6 «jogging»

28K 1.2K 76
                                    

"So, awak balik rumah ke lepas ni?"

Arfan memandang Airis yang berdiri di hadapannya selepas dia menutup pintu kafe sebaik sahaja mereka keluar dari kafe tersebut. Kepalanya dianggukkan. "Aku cuti dua hari."

"Wow."

Arfan senyum kecil. "Kenapa? Kau ada kelas ke esok?" soalnya biasa.

Airis mengeluh dan mengangguk.

"Study well."

Airis memandangnya. "Tu je?"

Arfan mengecilkan matanya. "Habis tu kau nak apa lagi daripada aku?" soal Arfan. "Kau nak aku bagi motivation kiss ke?" soalnya lagi. "Meh sini aku bagi kalau kau nak," Arfan mendekatkan badannya pada Airis.

Airis membulatkan matanya. Bibirnya ditutup dengan tangannya. Arfan tersenyum sinis. Tahu takut. Tangan Arfan naik mengusap lembut dan ditepuknya perlahan. "Study well, sunshine," tuturnya lembut.

Airis diam bila diperlakukan sebegitu oleh Arfan. Sunshine? Airis tidak dapat menahan senyuman daripada terbentuk di bibirnya. "Thank you," ucap Airis.

Arfan mengangguk. "Kau balik rumah ke lepas ni?" soal Arfan. Dia menarik lengan Airis untuk mengikutnya.

Airis menggeleng. "Saya nak pergi jogging kejap."

Arfan memandangnya. "Kat mana?"

"Dekat kampus. Ada taman situ tempat jogging," jawab Airis. "Nak join ke?" soalnya tanpa berharap. Arfan diam sejenak.

"Jom."

Terbeliak mata Airis. "Eh, tak payah! Awak pergi je balik. Mesti penat, kan?" Airis menggeleng, tidak mahu Arfan menyusahkan diri.

"Biasa je. Jom," lengan Airis ditariknya.

Airis berdecit kegeraman. Dia ni suka betul tau buat keputusan sendiri. "Arfan.." panggil Airis. "Tak perlulah. Awak kan baru habis kerja," katanya lagi.

Arfan memandangnya. "Sunshine, I'm good," katanya.

Airis diam bila suara lembut Arfan menyapa telinganya. Macam mana tak melting bila Arfan ni bukan je caring, tapi soft talker juga?

~

Arfan mengekori langkah Airis ke taman sebaik sahaja mereka tiba di dalam kampus Airis. Airis berpaling memandang Arfan. "Awak tunggu sini?" soalnya.

Arfan mengangkat kepalanya, memandang Airis yang membuka zip hoodie yang dipakai olehnya sebelum ditanggalkan, meninggalkan hanya singlet hitam pada badannya. Arfan berdehem, melarikan pandangannya. "Pakai balik hoodie kau," arahnya.

Airis mengerutkan dahinya. "Kenapa pula? Panaslah pakai hoodie jogging," balas Airis. "Lagipun, bukan ada orang lain pun kat sini."

Arfan menghelakan nafasnya, masih tidak memandang gadis itu. "Wear your hoodie, Airis Dahlia," arahnya buat kali kedua, lebih tegas.

Airis menghelakan nafasnya sebelum menyarungkan kembali hoodienya itu pada badannya, tanpa menarik zip. "Dah."

Arfan kembali memandangnya. Nafasnya dihelakan sebelum dia melangkah mendekati gadis itu. Zip hoodie gadis itu dicantum dan ditariknya hingga ke paras dadanya. "Just wear your hoodie after this. Jangan buka sampai kau balik rumah."

"Kenapa?"

Arfan memandang gadis itu. "Kau percayakan aku ke takkan buat benda buruk dekat kau?" soalnya.

Airis diam sejenak sebelum membuka mulutnya, "kalau awak nak buat benda buruk kat saya, awak akan buat daripada awal lagi."

Arfan senyum kecil. "Don't blindly trust anyone, sunshine," tuturnya lembut. "I'm still a man and I don't trust myself even if kau percayakan aku sekalipun," sambungnya sebelum kembali menjauhi gadis itu.

My Beautiful SunshineWhere stories live. Discover now