"Come in."
Airis melangkah masuk sambil mengheret bagasinya. Matanya diliarkan di setiap sudut apartment milik Arfan itu sehingga dia tidak menyedari Arfan sudah menutup dan mengunci pintu hadapan.
"You're good?" sapa Arfan sambil tangannya mengambil alih pemegang bagasi yang dipegang oleh Airis. Dia kemudiannya mengheret bagasi tersebut ke ruang tamu sambil langkahnya diekori oleh Airis.
"Bersihnya tempat awak," puji Airis.
"I have no time to make a mess," balas Arfan. Tangannya menarik lembut tangan Airis. "Jom, aku tunjuk dekat kau sekeliling apartment ni."
Di bahagian bawah apartment tersebut terdapat ruang tamu yang dilengkapi dengan televisyen dan set sofa. Begitu juga ruang makan yang dilengkapi dengan meja makan. Mereka bermula dengan dapur. "I have an oven there, you can use it if you want," ujar Arfan sambil menunjukkan oven yang terletak di sudut dapur.
Airis hanya mengangguk.
Setelah itu, Arfan mengajaknya untuk naik ke tingkat atas apartment. It's a two-level apartment. Di bahagian atas, terdapat sebuah ruang tamu mini yang turut dilengkapi dengan televisyen dan set sofa. Terdapat juga dua buah bilik, menjadikan apartment itu mempunyai empat buah bilik termasuk dua buah bilik di tingkat bawah tadi.
"This is our room," ujar Arfan sambil menguak pintu ke sebuah bilik yang jelas tampak lebih besar berbanding dengan bilik-bilik yang lain. "Aku tak pernah duduk bilik ni sebab aku malas nak naik atas. Selalunya kalau aku balik dari hospital, aku duduk dekat bawah je. Tu yang kau nampak bilik ni bersih je," jelas Arfan.
Airis melangkah masuk ke dalam bilik yang dilengkapi dengan walk-in closet dan juga sebuah bilik air yang luas. Bilik itu juga mempunyai akses kepada balkoni yang hanya dipisahkan oleh pintu gelangsar yang ditutupi dengan langsir tebal.
"Sunshine," panggil Arfan.
"Hm?" Airis menyelakkan langsir.
"Jom, aku tunjuk swimming pool."
Airis membulatkan matanya. "Ada swimming pool ke?" soalnya teruja sebelum berlari anak ke arah Arfan. Tangan Arfan diraih dan jari-jemari mereka bertaut erat sambil Arfan membawanya ke arah satu pintu yang terletak di hujung sekali.
Arfan membuka pintu tersebut. Serentak itu, bilik itu diterangi dengan cahaya malap, namun cukup untuk menerangi seluruh ruang. Indoor pool. Di tengah-tengah ruang itu terletaknya sebuah kolam renang yang cukup besar saiznya. Di tepinya terdapat dua buah sofa yang bersaiz besar dan panjang.
"Oh my God." Airis tidak dapat menyembunyikan rasa kagumnya.
Arfan tersenyum kecil sambil dia menarik tangan Airis untuk melangkah masuk. "Aku swimming dekat sini je selalu. The pool is not that big but it is enough for me. Maintenance and cleaning service datang seminggu sekali, sebab aku jarang dekat rumah pun. Diaorang datang cuci time aku ada dekat rumah je."
"Faham." Airis mengangguk-anggukkan kepalanya.
Arfan senyum. "Jom," Arfan menarik tangan Airis untuk keluar. Airis memeluk lengan Arfan dengan erat. Senyuman lebar terukir di bibirnya sambil matanya tidak lepas memandang wajah suaminya itu. "What?" Soal Arfan.
"Rumah awak ni, cantik sangat!"
Arfan memicit lembut batang hidung Airis. "It's not my house anymore. This is our house, from now on. So you can use anything in this house," tutur Arfan.
Airis senyum kecil. Kakinya dijengketkan dan satu ciuman dihadiahkan pada pipi jejaka itu, membuatkan Arfan kaku di tempatnya.
Airis senyum. "Thank you!"
YOU ARE READING
My Beautiful Sunshine
RomansaMegat Arfan - Malam ketika ditinggalkan oleh bakal pengantin perempuannya, itu ialah kali pertama dia bertemu dengan gadis itu. Namun, bulan demi bulan berlalu, dia sudah melupakan gadis tersebut. Sehinggalah mereka kembali bertemu di sebuah kafe, s...