"Get some rest Arfan. Dah macam mayat hidup dah kau ni."
Arfan menoleh pada Serra yang menghampirinya dengan clipboard di tangannya. Mungkin rekod kesihatan pesakit di katil sebelah. "Really?"
Serra mengerling sekilas pada Arfan sebelum menyelak kertas pada clipboard di tangannya. "Dah kenapa kau trade shifts dengan hampir semua doktor? Muka kau je aku tengok sejak seminggu lepas. Pagi, petang, siang, malam."
"Kalau kau tak nak tengok muka aku, cakap je Serra. Nanti aku minta tukar department," balas Arfan biasa. Senyuman kecil diukirnya untuk pesakit di hadapannya sebelum beredar. Tidak jauh pun dia melangkah, lengannya direntap oleh Serra dan ditarik gadis itu ke hallway yang kosong.
"Kenapa kau ni?"
Serra memandang tajam pada kawannya itu. "Wake up Arfan. You need distraction. Okay, I understand that. Tapi kau tengoklah diri kau sekarang. You are a doctor Arfan. Macam mana kau nak attend to patients kalau kau sendiri pun macam tak betul? Look at your tired face."
"Setahu aku takde lagi pesakit complain pasal aku."
Serra mengetap bibir. "That's not the point Arfan. You need to get some rest. Kau tak boleh nak bekerja every day, every hour. Balik rumah kau dan rehat. Kau tak balik rumah kan seminggu ni?"
"Ada je."
"For two or three hours, paling lama. For what?"
Cooking for Airis. Hanya dijawabnya dalam hati.
Serra menghelakan nafasnya. "Pergi balik dan rehat. Jangan sampai aku minta Rayyan dengan Naufal heret kau keluar dari hospital ni." Tajam matanya memandang pada Arfan sebelum beredar untuk masuk kembali ke dalam wad.
Arfan mengeluh. Rambutnya ditolak ke belakang sebelum dia melangkah untuk balik ke biliknya. Kakinya melangkah ke bilik air. Pantulan imejnya di cermin dipandang. Nafasnya dihelakan saat melihat wajah sendiri. Wajah yang penuh dengan kesan kesan kepenatan.
Sudah seminggu dia bekerja tanpa bercuti. Sejak dia dan Airis berpisah, dia mengambil keputusan untuk menyibukkan diri dengan kerja kerana hanya dengan itu sahaja dia dapat menghalang dirinya daripada datang menjumpai Airis. Dia tahu di mana Airis tinggal dan dia mempunyai spare key apartment itu. Semestinya dia mendapat semua itu daripada Naufal. Juga, dia memasang cctv di rumah itu tanpa pengetahuan Airis atas alasan untuk memantau keselamatan gadis itu.
Tika itu juga telefonnya berdering minta diangkat. Arfan menyeluk poket kot putihnya. Nama pemanggil dibaca sekilas sebelum dia menjawab panggilan daripada Rayyan dengan malas.
"Kau dekat mana?"
"Hello to you too Rayyan. Where's your hello or hai?" jawab Arfan sarkastik. Dia melangkah masuk ke dalam biliknya dan melabuhkan punggungnya di atas sofa. Kakinya diletakkan di atas meja.
"It's about Airis. Kau nak aku tangguh ke?"
Mata Arfan yang tadinya dipejam serentak terbuka. "Kenapa dengan dia?"
Rayyan di hujung talian memandang pada Ivan yang berdiri di hadapannya. "Ivan bagitau aku this few days ada stranger selalu dekat luar apartment The Clalif."
"Siapa?"
"Not sure. Ivan tak dapat tengok his face lagi. But he is strangely there for a few days already. Setiap kali Ivan hantar Airis balik dari kelas, he is there. As for now dia tak buat apa-apa. Just abruptly standing there."
Nafas Arfan tiba-tiba menjadi kencang. Memikirkan sekiranya Airis dilukai, sekiranya badan gadis itu dicederai. Arfan menggelengkan kepalanya. "Kau boleh cari siapa dia?"
YOU ARE READING
My Beautiful Sunshine
RomanceMegat Arfan - Malam ketika ditinggalkan oleh bakal pengantin perempuannya, itu ialah kali pertama dia bertemu dengan gadis itu. Namun, bulan demi bulan berlalu, dia sudah melupakan gadis tersebut. Sehinggalah mereka kembali bertemu di sebuah kafe, s...