha sedang berdiri menghadap satu sama lain dengan wajah tegang masing-masing.
Airis berdehem sebelum dia melangkah masuk. Dia mengukir senyuman untuk Arisha dan Ivan yang menoleh padanya. "Kak Airis.."
"Sorry for disturbing. Akak datang nak ambik dessert je," ujar Airis sambil membuka pintu peti ais.
Ivan hanya mengerling sekilas pada Arisha sebelum dia beredar, meninggalkan Arisha dan Airis di dapur itu. Airis mengeluarkan bekas yang terisi caramel pudding sebelum memusingkan badannya untuk memandang Arisha yang hanya bersandar pada kabinet.
"Ari okay tak ni?" soal Airis saat melihat wajah tegang gadis itu.
Arisha senyum kecil dan mengangguk.
"Gaduh dengan Ivan?"
Arisha mengeluh. "He's being paranoid."
"He's your bodyguard. Your safety is his priority."
"But this is your house."
Airis menggelengkan kepalanya mendengar balasan daripada Arisha itu. Dia mula mengalihkan perhatiannya kepada pudding karamel di hadapannya. Senyuman diukirnya. Hanya seketika sebelum dia merasakan ingin muntah. Tangannya terus menekup mulutnya sebelum berlari ke sinki, memuntahkan segala makanan yang dia makan tadi.
Arisha mengerutkan dahinya. "Kak? Akak okay tak?" Arisha terus merapati kakak iparnya itu. Tangannya mengusap lembut belakang badan Airis.
Airis menganggukkan kepalanya. Dia mencuci mulutnya sebelum menutup paip air. Matanya berair dan hidungnya merah.
Arisha mengusap lembut bahu Airis. "Kejap, Ari pergi panggil abang," ujar Arisha sebelum dia beredar ke ruang tamu, di mana sedang riuh dengan suara kawan-kawan Arfan yang berbual. Sempat matanya bertembung dengan mata tajam Ivan.
"Abang Fan," panggil Arisha.
Arfan menoleh padanya. Keningnya dijongketkan tanda bertanya kenapa.
"Kak Airis muntah-muntah dekat dapur. Abang pergilah tengok."
Terjongket kening Arfan. Tanpa banyak soal, dia terus bangun dari sofa dan melangkah laju dapur. "Sunshine?" Arfan menghampiri Airis yang masih bersandar pada kabinet dapur mereka. Lengan Airis dipegangnya erat. "Kenapa ni? Ari cakap kau muntah tadi? Okay tak?" soal Arfan lembut. Tangannya naik mengusap lembut sisi wajah Airis.
"Sikit je. Sebab banyak sangat makan kot."
Arfan mengerutkan keningnya. "That's impossible. Kau belum period kan bulan ni?" soal Arfan.
"Macam mana awak tahu?" soal Airis kembali.
"Selalunya kau clingy sebab period cramps kau teruk sangat for the first day of your period."
Airis senyum kecil. "I don't know you pay such a close attention to me."
"Of course I am. You're my wife. So.." Arfan mengusap lembut lengan Airis. "Nanti kita buat pregnancy test, alright?" cadang Arfan lembut membuatkan Airis membulatkan matanya.
"Awak rasa saya pregnant ke?"
Arfan senyum kecil. "Maybe yes, maybe no. We will only know once we do the pregnancy test," balas Arfan lembut. Tangannya mengusap lembut bahu Airis.
Airis diam. Jari-jemarinya dimainkan. "Awak kecewa tak kalau nanti kita buat pregnancy test, turns out saya tak pregnant pun. You know right, missed period boleh juga jadi sebab faktor lain."
Arfan geleng kepala dan badan Airis dibawanya ke dalam pelukannya. "It doesn't matter Sunshine. As long as you are healthy and well, then I'm beyond happy. Kalau kau pregnant, then I'll be grateful. Kalau kau tak pregnant, it's okay. It's not your fault. We both are in this together. So, jangan salahkan diri. It could be I'm the one who had a problem."
Airis senyum dalam pelukan Arfan. Sepanjang mereka berkahwin, Arfan tidak pernah membuatkannya berasa kecewa dengan diri atau tidak yakin dengan diri. Arfan selalu ada untuk mengingatkannya tentang her own worth. Arfan sentiasa ada di sisinya, memberitahunya bahawa dia sudah cukup sempurna di matanya.
~
Airis keluar dari bilik air sambil memegang pregnancy test stick di tangannya. Dia memandang Arfan yang duduk di sofa di sudut bilik tidur mereka sambil membaca sesuatu di iPadnya. Airis menghelakan nafasnya sebelum melangkah merapati Arfan.
"Awak." Airis melabuhkan punggung di sebelah Arfan.
Arfan mengangkat wajahnya dari skrin iPad. Dia meletakkan iPad di atas meja sebelum duduk menghadap Airis. "You're good?" soal Arfan sambil matanya mengerling pada pregnancy test stick di tangan Airis.
Airis mengangguk. Pregnancy test stick di tangannya diserahkan kepada Arfan sebelum dia bangkit dari sofa tersebut. "Nah, awak tengoklah. Saya nak tidur."
Arfan mengerutkan keningnya sebelum dia tunduk memandang pregnancy test stick di tangannya. Dibeleknya seketika sebelum matanya jatuh pada dua garisan merah di atas pregnancy test stick tersebut. Matanya serta-merta membulat. Tanpa kata, kakinya terus melangkah laju bilik air. Kotak pregnancy test stick yang telah kosong dan diletakkan di atas kabinet kecil di sudut bilik air tersebut diambil. Sekeping kertas instructions dikeluarkannya dan dibaca satu-persatu perkataan di atas kertas tersebut.
"Two line means.. pregnant."
Buat seketika, semua perkara yang dia belajar ketika med school dahulu hilang entah ke mana. "Pregnant? She's pregnant?!"
Dan hanya begitu, Arfan terus keluar dari bilik air dan menuju ke arah Airis yang sudah berbaring di atas katil, membaca buku. "Sunshine!"
Airis tersentak saat mendengar suara Arfan itu. Senyuman terukir di bibirnya saat Arfan menghampirinya dan terus duduk di sebelahnya.
"You're pregnant?" Mata Arfan jelas bersinar, mengundang tawa dari Airis. Kepalanya dianggukkan.
"Yes, Dr. Arfan."
Arfan memandang Airis sejenak sebelum senyuman melebar di bibirnya. Dan terus, badan Airis dipeluknya erat, membuatkan Airis kembali tertawa di dalam pelukannya. Arfan meleraikan pelukannya selepas beberapa ketika. Tangannya mencekup kedua-dua belah pipi Airis. "Thank you Sunshine. I really owe you a lot this time."
Airis senyum. "We are in this together, remember? So.. thank you for your hard work juga."
Arfan senyum. Tanpa kata, bibir Airis dikucupnya lembut dan ringkas. "I'm so happy," ujar Arfan dengan nada yang lembut dan perlahan.
"Me too." Giliran Airis mengucup lembut bibir Arfan. Dan setelah itu, badannya dipeluk erat oleh Arfan. Dahi Airis dikucupnya lembut.
"Arfan.."
"Yes Sunshine?" Arfan memandang wajah Airis di dalam pelukannya.
"There are some parts of me that are scared. Saya risau saya tak dapat jaga diri, jaga baby ni.."
Arfan senyum kecil. Belakang badan isterinya diusap lembut. "Don't worry. I promise I will help you with this. I will always stay by your side throughout this whole phase. Cause from now on, I will be your husband and also your doctor."
Airis senyum saat mendengar kata-kata lembut daripada Arfan itu. "Thank you. I love you," Airis kembali meletakkan kepalanya di dada Arfan, memeluk kembali badan suaminya itu. Rasa tenang dan selamat di dalam pelukan Arfan.
"I love you more sunshine."
~
PLEASE GET ME A HUSBAND LIKE MEGAT ARFAN 😭
YOU ARE READING
My Beautiful Sunshine
RomansaMegat Arfan - Malam ketika ditinggalkan oleh bakal pengantin perempuannya, itu ialah kali pertama dia bertemu dengan gadis itu. Namun, bulan demi bulan berlalu, dia sudah melupakan gadis tersebut. Sehinggalah mereka kembali bertemu di sebuah kafe, s...