10 «my sunshine»

32.5K 1.2K 72
                                    

Pintu bilik kerjanya dibuka dari luar. Arfan melangkah masuk sambil menanggalkan kot putih yang dipakai olehnya. Telefon di dalam poket dikeluarkan terlebih dahulu sebelum kot itu diletakkan di atas sofa. Arfan melangkah ke arah kerusi dan dilabuhkan punggungnya di situ. Telefon di tangannya diletakkan di atas meja. Jam di sudut meja yang menunjukkan pukul satu pagi dikerling sekilas. Kepalanya direhatkan pada head rest kerusi.

Kepalanya ditoleh ke atas meja. Tumbler cup yang diberi oleh Airis dicapai. Penutup gelas tersebut dibuka dan dihirupnya perlahan air kopi tersebut. Sejak bila kopi tak pahit? Arfan memandang pada tumbler cup tersebut.

"Coffee saya ni sedap tau. Confirm lepas ni awak tak suka coffee lain dah."

Kata-kata Airis tadi terngiang di ingatannya. Arfan senyum kecil. "Indeed." Arfan kembali meletakkan tumbler cup tersebut di atas meja. Telefonnya dicapai dan dibuka. Aplikasi Whatsapp dibuka dan jarinya menekan pada nama 'Sunshine'. Daripada 'Kid' kepada 'Sunshine'. What behavior is this, Megat Arfan?

Arfan senyum kecil. Ruang perbualannya dengan gadis itu dibuka. Perbualan terakhir dengan gadis itu ialah pada malam tadi, di mana dia memberitahu gadis itu bahawa dia sudah tiba di hospital dan menyuruh gadis itu untuk tidur.

"Masih bangun ke budak ni?" soalnya sendiri. Matanya memandang tepat pada nama 'Sunshine' itu, berharap agar ada perkataan 'online' yang muncul di bawah nama itu. Namun, tiada.

"Fan, bukan kau suruh dia tidur ke tadi?" soalnya sendiri. Bibirnya diketap sebelum dia kembali menutup telefonnya dan diletakkan kembali di atas meja.

Kepalanya kembali direhatkan pada head rest dan matanya dipejamkan, merehatkan diri sebelum dia kembali keluar untuk meronda di wad.

~

"Ayah!"

Airis terbangun dari tidurnya. Nafasnya kencang dan peluh menitik di dahinya. Matanya dipejamkan sambil tangannya menolak rambutnya ke belakang. Matanya kembali dibuka dan dia menoleh pada meja belajarnya. Jam di sudut meja dipandang. "Baru pukul satu rupanya." Airis mengurut dahinya.

Nafasnya dihelakan. Selimut yang menutupi badannya diketepikan sebelum dia bangun dari katil. Dia melangkah ke arah kerusi di meja belajarnya dan dilabuhkan punggungnya di situ. Bingkai gambar yang memaparkan gambarnya dengan ibu dan ayahnya diambil. Jarinya mengelus lembut gambar tersebut. Senyuman kecil namun hambar terukir di bibirnya. "Kalau Ris ada cuti, Ris janji Ris datang melawat. Ibu dengan Ayah jaga diri elok-elok tau?" bisiknya sendiri. Air matanya menitis perlahan.

Telefon di sebelahnya dicapai dan dibuka. Log panggilan dibuka. Nombor ibunya dicari. Baru sahaja dia hendak mendail nombor itu, jarinya terhenti. Matanya kembali pada jam di sudut mejanya. Nafasnya dihelakan. "Call siang nanti. Ibu dengan Ayah mesti dah tidur," katanya. Jarinya menekan kembali pada 'Home'.

Aplikasi Whatsapp dibuka. Matanya jatuh pada nama Arfan. Tanpa kata, dia menekan pada nama tersebut, membuka ruang perbualan mereka. Senyuman kecil terukir di bibirnya. Jarinya tanpa sedar menekan simbol telefon di sisi nama jejaka itu. "Eh?" Airis meletakkan telefonnya di atas meja bila sedar akan perbuatannya itu. Tidak sempat Airis menekan 'end call', panggilan tersebut sudah bersambung.

"Hello?"

Suara jejaka itu bergema. Airis menghelakan nafas sebelum mencapai telefonnya itu kembali dan ditekapkan pada telinganya. "Hello.."

"Kenapa call malam-malam ni?"

Airis mengetap bibir. "Err.. saya.."

Arfan yang tadinya duduk bersandar pada kerusinya terus duduk tegak. "Kau okay ke tak ni? Ada apa-apa ke?"

Airis diam. Matanya berkaca bila mendengar soalan itu.

"Sunshine, kau okay tak ni?"

"O..okay. S..saya cuma terbangun je. Sorry sebab kacau awak. Awak mesti busy kan?"

Arfan memandang pada jam di sudut mejanya. "Kau nak aku datang ke?"

Airis menggeleng, dengan air matanya yang suduh menitis, membasahi pipinya. "T..tak perlu.. saya okay je.."

"Aku datang sekarang. Kau tunggu sana. Jangan end call sampai aku datang," Arfan bangun dari kerusinya. Kunci kereta di atas meja dicapai sebelum dia melangkah keluar.

Airis memeluk lututnya dengan telefonnya masih pada telinganya. Dia dapat mendengar dengan jelas Arfan yang meminta seseorang untuk menggantikannya meronda di wad.

Arfan menghentikan keretanya di hadapan tangga ke rumah Airis sebaik sahaja dia sampai. Dia terus keluar dari keretanya dan berlari, menaiki tangga. "Aku dah sampai. Kau keluar, boleh? beritahu Arfan melalui telefon.

Tidak lama kemudian, pintu dibuka dari dalam. Airis yang dalam baju tidurnya keluar, menghadap Arfan. Arfan memandangnya, lengan Airis ditariknya untuk rapat padanya. "Kau kenapa ni?" soalnya bila melihat pipi gadis itu basah dengan air mata.

Airis hanya menundukkan kepalanya. Makin laju tangisannya yang tadinya sudah berhenti. Arfan menghelakan nafasnya. Tangannya naik, ingin memeluk gadis itu namun terhenti. Nafasnya dihelakan. Dia mendekati gadis tersebut dan tangannya membawa kepala gadis itu pada bahunya, membiarkan gadis itu menangis di situ.

~

Airis memandang huluran botol air di hadapannya. Dia mendongak, memandang pada Arfan. Botol air tersebut diambil. Arfan melabuhkan punggungnya di sebelah Airis. Mereka hanya duduk di kaki tangga. Airis meneguk air kosong itu sebelum diletakkan di antara mereka.

"Kalau awak nak tanya kenapa saya belum tidur, tak payah. Saya dah tidur tadi, tau? Tapi saya terbangun sebab saya mimpi buruk."

Arfan menoleh pada gadis itu yang lurus memandang ke hadapan. "Mimpi apa?"

"Saya mimpi yang ayah saya tinggalkan saya buat selamanya," tutur Airis. Dia menundukkan kepalanya, menahan rasa yang ingin menangis. "Ayah saya tengah sakit sekarang ni. Tapi sebab saya masih lagi belajar dan takde pendapatan tetap, saya tak boleh nak bawa ayah saya pergi ke hospital," sambungnya tanpa dipinta.

"Ayah kau sakit apa?"

"Brain tumor."

Arfan mengangguk.

Airis memandang pada Arfan. "Sorry sebab kacau masa awak kerja," tuturnya.

Arfan memandang padanya. "Aku yang nak datang. So, tak perlu cakap sorry," balas Arfan.

Airis senyum kecil. "Awak baik sangat pada saya. Saya takut nanti kalau.."

Arfan menjongketkan keningnya bila gadis itu tidak meneruskan kata-katanya. "Kalau?"

"Kalau suatu hari nanti, awak pergi dari hidup saya. Sebab saya tak nampak sebab kenapa awak akan ada dengan saya sampai bila-bila," ujar Airis.

Arfan diam.

Airis senyum kecil. Dia bangun dari duduknya. "Awak pergilah balik hospital. Saya tak nak awak tak kerja pula disebabkan saya," ujar Airis.

Arfan memandangnya sebelum bangun.

"Thank you," ucap Airis sebelum dia berpaling, untuk kembali naik.

"Airis Dahlia."

Langkah Airis terhenti bila Arfan memanggilnya. Dia kembali berpaling memandang Arfan.

Arfan mendongak memandang gadis itu. "Kalau itu yang kau nak, aku akan ada dengan kau sampai bila-bila."

Airis mengerutkan keningnya, kaku di tangga.

"You are my sunshine, Airis. Remember that."

~

My Beautiful SunshineWhere stories live. Discover now