17 «wedding»

41.2K 1.1K 33
                                    

Hari yang dinantikan kini tiba. Airis dan Arfan bakal disatukan dalam satu ikatan yang sah pada hari ini. Mereka berdua bersetuju untuk hanya mengadakan akad nikah di masjid dan hanya menjemput keluarga dan juga kawan-kawan terdekat.

"Kita buat akad nikah je, boleh? A small one," Airis menyoal Arfan saat mereka berdua keluar untuk ke butik perkahwinan.

Arfan yang sedang menyelak katalog gaun perkahwinan di tangannya memandang pada Airis. "A small one?"

Airis mengangguk.

Arfan senyum kecil sebelum mengangguk. "Sure. Aku okay je."

"Seriously?"

"Sunshine, if you want it to be a big and wedding of the year one, then it would. If you want it to be a beach wedding one, then it would. If you want it to be a small one, then small it will be. And if you want it to be only us, then only us would attend it. Okay? As long as you're good."

Oleh itu, yang hadir hanya keluarga Airis, keluarga Arfan dan kawan-kawan rapat Arfan. Airis sengaja tidak menjemput kawan-kawannya kerana dia tidak mahu berita dia berkahwin tersebar luas di kampus.

Airis memandang pantulan dirinya pada permukaan cermin. Nafasnya dihelakan. Gaun pengantin yang berwarna putih dan dihiasi dengan manik-manik  terletak elok pada badannya. Kepalanya dilitupi dengan tudung. Senyuman terukir di bibirnya.

"Sunshine."

Airis yang sedang meregangkan badannya memandang pada Arfan yang berdiri di sebelahnya, bersedia untuk menyertainya jogging. "Ye?"

"Kalau aku nak kau pakai tudung time kita kahwin nanti, boleh? I mean, hari akad nikah."

Airis diam sejenak.

"Aku tak paksa. Kalau kau nak, kau pakai and I'll be so grateful. Kalau kau tak nak pakai, then it's okay."

Airis senyum kecil. Dia belum mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya, tetapi memandangkan hari ini ialah hari penikahan mereka, dia ingin memberikan kejutan kepada jejaka itu.

"Airis."

Airis yang termenung memandang pantulan dirinya pada cermin tersentak bila bahunya disentuh. Dia menoleh pada Liyana yang berdiri di sebelahnya. Atas permintaan Arfan, Liyana diminta untuk menemani Airis.

Airis mengukir senyuman lebar. "Kak Liyana."

Liyana mengukir senyuman. "Airis dah siap? Kalau dah, kita gerak ke masjid sekarang," tutur Liyana lembut.

Airis menghelakan nafasnya sebelum menganggukkan kepalanya sebagai tanda sudah siap dan bersedia.

Setelah memastikan semuanya sedia dan siap, kereta yang dipandu oleh Naufal dan juga Hazrul meluncur laju, meninggalkan kawasan perumahan keluarga Airis menuju ke masjid. Kerana permintaan Arfan, Naufal dan Hazrul bersetuju untuk menjadi 'pemandu' keluarga Airis pada hari itu.

~

Dengan sekali lafaz, Airis Dahlia telah sah menjadi isteri kepada Megat Arfan. Jari mereka kini masing-masing dihiasi dengan cincin yang dipilih oleh mereka bersama, menandakan mereka ialah milik satu sama lain. Tangan Airis langsung tidak lepas dari genggaman Arfan sedari tadi.

"Arfan."

Arfan dan Airis yang tadinya berbual dengan kawan-kawan Arfan berpaling bila mendengar ada yang menyapa. Megat Awatif memandang mereka berdua dengan wajah yang tanpa riak. Airis mengetap bibir. Badannya disembunyikan separuh di belakang badan Arfan yang lebih besar daripadanya.

My Beautiful SunshineWhere stories live. Discover now