23 «just to see you smile»

46K 1K 28
                                    

Ting!

Bunyi dari oven menandakan makanannya sudah masak menyentakkan Airis yang sedang membaca buku di meja makan. Buku di tangannya diletakkan di atas meja sebelum melangkah ke arah oven. Pintu oven dibukanya dan serentak itu, bau yang terhasil dari banana cake yang dibuatnya tadi memenuhi ruang dapur. Airis tersenyum lebar sebelum membawa tray tersebut ke atas meja. Setelah itu, Airis beredar ke kitchen counter untuk menyediakan minuman sebelum Arfan bangun dari tidurnya.

Setelah meletakkan potongan banana cake di dalam pinggan, Airis meletakkan pinggan tersebut di atas dulang yang juga sudah terletak cawan kopi dan beberapa keping sandwich dan buah anggur. Setelah itu, Airis menatang dulang itu ke bilik tidur mereka.

Pintu bilik ditolak dengan badannya. Dia dapat mendengar bunyi air dari bilik air sebaik sahaja masuk ke dalam bilik tidur itu. Airis meliarkan matanya sebelum matanya jatuh di atas katil yang sudah dikemas. Senyuman kecil terukir di bibirnya. Siapa lagi kalau bukan Arfan.

Airis meletakkan dulang makanan itu di atas meja yang terdapat di sisi katil. Dia kemudiannya melabuhkan punggungnya di atas sofa. Sementara menunggu Arfan habis mandi, Airis sempat kembali ke dapur untuk mengambil bukunya dan kembali semula ke bilik tidur. Dia baru sahaja hendak menyelak muka surat seterusnya bila mendengar pintu bilik air terbuka.

Airis mengangkat wajahnya. Senyuman terukir di bibirnya saat melihat suaminya melangkah keluar dari bilik air hanya dengan seluar pendek dan t-shirt putih. Pakai macam tu pun dah handsome gila. Argh! Airis menjerit di dalam hati.

"Jom breakfast!" ajak Airis ceria.

Arfan yang masih menggosok rambutnya yang basah melangkah ke arah Airis yang duduk di sudut bilik. Dia kemudiannya melabuhkan punggungnya di atas sofa, bersebelahan dengan Airis. Matanya memandang pada makanan yang terletak di atas meja sebelum menatap wajah isterinya. "Kau buat ke?" soal Arfan.

"Eh taklah! Saya keluar tadi beli," balas Airis, berloyar buruk.

Arfan mengecilkan matanya.

"Awak! Dah semestinyalah saya yang buat! Takkan saya nak keluar pula. Kalau kita dekat Malaysia, yelah kot saya berani keluar beli. Awak ingat awak seorang je ke pandai masak? Saya pun.."

"Sunshine, you are baking. You are not cooking," potong Arfan selamba.

Airis mengetap bibir, geram dengan kata-kata Arfan itu. Arfan hanya tersenyum saat melihat wajah masam Airis itu. "Sunshine.." panggil Arfan lembut.

Airis hanya buat tidak dengar. Buku di atas pangkuannya tadi kembali dibuka tanpa menghiraukan Arfan. Arfan mengukir senyuman kecil. Tangannya mencapai buku di hadapan wajah Airis, ditutup dan diletakkan di atas meja sebelum dia merapatkan jarak mereka. Arfan merapati Airis sehingga gadis itu terpaksa bersandar pada sofa. Tangannya diletakkan pada dada Arfan, menahan jejaka itu daripada terus mendekatkan diri dengannya. "Awak, saya tengah marah dengan awak ni. Awak jangan nak main-main dengan saya."

Arfan senyum kecil. Tangannya naik mengelus lembut sisi wajah Airis. "You are so cute bila marah macam ni," ujar Arfan biasa. Bibir Airis dikucup ringkas.

"Arfan!" Airis menepuk dada Arfan. Matanya menjeling tajam pada suaminya yang hanya tersenyum.

"Sorry, sweetheart. I'm just kidding," ujar Arfan lembut. "Aku cuma tak sangka kau bangun awal just to make a breakfast for me. But anyway, I'm very thankful," sambung Arfan.

Airis mengemam bibirnya.

Arfan menarik badan Airis untuk rapat padanya. Sebuah kucupan dihadiahkan di dahi gadis itu. Tangannya mencekup kedua-dua pipi Airis. "Sunshine, I'm sorry."

Airis mengetap bibirnya dan nafasnya dihelakan. Tangannya mencapai pinggan yang berisi banana cake. Sepotong daripada itu diambilnya dan disuakan kepada Arfan. "Stop apologizing and eat this."

Arfan senyum kecil. Mulutnya dibuka sebelum Airis menyuapkan kek tersebut ke dalam mulutnya. Airis senyum kecil. "Kalau awak berani cakap tak sedap, awak memang sengaja cari pasal dengan saya," ujar Airis.

"So aku memang kena cakap sedaplah ni walaupun tak sedap?" Sengaja Arfan menyakat gadis itu.

Airis menjegilkan matanya. "Tak sedap?! Are you kidding me?!"

Arfan tergelak saat melihat reaksi gadis itu.

Airis menampar lengan Arfan. "Arfannn!"

Arfan memeluk gadis itu dalam masih ketawa. Tangannya menepuk lembut belakang badan Airis. "Sedap, Sunshine. Kau ni pun, aku nak gurau sikit pun tak boleh ke?"

Airis mencebik. "Tak suka.."

Arfan tersenyum kecil. Tangannya menepuk lembut belakang badan Airis dan kucupan disinggahkan di dahi gadis itu. "Alright. Aku tak buat dah kalau kau tak suka."

Airis memuncungkan mulutnya.

Arfan lagu meletakkan bibirnya di atas bibir Airis membuat gadis itu sekali lagi menampar lengannya. "Suka kan ambik kesempatan?!"

"Dengan isteri sendiri pun ambik kesempatan nama dia?"

Gigi Airis berlaga sesama diri, geram dengan balasan selamba Arfan. "Dahlah! Malaslah layan awak ni!" Badan Arfan terus ditolaknya dan dia baru sahaja mahu bangun bila pinggangnya kembali dipaut oleh Arfan, membuatkannya jatuh di atas pangkuan Arfan. Jari jemari Arfan menggeletek sisi perut Airis membuat badan gadis itu terliuk kerana geli. Tawanya terlepas.

"Arfann!" jerit Airis dalam tawanya sambil cuba menolak tangan Arfan pada bahagian perutnya. "Okay! Okay! Saya tak jalan!" Airis akhirnya mengalah.

Arfan tersengih sebelum berhenti menggeletek gadis itu. Airis didudukkannya elok di atas pangkuannya. Pinggang gadis itu dipeluk erat dari tepi. Airis mengetap bibir. "You are really good at making me smile," ujar Airis.

Arfan tersenyum kecil. Dahinya dilagakan dengan dahi Airis. "I will do anything just to see you smile."

Airis menjongketkan keningnya. "Why Don't We?"

"What?"

"Just to see you smile. Lagu Why Don't We tu," ujar Airis sambil tersenyum, mengusik jejaka itu.

Arfan terlepas gelak "Sunshine, you must be kidding me."

Airis tertawa. "So, will you learn to fly as well just to see me smile?" Airis makin galak mengusik suaminya itu.

"Sunshine.."

Airis makin kuat ketawa melihat reaksi tak senang Arfan itu. Tangannya mencekup pipi Arfan dan bibirnya diletakkan seketika di bibir Arfan. "I'll do the same thing, Arfan. I'll do anything just to see you smile. Walaupun saya kena hadap awak kritik makanan saya, tapi kalau awak happy kritik makanan saya, then I'm good."

Arfan tergelak saat mendengar kata-kata Airis itu. "Sunshine, you are a dietetic student. Ada masuk kitchen, kan? And not to mention, you are a baker. Kau masaklah apa sekali pun, confirm sedap punya. Kalau tak sedap pun, aku makan juga. Sebab kau yang masak."

Airis senyum kecil saat mendengar balasan Arfan itu. "Kalau macam tu, lepas ni saya takkan rasa dah makanan saya time masak. Sebab awak akan makan juga kan even dia masin ke takde rasa ke.."

"Sunshine, you can't torture me like that." Arfan membalas sambil berkerut dahi, mengundang senyuman pada wajah Airis.

"I'm just kidding."

"You better be."

"Kalau saya buat juga?"

"Then I guess I need to punish you."

Senyuman Airis terus mati saat melihat senyuman penuh makna yang diukir oleh Arfan. Liurnya ditelan. Uh-oh..

~

Tell me if it's boring hahahaha !

My Beautiful SunshineWhere stories live. Discover now